ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

15 June 2009

Menteri Dalam Negeri Berbohong dalam Dewan

Semasa menjawab soalan asal mengenai tindakan polis meneceroboh DUN Perak pada 7 Mei lepas oleh DS.Anwar Ibrahim, beliau cuba berbohong dengan memutar belit fakta dan memberi fakta yang bercanggah dari realiti yang sebenar yang berlaku dalam dewan. Percanggahan dari fakta sebenar yang berlaku dan jawapan Hishamuddin ternyata bercanggah dengan apa yang berlaku dalam Dewan pada peristiwa tersebut.

Apabila dia menyebut bahawa polis masuk atas arahan dan permintaan Speaker BN, Ganesan bererti dia cuba menutup fakta mengenai bagaimana kedudukan sebenar mengenai Speaker yang sah,YB. V.Sivakumar.

Sebenarnya kedudukan V.Sivakumar masih sah bila mengarahkan 7 orang ADUN BN dan 3 ADUN bebas keluar dari Dewan. Kenapakah apabila bentara tidak mengikut arahan Speaker dan 10 orang ADUN itu tidak keluar, polis tidak membantu Speaker Sivakumar.

Jelas pihak polis double standard dan berpihak kepada BN sahaja apabila tidak menyelamatkan lebih awal dari kekecohan yang besar dengan tidak membantu Sivakumar.

Apakah kewajaran setelah kekecohan berpanjangan sekitar 5 jam, baru pihak polis mahu membantu kononnya Speaker yang dilantik dengan cara tidak sah, Ganesan.

Apakah kewajaran pihak polis mengiktiraf sidang yang telah berlangsung dengan tidak mengikuti agneda yang sebenarnya. Tidakkah polis mengetahui bahawa usul memecat dan melantik Speaker hanya berlaku apabila sidang dirasmikan dahulu oleh DYTM Raja Muda, barulah proses sidang bermula dengan apa jua agenda termasuk hasrat Bn memecat Speaker Sivakumar dan menggantinya dengan Speaker baru.

Demikianlah siri pembohongan BN sampai kepada Dewan Rakyat.Keadaan yang berlaku di dalam Dewan Rakyat hari ini mengesahkan lagi tidak ada cara lain yang akan menyelesaikan kemelut politik di Perak melainkan dengan pembubaran DUN Perak.


0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails