ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

USRAH PAS CAWANGAN KOTA KEMUNING.

SETIAP JUMAAT MINGGU PERTAMA
Bersama Ust.Badrulhisham.

SETIAP ISNIN MINGGU KE 2
Bersama UST. HAYAZI

SETIAP RABU MINGGU KE 4
Bersama UST. HADAD.

Al - Furqan

Labels

Followers

08 April 2012

Sukan Pasti Al-Khauthar 2012





Read More

31 March 2012

Mesyuarat Agong Pas Caw.Sri Nervillia.


Read More

01 November 2011

Hari Keluarga Pasti Al-Khautar





Read More

12 September 2011

Tanya Umno, mana komunis baik mana bahaya

KUALA LUMPUR, 12 Sept: Sesiapa yang nak mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) dengan mana-mana kumpulan parti yang dianggap komunis, kena tanya Umno dahulu kerana hanya Umno dapat membezakan mana komunis baik, mana komunis yang bahaya.

Itu adalah sindiran Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) hari ini sebagai reaksi kepada kenyataan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak yang menyebut “komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu.”

“Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat. Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka,” Najib dipetik sebagai berkata.

Ironinya, kenyataan Najib datang pada masa terbongkarnya fakta bahawa Umno baru-baru ini telah mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis China pada 5 Ogos 2011 dan pada masa yang sama, melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas PAS dan Timbalan Presidennya Mohamad Sabu atas dakwaan menyokong komunis.

Jika mengikut logik Najib, sindir Tuan Ibrahim, maka boleh disimpulkan bahawa komunis sekarang sudah tidak lagi menjadi pengganas, kerana itu komunis sekarang tidak lagi mendatangkan bahaya kepada negara.

“Sekiranya rakyat mengikut logik PM yang bijak ini juga bermakna, mana-mana rakyat yang ingin menganut ideologi komunis sekarang tidak lagi dianggap bahaya dan bukan lagi ancaman kepada negara,” kata beliau secara sinis, sambil menambah mungkin itulah sebab utama mengapa Najib sedia berbesan dengan anak pemimpin Kazakhstan, sebuah negara berfahaman komunis dan lama di bawah jajahan Rusia.

Dalam kenyataannya juga, Tuan Ibrahim juga berkata tindakan Umno dalam permainan politik komunis telah melondehkan hipokrisi parti Melayu tersebut untuk dilihat rakyat jelata.

“Jika benar kenyataan Najib itu ikhlas, rakyat kini tetiba rasa hairan bilamana dalam ambang perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini, mengapa pula kerajaan di bawah telunjuk beliau menahan enam pemimpin PSM (Parti Sosialis Malaysia) dalam Akta Ordinan Darurat kerana tuduhan cuba menghidupkan fahaman komunis.

Bukankah ini melanggar logik Najib sendiri? Sebab kalau komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu, kenapa pula mereka ditahan di bawah Akta Ordinan Darurat,” soal beliau.

6 tahanan PSM - ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar, lima yang lain yang ditahan ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M. Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25 telah ditahan selama 28 hari di bawah Akta Ordinan Darurat atas alasan kononnya cuba menghidupkan semula fahaman komunis. sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada Julai 9.

Kesemua mereka dibebaskan pada 30 Julai yang lalu.

Segala tindak-tanduk ini, kata Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menggambarkan seolah-olah kalau Umno yang mengadakan hubungan dengan komunis, maka komunis itu komunis baik; kalau parti lain “asalkan bukan Umno”, maka komunis itu komunis jahat.

Dalam isu kenyataan status negara sama ada pernah dijajah ataupun tidak, Tuan Ibrahim secara sinis berkata persoalan ini rasanya hanya boleh dijawab secara tepat oleh Majlis Profesor Negara (MPN) dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kemelut samada negara pernah dijajah ataupun tidak, ditimbulkan oleh sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling kelmarin yang berhujah bahawa berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

Setelah menerima sindiran dan kritikan pelbagai pihak, Zainal akhirnya mendapat satu sokongan yang amat kuat daripada Mahathir hari ini, yang mengatakan bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu.

Bekas perdana menteri berkata British telah bertindak seolah-olah “kita dijajah.”

“Sultan-sultan telah memutuskan untuk mengundang British datang dan menasihati mereka bagaimana untuk mentadbir negara ini. Dari segi itu, kita tidak ditawan. Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka bertindak seolah-olah kita dijajah,” kata beliau yang dipetik The Malaysian Insider.

“Rasanya MPN dan Dr Mahathir sajalah yang tepat boleh menentukan siapa yang secara teknikalnya kena jajah, siapa negara yang naungi saja. Jajah secara zahir, di mana kekayaaan hasil bumi negara seperti bijih timah dirakus adalah tidak sah secara teknikal, maka sesiapa yang jawab sebegini dalam ujian Sejarah patut diberi markah kosong,” bidas Tuan Ibrahim secara sinis.

Jika mengikut logik MPN, kata beliau, maka ini bermakna sesiapa yang lawan orang putih dulu, sebenarnya ia lawan orang Melayu.

“Cuma kalau nak tahu orang Melayu ini bahaya ataupun tidak, ini pun kena tanya Umno dulu. Bomoh Umno akan telek dalam air pinang, dan umum untuk pengetahuan dunia adakah Melayu ini bahaya atau tidak.

Kalau Melayu itu kehijau-hijauan, maka segala daripadanya adalah bahaya dan mengancam Umno, kalau Melayu tu kebiru-biruan maka ia Melayu yang baik, maka keistimewaan diberi - segala untuknya halal, bagi orang lain akan jadi haram.

Rasanya bukan rakyat sahaja, bahkan ahli-ahli Umno turut keliru dengan permainan politik pemimpin Umno yang sendiri melondehkan hipokrit sendiri di khalayak ramai,” sindir beliau lagi

Harakahdaily

Read More

07 September 2011

Keberanian Mohamad Sabu buka mata kerajaan

Aslani M

KOTA BHARU, 7 Sept: Ketika Umno dan juaknya menghina Mohamad Sabu (gambar) kerana menjulang pejuang kemerdekaan, di satu sudut lain pula tiba-tiba keluarga anggota polis yang terbabit peristiwa Bukit Kepong baru dijengok kerajaan.

Tanpa usaha dan keberanian Timbalan Presiden PAS sudah tentu keluarga atau waris anggota polis yang terbabit dengan tragedi itu tersisih sehingga sekarang.

Bagi peguam hak asasi manusia, Mohammad Faizal Che Yusof Umno membohongi rakyat kononnya hanya usaha merekalah kemerdekaan negara dicapai.

“Umno tidak lebih seperti si penyumbat gol yang telah menghasilkan bola yang digelecek darah-darah pejuang lain sebelum kewujudan parti Umno.

“Bukit Kepung hanyalah salah satu gendang pembohongan British bagi mengaburi rakyat. Kini masanya untuk kita memalu gendang meletakkan Islam pada tempatnya di bumi tumpah darah kita,” katanya di sini.

Usaha Mat Sabu menjulang pejuang sebenar kemerdekaan seperti Mat Indera ditolak mentah-mentah pemimpin Umno, malah memperalat badan-badan bukan kerajaan berhimpun membantah pemimpin PAS terbabit.

Sedangkan di sebaliknya usaha dirintis Timbalan Presiden PAS, tiba-tiba Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tampil menemui balu anggota polis yang tidak menerima sebarang pencen sejak kematian suami pada 1962.

Antaranya Syed Omar Syed Yassin yang berkhidmat selepas tragedi Bukit Kepong. Malah JPA meminta mana-mana balu anggota polis yang pernah bertugas di Bukit Kepong tampil membuat aduan.

Mohamad Faizal yang juga Pengerusi Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Kelantan berkata, pendokong kebenaran perlu memberi kefahaman kepada rakyat, British memusnahkan Islam di Tanah Melayu.

“Manakala Umno pewaris yang dianggap baik oleh penjajah bagi memastikan Islam terus terpinggir di bumi Malaysia.

“Ini kerana pemimpin Umno tidak pernah kenal keperitan perjuangan seperti ditempuhi Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Datuk Bahaman dan Dol Said. Sedangkan merekalah pejuang sebenar,” ujarnya.

Menurutnya juga sekarang sejarah Bukit Kepong hangat dibicarakan semula bagi memberi kefahaman lebih jelas penjajah memusnahkan sama sekali sistem hidup masyarakat orang Melayu.

Kata beliau sistem masyarakat yang dahulunya berteraskan Islam dengan dinaungi Raja-Raja Melayu kini telah berubah sama sekali.

”Orang Tanah Melayu langsung tidak sedar mereka telah hilang identiti. Sistem Islam yang sekian lama bertapak pudar selepas kedatangan penjajah.

”Penjajah hanya pergi setelah berjaya melahirkan pewaris yang dapat melaksanakan aspirasi mereka di Tanah Melayu. Terciptanya Malayan Union untuk melahirkan pewaris British.

”Malayan Union digagaskan pada 1946 menjadi ibu kepada lahirnya pertubuhan yang dikenali sebagai Umno,” tambah beliau.

by.Harakahdaily

Read More

28 July 2011

Pakar Perlembagaan Dakwa SPR BERBOHONG, Ada Kuasa Laksana Tuntutan BERSIH 2.0

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berbohong kerana undang-undang yang diperincikan dalam peruntukan Akta Pilihan Raya dibuat sendiri oleh SPR, kata pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Justeru, katanya, kenyataan Wan Ahmad bahawa SPR tidak ada kuasa di bawah Perlembagaan untuk melaksana tuntutan Bersih disebabkan mengikut telunjuk parti pemerintah.

“Wan Ahmad berbohong kerana undang-undang yang memperincikan peruntukan dalam Akta Pilihan Raya umpamanya dibuat oleh SPR. Ini semua dalam bentuk Peraturan atau Perintah yang kesemuanya dipanggil undang-undang kecil (bye-laws),” kata Aziz.

Menurut Aziz, tugas SPR sebagai badan mengurus pilihan raya seperti dinyatakan dalam perlembagaan, mempunyai makna luas dan merangkumi semua aspek.

“Terpulang kepada SPR untuk buat atau tidak. Masalahnya SPR memilih untuk menyerahkannya kepada Umno-BN yang menjadi teraju pemerintahan sekarang,” kata Aziz dalam jawapannya kepada Keadilandaily.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Wan Ahmad semasa debat bersama Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan yang diadakan di Shah Alam baru-baru ini.

Menurut Aziz, perlembagaan turut memberi perlindungan kepada SPR, antaranya pengerusi SPR tidak boleh dipecat kecuali melalui prosedur yang sama seperti hakim mahkamah.

“Masalahnya perkara yang dalam bidang kuasa mereka pun enggan dibuat. Senarai pengundi masih tak selesai sedangkan itu kerja mereka. Pendek kata, SPR ini mengambil sikap ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’,” jelas Aziz.

Beliau membidas hujah SPR yang mengatakan badan itu perlu mendapat lampu hijau dari kerajaan untuk melaksanakan sesuatu pendekatan baru, termasuk Peguam Negara.

“Ini karut kerana kerajaan yang memerintah adalah sebahagian daripada ‘pemain’. Kalau begitu SPR juga kena ikut cadangan Pakatan Rakyat (PR).

“(Tetapi) bila PR kata tidak akan bubar Dewan Undangan Negeri untuk pilihan raya umum ke-13, SPR mengatakan yang pilihan raya berasingan susah, mahal dan lain-lain. Sedangkan itu dibenarkan oleh perlembagaan.

“Ini menunjukkan SPR selesa untuk mengikut apa sahaja kata Umno-BN meskipun tiada atau bertentangan dengan perlembagaan. Ini tidak selaras dengan tugas mereka mewujudkan pilihan raya yang bebas dan adil,” tegas Aziz.

Selain itu katanya, SPR juga dilihat enggan menuruti sebarang inisiatif yang dibuat PR termasuk cadangan mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Malah, katanya, SPR juga enggan menerima Pakatan Rakyat sebagai satu entiti.

“Ertinya bila dengan Umno-BN, mereka akan cari jalan untuk buat apa sahaja termasuk meminda undang-undang.

“Tapi kalau dengan Pakatan, mereka akan cari jalan untuk tidak laksanakan meskipun ia sesuatu yang logik dan telah dilaksanakan di negara lain.
copy by.Duniacacamarba.
Read More

18 July 2011

Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali Dalam Kenangan.


Beliau dilahirkan pada 2 Ogos 1957 di Kuala Kangsar, Negeri Perak. Beliau pernah bersekolah di Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh, Perak kemudian ke Kolej Islam Kelang, Selangor. Beliau menyambung pelajaran beliau di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau pernah menjadi ahli Majlis Kepimpinan Pelajar UKM.

Bapanya ialah Dato Hj Mohd Ghazali yang merupakan Imam Besar Masjid Negara yang pertama manakala ibunya Datin Hjh Zainab. Suami beliau ialah Prof Madya Dr Aminuddin Abd Hamid Karim yang merupakan pensyarah perubatan. Anak-anak beliau ialah Mawaddah, Muhd Fawwaz, Sakinah, Muhd Farhan manakala menantu beliau ialah Mohd Azizy (suami Mawaddah) dan Nur Hafizzah (isteri Fawwaz). Beliau juga mempunyai seorang cucu yang bernama cucu iaitu 'Izz Nu'man (anak Mawaddah
Beliau pernah berkhidmat di Hospital Besar Alor Star, Kedah sebagai pegawai perubatan dari1983 hingga 1985. Kemudian bertugas di Pusat kesihatan Besar Pokok Sena, Kedah dari1985 sehingga 1987, Hospital Besar Kuala Lumpur (1987-1988), Pusat rawatan Islam Kuala Lumpur (1988-1994) dan menjadi pegawai perubatan dan pengarah eksekutif Pusat Perubatan KOHILAL, Kuala Lumpur dari 1994 sehingga sekarang.
Beliau juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Harakah milik PAS.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional -UMNO, Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir dengan majoriti sebanyak 1,972 undi. Beliau memperolehi 17,857 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 15,885 undi. Beliau merupakan di antara 3 calon Dewan Muslimat PAS yang memenangi pilihan Raya Umumtersebut. Kemenangan beliau merupakan kemenangan pertama PAS Wilayah Persekutuansetelah lebih 30 tahun PAS cuba bertapak di Kuala Lumpur.
Beliau juga pernah menjadi calon Parlimen Bukit Gantang, Perak pada tahun 2004, kalah di tangan calon Barisan Nasional, Tan Lian Hoe.

Pada hari Ahad, 17 Julai 2011, jam 10.13 malam, beliau meninggal dunia di Hospital Selayang pada usia 54 tahun. Sebelum itu beliau berhadapan masalah barah yang serius. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat. Pilihan raya kecil Titiwangsa tidak dapat diadakan kerana tempoh parlimen sudah melepasi tiga tahun sejak pilihan raya umum yang lalu
by.siasahkini.
Read More
Related Posts with Thumbnails