ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

24 May 2009

Konvensyen Kelab Penyokong PAS Nasional

Konvensyen Kelab Penyokong PAS Nasional akan berlangsung pada 30 Mei ini bertempat di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Klang bermula jam 8.00 pagi.

Menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof berkata majlis itu akan dirasmikan Mursyidul Am Pas merangkap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sehubungan itu beliau memohon kerjasama Perhubungan PAS negeri-negeri supaya menghantar wakil dari Kelab Penyokong PAS seperti mana yang ditetapkan dalam surat Lujnah Perpaduan Nasional.

"Penyertaan semua negeri adalah penting bagi menjayakan program bersejarah ini kerana ia akan menunjukkan tahap sokongan orang bukan Islam kepada perjuangan PAS.

"Surat-surat telah dikirimkan dan diharap mendapat respon segera dari pihak negeri," katanya.

Konvensyen bertemakan "Berdiri Teguh Menempuh Cabaran" (Stand United, Brave the Challenges) itu, tambahnya adalah kemuncak siri Konvensyen yang telah diadakan di peringkat negeri.

"Selain daripada matlamat mengumpulkan semua ahli Kelab dari seluruh negara, konvensyen ini juga mengharapkan penstrukturan jawatankuasa di peringkat negeri-negeri dapat dilaksanakan segera bagi melicinkan lagi perjalanan Kelab Penyokong PAS di semua peringkat," jelas beliau.

Selain ucapan perasmian Tuan Guru Nik Abdul Aziz, ucaptama Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional yang menggariskan hala tuju kelab juga dinanti-nantikan peserta konvensyen.

"Pencapaian Kelab Penyokong PAS yang ahlinya kini di sekitar 20,000 orang telah membawa PAS ke persada politik berbagai kaum yang mula menjadi popular di kalangan masyarakat India dan Cina.

"Selain daripada itu, Selangor dipilih menjadi tuan rumah kerana menjadi antara negeri yang paling aktif kegiatan Kelab Penyokong PAS selain daripada Perak dan Kedah," kenyataan beliau dipetik.

Mujahid juga berharap konvensyen itu dapat dijayakan sebagai kemuncak kepada aktiviti Kelab yang akan turut hadir sebagai pemerhati dan tetamu khas Muktamar PAS Pusat yang bakal berlangsung awal bulan hadapan.

"Sekali lagi saya menyeru pihak negeri supaya mengambil serius penglibatan ahli kelab di negeri masing-masing dan membantu kami memudahkan urusan penyertaan konvensyen," katanya.

Semua Ahli KPP, Lajnah Perpaduan Nasional Kawasan dan Negeri seluruh Negara dan Kelab Penyokong Muda PAS di Jemput Hadir Infomasi : 016-3226159 Hjjh Kamariah s/u LPN PAS Pusat.

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails