ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

24 May 2009

Kursus Nasi Beriani Sukses

Sebentar tadi bertempat di Dewan Pangsapuri Sri Nervillia berlangsung Kursus Masakan Nasi Beriani bersempena Hari Ibu 2009. Syukur tahniah dan terima kasih diatas kejayaan majlis ini yang dianjurkankan oleh para Muslimat Persatuan Penduduk Sri Nervillia . Ianya wajar disambut oleh semua manusia dalam dunia ini sebagai satu usaha dan ingatan tentang pengorbanan seorang ibu walaupun asalnya bermula daripada Barat.
Ucapan dari Pengerusi Majlis En. Kamarul yang berjaya menghidupkan majlis dan Pengarah Program Puan Roslaini.
Majlis hari ini dirasmikan oleh Yang Di Pertua PPSN En. Zainudin Mohamad.
Turut hadir ialah Ahli Parlimen Kota Raja YB Dr. Siti Mariah Mahmud bersama suami serta sekretariat Parlimen Kota Raja.
Majlis ini turut diserikan dengan dendangan nasyid oleh anak-anak PPSN dan S.A.R Kafa Intergrasi Kota Kemuning
Para peserta sedang mendengar dan melihati dengan teliti cara-cara masakan nasi beriyani yang sedang ditunjuk oleh Chef Puan Fazanah Jan
Sijil diberikan kepada para peserta seramai 60 orang yang disampaikan oleh Pengarah Program Pn. Roslaini. Sedikit cenderahati turut diberikan kepada anak-anak PPSN dan KAFA oleh YDP PPSN En. Zainudin Mohammad serta penyampaian perhargaan oleh YB Dr. Siti Mariah Mahmud kepada Chef dan YDP PPSN. Tak lupa juga sedikit cenderahati diberikan kepada Ahli Parlimen Kota Raja oleh Pengarah Pogram.

Dalam kemeriahan sambutan hari ibu, pengorbanan bapa juga tidak patut dilupakan. Takala sang ibu menimba ilmu, sang bapa tekun menjaga anak. Sikap beginilah yang harus diserap didalam sesebuah keluarga. Saling bantu-membantu dan saling memahami antara satu sama lain. Barulah keluarga akan bahagia tanpa sebarang perselisihan faham.
Sketsa sekitar sambutan hari ibu.

Selamat Hari Ibu dan terima kasih kepada semua petugas, penganjur dan para hadirin hadirat yang menjayakan majlis sebentar tadi. TAHNIAH.

1 comments

Anonymous

Assalamualaikum,

Tahniah kerana berjaya mengnjurkan program seumpamanya. Syabas.

Sedikit komentar agar mempertingkatkan medan perhubungan ini.

Menurut pengetahuan ana berdasarkan iklan dan promosi yang diwar-warkan, Program masak nasi beriyani ini bukan anjuran parti politik...

Dan tak mustahillah suara tak elok kedengaran di luar sana bahawa program ini adalah program politik.

harap pihak AJK dan penganjur dapat memperbaiki kaedah komunikasi agar tidak mengelirukan dan tidak dimemaparkan imej buruk parti dan agama

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails