ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

18 June 2009

Jadilah pendengar terbaik, kurangkan bercakap - Dr Azhar Yaacob


Dalam mendepani cabaran yang mendatang, selain bersederhana dalam tindakan, umat Islam dianjurkan supaya menjadi 'pendengar terbaik' daripada banyak berkata-kata sehingga boleh mencetuskan suasana yang tidak harmoni di antara sesama manusia.

Pendakwah bebas Dr Azhar Yaacob berkata ciptaan Allah SWT terhadap tubuh badan manusia mempunyai hikmahnya yang tersendiri yang wajib diambil iktibar oleh umat Muhammad.

"Kenapa Allah jadikan anggota badan berpasangan seperti dua mata, dua telinga namun hanya satu mulut sahaja?

"Itu untuk menjadi iktibar supaya umat Islam lebih banyak mendengar daripada banyak berkata-kata. Lagi banyak bercakap, lebih banyaklah kelemahan dan kesalahan akan terungkai.

"Secara tidak langsung, orang lain akan melihat umat Islam ini begitu rapuh dalam melaksanakan amalan dan tindakan yang dituntut oleh agama dan seringkali bertelingkah," katanya yang merujuk secara umum isu-isu dan polemik yang berlaku mutakhir ini.

Tambahnya sebarang pertikaian atas sesuatu isu, perlu diselesaikan secara amanah dan berbincang termasuk menggunakan pendekatan syura dan bukan dengan kaedah yang mana musuh sentiasa mengambil kesempatan atas kelemahan yang berlaku, kata Azhar lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah agama kepada warga kerja Harakah di pejabat media itu tengah hari tadi yang bertajuk "Mengingati Mati."

"Sungguhpun begitu, apa jua polemik atau isu...tentunya ada hikmah di sebaliknya. Malah mungkin merupakan kafarah atas dosa-dosa yang pernah kita lakukan sebelum ini.

"Selain itu apa yang terjadi merupakan proses Tasfiyah (saring, tapis) untuk melihat siapa yang yang tulen ataupun sebaliknya dalam perjuangan menegakkan agama Allah ini," katanya.

Sementara itu, dalam kuliahnya itu beliau turut mengupas peringkat-peringkat seorang manusia menghadapi kematian antaranya sakit tenat, nazak dan sakaratul maut di mana ianya perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak kerana itulah saat kritikal seseorang diuji keimanannya kepada Allah SWT.

"Saat itu, kita yang hidup perlu membantu yang pesakit agar mudah mengucap kalimah syahadah dengar membisikkan ke telinganya termasuk berdoa.

"Namun, akhir hayat atau saat menghadapi mati seseoarang bergantung kepada amalan-amalan sepanjang hidupnya. "Jika baik, mudahlah dia menghadapi mati, mungkin 5 minit. Jika sukar, ada yang ambil masa 24 jam," katanya yang pernah membentang kertas kerjanya yang bertajuk " Dying Management" di Kubang Kerian, Kelantan baru-baru ini.- Harakahdaily

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails