Taklimat oleh Ketua Pemuda sebelum laporan dibuat
Shah Alam: Tepat jam 2.35 petang Dewan Pemuda PAS Kota Raja bersama Sekteriat Parlimen Kota Raja telah membuat satu laopran polis terhadap fitnah yang dilakukan oleh penulis bloghttp://ruangbicarafaisal.blogspot.com/ kerana menyatakan bahawa Pemuda dan ahli PAS & PKR telah menghalang dan membuat sekatan terhadap YB Dato Seri Nizar Jamaluddin serta menaikkan kain rentang menghina dan memaki YB DSNJ. Laporan ini diketuai oleh Ketua Pemuda sendiri dan Pegawai Khas YB Dr Siti Mariah di Balai Polis Seksyen 15, Shah Alam.
Pemuda PAS Kota Raja juga menafikan apa jua provokasi dan tindakan melanggar undang-undang pada masa ceramah YB DSNJ, YB Dr Siti Mariah dan YB Shuhaimi pada 5 April 2010 di Jalan Kebun. Dewan Pemuda dan Sekteriat Parlimen Kota Raja mendesak sutu kenyataan maaf daripada penulis blog dan membuang artikel atau apa jua fitnah tersebut dari blog berkenaan. Dewan Pemuda dan Sekteriat Parlimen meminta Pihak Polis membuat siasatan segera berkenaan kenyataan blog tersebut.
Sebelum laporan polis dibuat
Menunggu di ruang legar semasa laporan dijalankan
Selepas selesai laporan polis dijalankan
0 comments
Post a Comment