ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

13 April 2010

Janji Bagan Pinang Belum Ditunai, Kini Berjanji Pula Di Hulu Selangor

Janji Bagan Pinang Belum Ditunai, Kini Berjanji Pula Di Hulu Selangor

Belum lagi PRK Hulu Selangor bemula, BN telah berjanji bermacam macam jenis peruntukkan dan bantuan. Sedar atau tidak, bahawa banyak lagi janji-janji lama yang masih belum tertunai dalam mana-mana PRK yang lepas. Antara pendedahan janji-janji kosong dan mainan gula-gula politik kempen dari BN adalah, yg terbaru ketika PRK Bagan Pinang. Apabila ramai masyarakat India yang telah memberi kemenangan kepada BN akhirnya merasakan, mereka sekali lagi ditipu bulat-bulat dek kerana janji-janji manis yang telah ditaburkan!!! Maka adalah menjadi kewajipan kepada kita untuk dedahkan penipuan ini berterusan dalam PRK hulu selangor nanti.

Antara sebahagian penipuan yg telah berlaku ketika PRK bagan pinang yg lepas adalah janji BN utk memberi peruntukan sebanyak RM25juta bagi pembinaan 150 unit rumah PPRT di Ladang Siliau yang hakikatnya projek ini sepatutnya berlaku pada 10 tahun yang lepas. Ini bermakna mereka sentiasa mengulangi janji yang sama pada setiap pilihanraya yang berlaku.

Keduanya, mereka berjanji untuk memberi tanah seluas 1 hektar bagi pembinaan sekolah yang dijangka siap dalam tmpoh hanya setahun bagi menggantikan sekolah SRJKT Ladang Sungai Salak yang selama ini beroperasi dalam premis kedai 2 tingkat di Ladang Sungai Salak.

Ketiganya adalah janji BN untuk membantu semua penduduk miskin yg berpendapatan bawah RM700 layak mendapat bantuan dari JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) sebanyak RM300 juga tidak terlaksana. Ini hanya sebahagian dari janji-janji yg perlu diselesaikan dengan segera sebelum PRK Hulu Selangor bermula.
Bantahan dilakukan oleh AMK Telok Kemang

Jalan masuk ke tapak sekolah yang pernah diturap ketika hari perasmian juga telah hancur dan pecah dek kerana terlalu lama dibiarkan...


Kawasan tapak sekolah yang terbiar pernah dijanjikan oleh TPM ketika PRK Bagan Pinang yang berharga RM20 Juta


Bantahan dilakukan oleh masyarakat India di Ladang Siliau

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails