ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

18 June 2009

Kerajaan Perpaduan: Media diingatkan jangan 'kurang ajar'


Media arus perdana diingatkan jangan bersikap 'kurang ajar' dengan memutar belitkan isu 'Kerajaan Perpaduan' yang disarankan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Media berkenaan sengaja mahu melagakan pandangan dua tokoh utama PAS iaitu Musyidur Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden dalam isu berkenaan agar perpecahan dalaman PAS berlaku. Demikian pendapat Yang Dipertua PAS Kepala Batas, Rosidi Hussain dalam kenyataanya menerusi e-mail pada Harakahdaily semalam.

Punca utama media arus perdana bertindak begitu kerana mahukan kekuatan Umno dan Barisan Nasional (BN) dipulihkan kembali setelah parti itu kelihatan lelah dan letih dalam pertarungan politik bersama Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, KeADILan dan DAP.

"Hari ini media arus perdana terus mainkan isu Kerajaan Perpaduan yang masih kabur. Mereka mencipta cerita dan memutar belitkan kenyataan pimpinan supaya ahli dan rakyat atau ahli gabungan Pakatan Rakyat terus keliru, " terangnya.

Menurut beliau lagi, bila Pakatan Rakyat berpecah maka senang bagi Umno dan BN meningkatkan serangan pada PAS yang dilihat mampu ke hadapan menguasai Malaysia hasil kerjasama dengan KeAdiLan dan DAP.

Sokongan pada PAS sambung Rosidi, amat membanggakan sekarang ini tambahan lagi daripada masyarakat bukan Islam.

"Tidak hairan Umno dan BN mencari ruang bagaimana menjerat PAS untuk tidak bersama Pakatan Rakyat sebaliknya untuk bersama parti yang kian ranap. PAS tidak sekali-kali menikam kawan tetapi bertegas akan bersama Pakatan Rakyat menjatuhkan Umno dan BN pada pilihanraya umum akan datang, " ujarnya.

Tambah beliau, sebagai parti Islam PAS memang layak bertemu parti mana sekali pun untuk berbincang berkaitan masalah negara.

Bukan sahaja Umno bahkan, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan sebagainya semata-mata bermatlamat menyelesaikan masalah yang kian meruncing.

"Masalah perbincangan membabitkan negara boleh diadakan dan tidak salah, " kata beliau yang baru diamanahkan menerajui PAS Kepala Batas sebulan lalu.

Justeru itu, ahli dan penyokong PAS jangan terikut rentak media arus perdana tetapi hendak bersatu tekad bersama Pakatan Rakyat yang diasaskan oleh bekas Presiden PAS, Allahyarham, Dato' Fadzil Nor menerusi gagasan Barisan Alternatif (BA). - harakahdaily

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails