ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

13 April 2010

APCO.....Laporan Polis di Buat.

Dr Siti Mariah Buat Laporan Polis

Klang, 10 April: Ahli Parlimen Kota Raja YB Dr Siti Mariah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang tengahari ini, mengenai pembabitan Kerajaan Malaysia diterajui BN dengan APCO Worldwide. Beliau turut memohon suatu siasatan terperinci dilakukan terhadap APCO Worldwide.
Dr Mariah Mahmud Sedang menuju ke Bilik Penyiasatan

Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mendedahkan di Parlimen bahawa APCO merupakan sebuah syarikat yang dinaungi oleh Israel. Perjanjian APCO Worlwide Sdn Bhd bersama Kerajaan Malaysia telah dimetrai pada 4 Ogos 2009.

Kita rakyat Malaysia amat bimbangkan hubungan secara kontrak dengan Syarikat APCO tersebut mendedahkan maklumat sulit negara dan boleh mengancam keselamatan negara. Malah sebagai seorang Muslim juga amat sedih apabila hubungan dengan syarikat ini dilakukan dalam keadaan umat Islam dan bukan Islam ditindas oleh rejim zionas yang ganas.

Menanti kehadiran YB di hadapan IPD Klang


YB ditemani Sekteriat Parlimen di IPD Klang

Setelah selesai Membuat Laporan Polis

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails