ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

22 May 2009

Dato' Raja Nong Chik - Satu sikap yang tidak sepatutnya ada pada seorang pemimpin.

KUALA LUMPUR, 22 Mei - Tindakan Dato' Raja Nong Chik mengeluarkan perkataan kurang manis kepada Dr' Lo'lo' semalam adalah satu sikap yang tidak sepatutnya ada pada seorang pemimpin.
Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' lo' berkata, Dato' Raja Nong Chik sepatutnya sedar bahawa beliau ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan bukannya ketua bahagian Umno.


Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu mendakwa kata-kata tersebut kurang sopan dan bersifat "gangguan seksual" terhadap wanita.


"Sebagai seorang wanita yang terhormat, seorang Wanita Islam yang menjaga sahsiah diri, saya merasa terhina dan tidak dapat menerima kata-kata tersebut keluar dari mulut seorang menteri, lebih-lebih lagi saya seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat," kata Dr Lo' Lo' lagi.


Memetik blognya hari ini, beliau memberitahu kata-kata tersebut diucapkan oleh Raja Nong Chik sewaktu lawatan mengejut menteri baru itu ke sebuah pasar baru di Kampung Datuk Keramat petang semalam.


Dr Lo'lo' dalam kenyataan medianya yang bertajuk 'Menteri Persekutuan Tidak Menghormati Dan Biadap Terhadap Wanita' di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut sebentar tadi meminta menteri berkenaan memohon maaf secara terbuka walaupun pemohonan maaf secara peribadi telah dibuat selepas selesai sesi lawatan semalam.


Turut hadir dalam sidang media tersebut Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Wanita Keadilan YB Zuraidah Kamarudin dan Athirah Al-Jundi Ketua Penerangan Dewan Mulimat Pas Pusat.

3 comments

Anonymous

Assalamualaikum, sememangnya seorang menteri seharusnya menjaga setiap kelakuannya.kata-kata yg di keluarkan oleh datuk Raja nong chik sepatutnya sesuai dikeluarkan oleh mulut Raja kapoor sahaja.
Berbalik pada sebuah kisah lain pula, kita tak perlu untuk pergi jauh. Sebagai penyokong Kuat Pas dari Zaman persekolahan Lagi saya jarang melihat orang Pas menunjukkan sikap permusuhan tanpa sebab, malah saya juga jarang melihat orang pas memalingkan mukanya kearah lain apabila seseorang cuba menyapanya dengan baik.
Namun inilah yang saya alami dengan segelintir muslimah di blok 16 flat sri nervillia. adakah mereka terlalu kenegerian (negeri yang benderanya merah dan di perintah oleh orang kesayangan kita) atau apakah sebabnya menjadikan mereka sedemikian.Saya menegaskan perangai sebegitu bukanlah perangai orang Islam dan sewajarnnya tiada dalam jamaah kita yang memperjuangkan Islam.
saya ingin menegaskan lagi bahawa tidak boleh orang Islam bermasam muka dengan orang Islam yang lain.Kita Tinggal Di flat, tidak dapat tidak, kitA boleh bertembung bila-bila masa. Janganlah menunjukkan sikap yang tidak sewajarnya .Apatah lagi kita mengaku memperjuangkan Islam, orang yang sama parti pun boleh di layan sedemikian.Sikap sebegini tidak akan mampu menarik orang parti lawan menyertai perjuangan kita.
Jangan terlalu kenegerian (bumi ni ialah bumi Allah), jangan membawa fitnah (dosanya lebih besar dari membunuh), jangan cepat mempercayai fitnah . Siasatlah kata-kata seseorang sebelum mempercayainya.Menerima bulat2 kata2 seseorang boleh memecah belahkan penduduk dan parti.
Kpd semua ahli parti Pas Blok 16 khasnya dan seluruh flat sri nervillia amnya, nasihatilah isteri2 anda supaya tidak lagi bersikap bermasam muka dan supaya tidak cepat mempercayai berita yang di bawa 'angin' di kalangan kita.
usahakan supaya blok kita tidak berpecah, tidak bermasam muka tanpa sebab (jika ada sebab pun , bawaklah bermesyuarat dgn ikhlas.. wujudkan perjumpaan (spt yg di buat per.kaum ibu blok 16-perbincangan kpd perkara2 yg tidak melibatkan politik dan menjurus kearah kebaikan, tapi malangnya tidak semua kaum wanita menyertainya)
Dan Usrah Muslimah Pas bolehlah di gunakan untuk menyelesaikan perkara2 sebegini juga dikalangan Isteri2 Ahli Pas.
Bermasam muka dengan atau tanpa sebab yg jelas tidak akan membawa kita kemana2. Terlalu Kenegerian atau hanya membentuk kelompok dari negeri sendiri juga adalah sesuatu yang tak boleh diterima oleh orang Islam.(Tuan guru Nik Az pasti marah kalau tahu rakyatnya berkelakuan begitu apabila berhijrah keluar.
Kpd Ajk persatuan Blok 16, Ajk2 PAS yg ada kat blok 16 atau ajk2 Umno yg ingin turut bersama , Bolehlah bersama memikirkan hal ini dan mencari jalan penyelesaiannya. Ketua Cawangan (PAS)kita atau Ahli parlimen kita boleh juga memberi nasihat dan pandangan.
Mahukah anda memberi sedekah? SENYUMAN ITU SATU SEDEKAH.

Anonymous

Warna

pemudapaskotakemuning May 30, 2009 at 10:35 AM

Satu komen yang bernas. terima kasih . InsyaAllah segala teguran anda akan dihighlightkan.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails