ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

07 April 2010

UMNO Takut Cerita Benar Nizar

Nak tergelak membaca Blogger murahan dari puak UMNgOk berkenaan Ceramah Umum yang dijalankan 5 April lepas di Jalan Kebun. http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2010/04/cerita-penuh-kisah-nizar-dihalang-masuk.html


UMNgok Kota Raja pun tak bising yang dia sibuk-sibuk untuk buat kacau di Jln Kebun kenapa? Dahlah gambar malam waktu kejadian pun takde, kemudian nak posting dalam blog dia.Cissssss....


Tiada niat PAS untuk balas dendam terhadap ceramah umno. Setakat 50 Tahun PAS berada di persada politik negara tiada suatu ceramah pun PAS ganggu ceramah UMNO. Malahan Khir Toyo turun ke Jalan Kebun tiada provokasi dibuat oleh orang PAS sendiri.


Takde masa YB Dr Mariah nak fikir buat ceramah sana sini. YB sendiri ada Pegawai Khas dia dan PAS Kota Raja ada perancangan kami sendiri. Tiba masa dan ketika kena ceramah YB akan turun, Kita Profesional le faisal (rbf_501@yahoo.com).


Kenyataan ahli PAS yang menolak diadakan dirumah mereka suatu FITNAH yang nyata. Malahan yang nak offer buat dirumah mereka ramai yang sanggup. Untuk makluman faisal (rbf_501@yahoo.com), tapak ceramah malam tersebut atas keleraan individu tersebut. Takde masa YB nak pujuk rayu macam UMngok buat memujuk "5 Katak" yang melompat. Kita berjuang bukan sebab duit malahan titisan darah sekali pun kami sanggup berjuang. Yang sedara ambik gambar tapak ceramah celah pokok kenapa???Takut??? Kalu berani dengan kebenaran kenapa nak ambik gambar sorok-sorok.


Tiada ahli PAS, PKR atau DAP nak buat sekatan ceramah yang PR anjurkan. Logiklah sikit nak tabur FITNAH. Yang hangpa upah 30 orang "Mat Motor" pegi tahan simpang jalan kebun tu buat apa. Dahlah pengecut baru 5 orang Unit Amal bersama Pihak Polis dan semua cabut lari. Pejuang Bangsa ke macam ni!!!!


Yang hangpa halang kenderaan Dato Seri Nizar dari Jalan Kebun Baru, Sijangkang tu buat apa. Hangpa ni orang Jalan Kebun ke Orang Sijangkang?!!! Hahahaa.. Nak kelentong 1Malaysia boleklah. Orang Jalan Kebun sendiri tak tau ke banyak jalan boleh masuk Jalan Kebun? Bukit Rimau, Kota Kemuning, Puchong..Sah2lah hangpa ni diupah buta-buta je.


Untuk makluman faisal (rbf_501@yahoo.com), YB Shuhaimi habis berucap sekitar 10.30, kemudian baru Dato Seri Nizar berucap sehingga jam 11.45mlm. Kami ada video la bro..Nak klentong 1Malaysia sekali lagi agak-agak le. Rasa-rasaya rugi je hangpa upah SB korang ambik maklumat. Sah-sah tido kat hotel mana upah "Mat Motor" dok 2 km dari tapak ceramah ambik maklumat.


Untuk faisal (rbf_501@yahoo.com), dah-dah la buat FITNAH. Banyakkan Istighfar dan bertaubatlah kepada ALLAH. Pintu taubat masih terbuka. Tak kemana nak perjuangkan BANGSA kalu Agama Islam tak dibela.


Rajin-rajinlah membuka Al-Quran Al-Baqarah: 191 "Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawaa ngkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi di sekitar masjid Al-haram sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ) maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir".






Posted by DEWAN PEMUDA PAS KOTA RAJA

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails