ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

08 April 2010

Dekati masyarakat melalui kebajikan - Ustaz Idris

Harakahdaily

KUALA LIPIS, 6 April - Pimpinan PAS disemua peringkat diarahkan meningkatkan usaha memperkasa parti dengan mendekati semua pihak terutama dalam program kebajikan kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad. Ustaz Idris berkata demikian dalam ucapan perasmiannya diMesyuarat Agung PAS Kawasan Lipis, kali ke 42, di Hotel Centerpoint, dekat sini, semalam. Jelasnya, pimpinan PAS diperingkat kawasan terutamanya perlu sentiasa turun padang bagi memantau pergerakan ahli di peringkat cawangan bagi memastikan mereka benar-benar berfungsi ditengah masyarakat.“Pimpinan kawasan kena selalu buat lawatan ke cawangan-cawangan bagi memantau kerja mereka. Kita kena ada personal touch dengan mereka, tak boleh main pakai helo-helo saja, mereka ada perasaan, mereka perlukan perhatian dan bimbingan sentiasa ajar mereka bagaimana nak kerja dengan baik dan berkesan,” katanya.Tambah Ustaz Idris lagi, dalam usaha meningkatkan penyertaan rakyat dalam perjuangan yang dibawa PAS beliau meningatkan petugas PAS supaya sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan rakyat melalui program yang dianjurkan terutama yang membabitkan soal kebajikan.“Sebagai parti yang menyokong perjuangan rakyat kita kena adakan banyak program bersama dengan mereka. Kita kena ambil tahu masalah mereka, ambil berat tentang kebajikan mereka dan jalinkan hubungan baik, barulah kita sampaikan maklumat kepada mereka untuk bersama dengan kita menentang kezaliman yang dilakukan UmnoBN,” katanya.

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails