ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

11 May 2009

Majlis Hi Tea Apresiasi Ibu sempena Hari Ibu 2009

Selamat Hari Ibu Untuk Muslimat


Tunku Puteri Arafiah binti Almarhum Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah dan Tuanku Puteri berjiwa Rakyat yang amat dikenali dengan panggilan mesra 'Ku Yah' hadir dalam majlis ini sebagai tetamu kehormat.
Bertempat di Dewan Banquet SUK berlangsung Majlis Hi Tea Apresiasi Ibu sempena Hari Ibu 2009 anjuran oleh Wanita Pakatan Kota Raja bersama Perwanis. Walau pun perayaan hari Ibu bermula dari barat tetapi ianya wajar disambut oleh semua manusia dalam dunia ini sebagai satu usaha dan ingatan tentang pengorbanan seorang ibu.

Majlis turut dihadiri oleh Tuanku Puteri Arafiah binti Almarhum Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah yang merasmikan majlis ini serta Tuanku Puteri yang lebih dikenali dengan panggilan mesra 'Ku Yah'. Turut hadir ialah Pengerusi Perwanis Yang Berbahagia Puan Sri Datin Salbiah binti Tunut, isteri YAB Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor, YB Rodziah, YB Xavier dan lain-lain.
Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh kumpulan Nasyid tahun 60an yang terkenal iaitu kumpulan Al Jawahir yang membawa lagu Ibu Mithali.


0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails