ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

11 May 2009

Nizar vs Zambry - Apa yang dimahukan oleh Rakyat Perak ?

Jika ditanya kepada warga Perak, apa kemahuan yang boleh diterjemahkan kepada keputusan mahkamah yang memihak kepada Dato' Seri Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang SAH ialah :

1) Rakyat Perak mahukan DUN di bubarkan, biarkan pemerintahan dan kerajaan yang jelas dan Adil dipilih semula oleh rakyat melalui pilihanraya. Kembalikan mandat pemerintahan Perak kepada undi rakyat. BUBARKAN DUN ! Warga Perak mahukan itu yang wajar diberitahu oleh Nizar ketika mengadap Sultan dan mohon perkenan dari DYMM Sultan Perak.

2) Meminta dengan penuh takzim agar Dato' Seri Nizar dapat mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, sekiranya mendapat restu dan perkenan Sultan Perak DUN bubar, bagi meminta perkenan agar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil alih dan mengawal Pilihanraya di negeri Perak sepenuhnya. Untuk kali ini, rakyat Perak mohon penglibatan Polis ketika pilihanraya direhatkan. Mereka dah letih ! Point lain korang boleh pikir sendiri mengapa ?? Wak malas nak sebut kat sini, tengok ajer Tragedi 7 Mei pun boleh tahu !

3) Meminta Pemantau Antara Bangsa hadir ketika pilihanraya DUN Negeri di negeri Perak.

Cukup 3 dulu, yang lain akan menyusul daripada warga rakyat Perak yang lain pula..jelaskan disini, lontarkan lagi apa yang hangpa, warga rakyat mahukan jika DUN di perkenan Sultan untuk dibubarkan.

Anggota Polis dan FRU telah dilihat mengawal Bangunan SUK petang ini. Sila sahkan sumber ini..apakah Zambry akan terus mempertahankan kerajaan kudetanya ? Kita perhatikan..!!

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails