Mungkin projek 'mee segera' akan memusat pula di Manek Urai. Jika sebelum ini di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai..menjadi fokus utama Umno, kini tidak lagi sekarang. Projek2 tersebut telah berpindah ke Kelantan pula khususnya di N41. Agak luarbiasa persiapan Umno/BN dapat dilihat di sana, selain poster2 parti baik dari PAS mahupun BN sudah banyak dinaikkan dan kelihatan, malah Markas2 UPU sudah mula dibuka. Meriahnya mula terasa. Debaran 14 Julai (sebulan dari sekarang), bukan tempoh yg lama...untuk berkempen dan memberi gula-gula untuk rakyat.




Kekal sebagai kawasan desa yg banyak ketinggalan dalam era pembangunan, Manek Urai sudah pasti akan digula-gulakan dengan serba kehebatan pembangunan oleh Umno/BN nanti. Diwar-warkan pula bahawa akan diperkuatkan pula dengan team ahli2 debat yg hebat dan handal, gula-gula itu pasti akan ditabur manisan yg lebih berbisa manisnya.
Sekiranya pertempuran di Manek Urai antara PAS vs. BN kelak, memihak kepada apa yg diberitakan melalui Harakah baru-baru ini, BN akan terus gigit jari. Tetapi jangan terlalu yakin, kerana musuh membawa segala cara 'halal' untuk menang, maka jika ini kaedahnya, kemenangan yg ada sebelum ini mungkin terlondeh sampai ke buku lali.!
0 comments
Post a Comment