ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

11 May 2009

NIZAR SAH MENTERI BESAR PERAK. TAKBIR!!!

Nizar vs Zambry - Dato Seri Nizar MB PERAK yang SAH ! - Mahkamah

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim telah pun mengumumkan keputusannya, dan..

KEPUTUSAN TERKINI ( Jam 3.50 pm) :

NIZAR SAH MENTERI BESAR PERAK. KITA MENANG !!

Sumber yg baru diterima, DS Nizar dijangka akan mengadap Sultan Perak di Istana Perak, petang ini juga. Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah. Hakim berkata, Nizar tidak pernah menghadapi UNDI TIDAK PERCAYA dalam DUN..TAKBIRR !!!

Menteri Besor Sah tersenyum lebor

HAKIM Mahkamah Tinggi Abdul Aziz Abd Rahim telah memutuskan bahawa Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah. Ketika membacanya, Abdul Aziz berkata Nizar berhak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak. RAKYAT MOHON MB PERAK BUBARKAN DUN..! Kita berpilihanraya lagi !

Komen MSO petang ini !
UNTUK hari ini dan sehingalah Mahkamah Persekutuan memutuskan rayuan dibuat Zambry Abdul Kadi, Mohamad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Perak yang sah. Beliau juga berhak mendapat semula gelaran Yang Amat Berhormat (YAB) yang yang diberikan kepada seseorang Menteri Besar berikutan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengirstiharkan Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah sekejap tadi.

Walaupun Zambry Abdul Kadir merayu supaya menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara pihaknya mengemukakan rayuan, namun dengan keputusan itu mengesahkan bahawa setakat hari ini Nizar adalah MB yang sah. Keputusan Mahkamah Tinggi itu memberi kemenangan kepada Nizar dan juga rakyat yang selama ini menyokong tindakan Nizar dan beranggapan perlantikan Zambry sebagai MB tidah sah. Pastinya keputusan berpihak kepada rakyat itu disambung dengan penuh kegembiraan.

Keputusan itu dibaca oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim yang mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang.

Sudah pasti dengan keputusan Mahkamah Tinggi itu menyebabkan segala keputusan berhubung pentadbiran kerajaan Perak dilakukan Zambry sejak lebih dua bulan lalu menjadi pertikaian. Ianya akan berhadapan dengan implikasi undang-undang. Demikian juga dengan perjalanan sidang DUN yang kecoh beberapa hari lalu mungkin tidak sah.

Bagaimana pun disebabakan keputusan itu dirayu di Mahkamah Persekutuan kemelut politik tempoyak di Perak itu masih belum muktamad. Seperti mana dibayangkan sebelum oleh banyak pihak kemelut politik di Perak tidak akan selesai selagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak dibubarkan dan satu plihan raya baru diadakan.

Sebagai rekod Nizar, 52 dilantik menjadi Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Pas, DAP dan PKR mendapat majoriti dalam pilihan raya berkenaan. Sultan Azlan Shah perkenan untuk melantik Nizar sbagai MB. Bagaimana pun kerusi MB Nizar itu dirampas oleh satu kudeta oleh BN pada 4 Februari lalu. Rampasan kuasa ini dengan bantuan tiga Adun yang sebelum ini berpihak kepada Pakatan Rakyat lari kepada BN.Tunggu ulasan selanjut. Posted by mso

(244) Nizar vs Zambry - Menanti keputusan Mahkamah (update 3.45 pm)

1 jam telah berlalu, namun keputusan yg dinanti masih terus dan belum diputuskan oleh Tuan Hakim. Seorang yang tidak mahu dinamakan berkata, keputusan hari ini (penghakiman) akan menjadi tanda aras bagi rakyat seluruhnya melihat badan kehakiman samada benar2 bebas. Terima kasih kepada Tuan Speaker YB V Sivakumar yang turut melontarkan komen di blog wak hari ini. Rakyat Perak seluruhnya menanti keputusan ini penuh debar !

(243) Nizar vs Zambry - Menanti keputusan Mahkamah (update 3.25 pm)

Update 3.25pm:
MSK memaklumkan dari dalam kamar mahkamah, Tuan Hakim masih lagi menyemak fakta kes yang telah dibentangkan oleh peguam dari kedua-dua pihak. Sejak tadi, Dato Seri Nizar dan beberapa kepimpinan Pakatan Rakyat sahaja yang hadir. Zambry tidak kelihatan hadir pada perbicaraan terakhir ini.Zambry mungkin sedang mengigil..!

Kedapatan beberapa kelompok penyokong Umno turut berada di perkarangan, jumlah tidak ramai, kelompok kecil-kecil sahaja. Dominasi penyokong dari PR menambah kecil kelompok yang tidak dihirau orang !

Kedengaran bacaan Yaasin dari orang yg tidak dikenali, mengiringi doa dan harapan rakyat, untuk Nizar dan rakyat Perak yg dizalimi..!

(Akhir) Iktibar Uhud - Peringatan kepada yang telah lupa@mangkaq..

Barisan Musyrikin yang bertempiaran lari tanpa membawa bersama harta-harta mereka. Melihatkan keadaan demikian, tentera Islam berebut-rebut menuju kearah harta-harta yang ditinggalkan oleh Barisan Musyrikin dan berebut-rebut pula mengambil harta-harta yang ditinggalkan.

Melihat tentera lain berebut-rebut mengambil harta tinggalan Barisan Musyrikin, membuatkan pasukan memanah yang ditugaskan mengawal di atas bukit tidak dapat mengawal perasaan. Ada dikalangan anggota pasukan memanah berkata ;

“ Itu dia harta rampasan perang, mari kita pergi mengambilnya…!!! Sahabat-sahabat kita telah menang…!!!”

Ketua pasukan memanah, ‘Abdullah Bin Jubair Radhiyallahu ‘Anhu yang amat mengambil berat arahan Rasulullah S.A.W telah menegaskan kepada mereka yang ingin turun bersama merebut harta tinggalan Barisan Musyrikin dengan berkata ;

“ Apakah kamu telah lupa perintah Rasulullah S.A.W…????”

Kebanyakan mereka tidak mempedulikan kata-kata ‘Abdullah Bin Jubair kerana terlalu ghairah melihat harta yang ditinggalkan dan terlalu gembira dengan kemengan yang dicapai. Akhirnya sebahagian besar dari pasukan memanah telah meninggalkan bukit itu untuk mengambil harta rampasan perang. Diriwayatkan bahawa 40 orang anggota pasukan memanah turun meninggalkan posisi dan tinggal 10 orang anggota yang masih tetap di atas bukit termasuk ‘Abdullah Bin Jubair.

Sementara itu Khalid Al-Walid yang mengepalai pasukan berkuda senantiasa mengintai peluang untuk membuat serangan balas. Serangan balas yang dilakukan oleh Barisan Musyrikin telah menggugurkan ‘Abdullah Bin Jubair bersama 9 orang anggota pasukan memanah yang bertahan di atas bukit.

Serangan dimulakan semula dan bendera Barisan Musyrikin di angkat semula. Pada ketika itu Rasulullah S.A.W hanya dikawal oleh beberapa orang sahaja. Keadaan menjadi amat mencemaskan sehinggakan Rasulullah S.A.W terpaksa membuat pilihan antara berundur atau terus berjuang. Rasulullah S.A.W telah mengambil pilhan kedua, meneruskan perjuangan sambil melaungkan seruan kepada pasa sahabat yang lain ;

“ Marilah kepadaku, Aku Rasulullah…!!!”

Laungan Rasulullah itu bukan sahaja di dengari oleh pasukan tentera islam, ia juga di dengari oleh Barisan Musyrikin yang menyebabkan Barisan Musyrikin menyerang Rasulullah bertubi-tubi. Ketika diserang dengan dahsyat, Rasulullah hanya dikawal oleh 7 orang dari kalangan Ansar dan 2 orang dari Muhajirin. Mereka ini berpegang kepada pesanan Raulullah S.A.W yang mahfumnya ;

“Sesiapa yang berperang bersama-sama aku, maka dia bersama-sama aku di dalam syurga”

Seorang demi seorang sahabat yang mengawal baginda gugur syahid sehinggalah orang yang ketujuh iaitu Yazid Bin Al-Sakn rebah kerana luka yang amat parah. Walaupun dalam keadaan yang amat lemah, Yazid tetap mempertahankan Rasulullah S.A.w sehingga beliau gugur syahid berbantalkan kaki Rasulullah S.A.W.

Setelah Yazid gugur syahid, tinggal dua orang sahabat mempertahankan Rasulullah iaitu Talhah Bin ‘ubaidillah dan Sa’ad Bin Abi Waqqas. Walaupun tinggal hanya mereka berdua, kekuatan dan keberanian mereka menyamai kekuatan dan keberanaian berpuluh-puluh orang. Sa’ad Bin Abi Waqqas yang juga pakar memanah telah melancarkan serangan panah bertubi-tubi ke atas Barisan Musyrikin sehingga Rasulullah bersabda ;

“ Panahlah wahai Sa’ad, aku tebus kamu dengan ayah dan ibuku..”

Talhah Bin ‘Ubaidillah pula bertempur dengan pedang yang menyamai kekuatan 11 orang. Sa’af bertempur dengan musuh sehingga tangannya luka, jarinya putus serta mendapat 39 liang luka diseluruh bandannya. Kepadanya Rasulullah bersabda;

“ Kalau aku enyebut Bismillah..nescaya malaikat akan menjulangmu dengan diperhatikan oleh orang ramai..”

Dengan keberanian itulah maka Talhah telah digelarkan sebagai syahid yang masih hidup di dunia..Akhirnya beberapa orang sahabat dapat menembusi kepungan Barisan Musyrikin dan menghampiri Rasulullah S.A.W. Antara orang terwal samapi ialah Saiyidina Abu Bakr As-Siddiq di ikuti oleh Abu Ubaidah, Mus’ab Bin ‘Umair, ‘Ali Bin Abi thalib, Sahl Bin Hanif, Malik Bin Sinan dan juga seorang sahabiah wanita, Ummu ‘Imarah nusaibah Binti Ka’b.

Inilah saat yang palin cemas dilalui oleh RAsulullah S.A.W. Barisan Musyrikin bertubi-tubi menyerang dan mencari peluang untuk membunuh Rasulullah. Walaupun Barisan Musyrikin tidak berjaya membunuh Rasulullah, namun agenda mengalami patah gigi hadapan, luka di pipi dan berdarah di kepala. Sambil baginda menyapu kepalaNya yang berdarah baginda S.A.W bersabda ;

“ Bagaimanakah boleh selamat ke atas kaum yang telah memecahkan muka nabi mereka hingga berdarah…!!!”

Serentak dengan itu Allah menurunkan wahyu dengan mafhumnya;

“ Bukanlah bagi engkau (Wahai Muhammad) sedikitpun campurtangan daripada urusan ini suatupun, atau allah menerima taubat mereka atau mengazabkan mereka, kerana sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang zalim” ( Ali ‘imran : Ayat 128 )

Setelah itu Rasulullah diam sejenak kemudian Rasulullah S.A.W berdoa :

“ Ya Allah Ya Tuhanku, berilah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka melakukan demikian kerana tidak mengerti..”

Sementara iti Malik Bin Sinan telah menghisap darah Rasulullah S.A.W, lalu baginda besrabda ;

“ Barang siapa yang bersentuh dengan darahku, dia tidak akan disentuh oleh api neraka..”

Di saat cemas ini juga, Rasulullah S.A.W berjaya mencederakan musuh bernama Ubai Bin Khalaf sehingga maut. Ubai datang menyerang Rasulullah ketika itu para sahabat tidak sempat bertindak, namun baginda sempat menentang sehingga musuh itu maut.

MUSUH MENYEBAR PROPAGANDA PALSU !

Di saat suasan yang cemas lagi genting ini uga, tiba-tiba pihak Barisan Musyrikin telah menyebarkan berita palsu kununya Rasulullah S.A.W telah wafat kerana terbunuh dalam peperangan.

Setelah tersebarnya berita palsu ini, ada dikalangan sahabat yang kebingungan dan tidak dapat meneruskan perjuangan. Namun ada jua yang bertambah semangat untuk terus berjuang menemui syahid seperti Anas Bin Nadzar, beliau telah menangking kalangan sahabat yang kebingungan seolah-olah hilang semangat dengan berkata ;“ Apa yang kamu tunggu…???!!!”

Mereka menjawab ;“ Rasulullah S.A.W telah dibunuh…!!!”

Anas membalas ;

“ Apa gunanya hidup selepas ini…??? Bangun..!!! Marilah kita mati bersama-sama, sebagaimana matinya RAsulullah S.A.W…!!!’

Anas Bin Nadzar kemudiannya terus menentang musuh dan akhirnya syahid. Seruannya itu telah memulihkan semangat jihad para sahabat untuk terus berjuang menentang musuh Allah dan RasulNya.

Tersiarnnya berita palsu itu meredakan serangan Barisan Musyrikin kerana sebahagian dari mereka menumpukan kerja-kerja mencincang dan mengelar jenazah para syuhada’ untuk melepaskan geram.

Keadaan memberi peluang kepada Rasulullah bergabung dengan anggota tentera Islam yang lain yang sebelum itu terpisah posisinya dari Rasulullah. Apabila Ka’ab Bin Malik melihat Rasulullah masih hidup, bliau terus melaungkan kepada para sahabat yang lain betapa Rasulullah masih hidup namun Rasulullah memberi isyarat agar diam supaya musuh tidak dapat mengetahui di mana baginda berada. Perkara ii amat mustahak dalam strategi dan taktik peperangan dan menyusun langkah untuk bertindak semula.

Akhirnya 30 orang sahabat telah berjaya bersama-sama RAsulullah dan baginda mengarahkan pasukan tentera yang ada supaya berundur kea rah suatu teluk di buit uhud untuk menyusun strategi baru. Cara yang diambil amat berkesan untuk menyelamatkan keadaan. Abu Sufyan serta Khalid Al-Walid cuba menghalang namun ‘Umar Al-Khattab dan beberapa sahabat telah berjaya memintas tindakan musuh dengan lebih awal dan memaksa Barisan Musyrikin turun dari bukit.

BARISAN MUSYRIKIN MENCINCANG JENAZAH PARA SAHABAT

Apabila Barisan Musyrikin gagal utuk menghapuskan kekuatan pasukan tentera Islam, bahkan tidak berani lagi menyerang pasukan pejuang Islam, tiba-tiba mereka mengambil peluang mencincang-cincang jenazah pasa syuhada’.

Ada yang mencincang hingga hancur, ada yang menghiris telinga, hidung, kemaluan dan sebagainya untuk dibawa pulang sebai kemegahan. Manakala jenazah Saiyidina Hmazah Asadullah telah dibelah dadanya oleh Hindun Bin ‘utbah dan mengambil hanyanya untuk dikunyah kerana terlalu geram, namun Allah menghalanya bertindak sedemikian.

ABU SUFYAN MENCABAR

Apabila Barisan Musyrikin mengambil langkah untuk berundur, Abu Sufyan naik ke atas bukit dan melaungkan ;“Adakah Muhammad masih ada..??” Pasukan tentera Islam tidak menjawab. Abu sufyan memanggil lagi ;“ Adakah anak Quhafah ( Saiyidina Abu Bakar ) masih ada…??” Pasukan tentera Islam masih juga diam. Abu Sufyan berteriak lagi ;“ Adakah ‘Umar masih ada…???” Mereka juga masih diam. Tindakan berdiam diri adalah kerana Rasulullah mengarahkan supaya mereka jangan menjawab.

Namun ‘Umar tidak dapat menahan dirinya lalu menjawab ;“ wahai musuh Allah…!!! Semua yang kamu panggil itu masih hidup, Allah akan meneruskan keburukan kepada kamu…!!!” Abu Sufyan membalas ;“ Tinggi dan mulialah berhala hubal…!!!” Rasulullah S.A.W bersabda ; “ Apakah kamu tidak mahu menjawab…???” Para sahabat bertanya ; “ Apakah yang mesti kami ucapkan..??” Rasulullah menjawab ; “ Katakanlah Allah yang paling tinggi dan lebih mulia…” Abu Sufyan berkata ; “ Kami ada berhala ‘Uzza, kamu tidak mempunyai ‘Uzza…!!!” Rasulullah bersabda ; “Apakah kamu tidak mahu menjawab…???” Para sahabat bertanya ; “ Apakah yang mesti kami ucapkan..???” Rasulullah menjawab ; “ Katakanlah Allah menjadi pelindung kami, kamu tidak mempunyai pelindung..”

Abu Sufyan berkata lagi ; “ Hari ini adalah ganti hari Badar, peperangan silih berganti…( Badar kamu menang di Uhud Kami menang ),” Saiyidina ‘Umar menjawab ; “ Orang-orang kami terbunuh masuk syurga dan orang-orang kamu terbunuh masuk neraka…!!!” Kamudian Abu Sufyan membuat cabaran ; “Silalah datang dekat kami wahai umar…!!!” Rasululullah pun bersabda kepada ‘Umar ; “ Pergilah dan lihat bagaimanakah kedudukan mereka..” Lalu Saiyidina ‘Umar pun pergi mendekati Barisan Musyrikin dan Abu Sufyan bertanya kepada ‘Umar ; “ Wahai ‘Umar…!!! Adakah benar Muhammad telah berjaya kami bunuh…???” Jawab Saiyidina ‘Umar ; “ Tidak…!!! Bahkan dia mendengar apa yang kamu ucapkan…!!!”

Sebelum berundur, Abu Sufyan melaungkan kata-kata ; “ Kami berjanji mahu bertempur pula di Badar tahun hadapan…!!!” Rasulullah S.A.W mengarahkan seorang sahabat menjawab ; “ Ya…!!! Kami sedia menerima janji itu…!!!”

(3) Iktibar Uhud - Peringatan kepada yang telah lupa@mangkaq..

Rasulullah S.A.W telah menyusun posisi ketenteraan untuk berdepan dengan Barisan Musyrikin. 50 orang ahli memanah yang diketuai oleh ‘Abdullah Bin jubair Bin An-nu’man Al-Ansari Al-Badri Al-‘Ausi Radhiyallahu ‘Anhu. Pasukan memanah ini telah ditempatkan di sebuah bukit kecil yang terletak kira-kira 150 meter dari markaz operasi pesukan tentera islam. Rasululullah telah memberi arahan kepada pasukan memanah dengan bersabda;

“ Lancarkan serangan panah ke atas tentera berkuda bagi mengelakkan serangan dari belakang. Kamu semua hendaklah tetap berada disini sama ada kami kalah atau menang sehinggalah datang perintah kepada kamu..”

Pasukan sayap kanan ( maimanah ) dipimpin oleh Munzir Bin ‘Amru, manakala pasukan sayap kiri ( maisarah) dipimpin oleh Zubir Awwam. Zubir juga ditugaskan untuk berdepan dengan tentera berkuda tentera musyrikin yang dipimpin oleh Khalid Al-Walid. Manakala barisan hadapan diletakkan panglima-panglima islam yang mampu berdepan dengan ratusan musuh.

Penyusunan ini menunjukkan betapa bijaksananya Rasulullah S.A.W dalam bidang ketenteraan. Penyususnan seperti ini belum pernah digunakan dalam mana-mana pasukan tentera dalam mengahdapi saat-saat yang amat genting seperti ini. Baginda juga telah memilih satu tempat yang agak tinggi kedudukannya sebagai markaz operasi pusat ketenteraan untuk memudahkan baginda melihat pergerakan musuh serta member arahan kepada pasukan tentera Islam. Tempat yang dipilih ini juga amat strategik kerana amat sukar dijadikan sasaran musuh.

SEMANGAT JIHAD DITIUPKAN !

Sebelum peperangan dimulakan, baginda telah mengumpulkan seluruh anggota pasukan tentera Islam seterusnya meniupkan semangat perjuangan dan jihad ke dalam jiwa para sahabat serta menasihatkan mereka agar bersabar dan berani menentang musuh.

Baginda mencabut pedangnya dan bersabda;

“ Siapakah yang mahu pedang ini ditunaikan haknya…?”

Beberapa orang sahabat iaitu Saiyidina ‘Umar Al-Khattab, Saiyidina ‘Ali Bin Abi Thalib dan Zubair Bin ‘Awwam bingkas bangun untuk mengambil pedang tersebut namun tidak diberikan oleh Rasulullah S.A.W sehinggalah seorang sahabat yang bernama Abu Dajanah Simak Bin Kharsyah bangun bertanya ;

“Apakah dia haknya wahai Rasulullah..?”

Jawab baginda dengan bersabda; “ Kamu menetak musuh sehingga ia menjadi bengkok ”

Abu Dajanah menyahut; “Sayalah yang mengambilnya dan menunaikan haknya wahai Rasulullah…!!!”

Pedang itu telah diserahkan kepada Abu Dajanah yang memang popular dengan keberaniannya di medan perang. Abu Dajanah mengambil pedang itu dan menghunusnya sambil berjalan di tengah-tengah anggota pasukat tentera Islam dengan gaya berjalan mendabik dada, angkuh dan sombong, lalu Rasulullah S.A.W bersabda;

“ Cara berjalan seperti itu adalah dimurkai Allah melainkan dalam keadaan (bertemu musuh Islam) seperti ini..”

BARISAN MUSYRIKIN MENGATUR PERSIAPAN

Abu Sufyan Bin Harb yang menjadi panglima tertinggi Musyrikin Musyrikin turut mengatur posisi bala tenteranya. Sayap kanan diketuai oleh Khalid Al-Walid dan sayap kiri diketuai oleh Ikrimah Bin Abu Jahal. Tentera berjalan kaki pula diketuai oleh Sufian Bin Umayyah manakala pasukan memanah diketuai oleh Abdullah Bin Abi Rabi’ah. Bendera Barisan Musyrikin dibawa oleh Bani ‘Abdul Dar.

Abu Sufyan juga tela menghantar perisik ke dalam pasukan tentera Islam yang merupakan seorang munafiq bernama Abu ‘Amir Al-Rahib, beliau merupakan seorang yang berpengaruh di madinah ketika zaman jahiliyyah. Abu ‘Amir ditugaskan untuk menyebarkan propaganda kepada anggota paska tentera Islam dari golongan Ansar dan mendesak agar meninggalkan Rasulullah.

Tindakan Abu ‘Amir menyebarkan propaganda hasutan itu bagaimanapun tidak berjaya mempengaruhi golongan Ansar apabila golongan Ansar dengan tegas berkata kepadanya;

“Wahai orang fasiq…!!! Engkaulah perisik yang tidak diberi nikmat oleh Allah…!!!!”

PERTEMPURAN PERTAMA

Ketika kedua belah pihak dalam kedudukan begitu hampir, tiba-tiba talhah Bin Abi Talhah Al-‘Abdari, seorang pahlawan yang berani dari pihak Barisan Musyrikin tampil ke hadapan dengan menunggang unta dan melaungkan cabaran dan provokasi kepada tetera Islam agar menentangnya.

Cabaran itu disambut oleh Al-Zubir dengan melompat ke atas unta Talhah Bin abi Talhah dan Al-Zubir berjaya menewaskan Talhah.

Rasulullah yang menyaksikan pertempuran satu lawan satu itu terus bertakbir apabila Al-Zubir memenangi pertempuran itu dan disambut dengan laungan takbir oleh seluruh anggota tentera Islam. Seterusnya baginda bersabda;

“ Sesungguhnya tiap-tiap nabi ada pembantu yang setia kepadanya, maka pembantuku yang setia adalah Al-Zubir..”

PERTEMPURAN HEBAT

Sejurus selepas Talhah ditewaskan oleh Al-Zubir serta seluruh anggota pasukan tentera Islam melaugkan takbir, pertempuran secara terbuka pun bermula. Bendera yang dipegang oleh Talhah telah diambil oleh Abu Syaibah ‘Uthman Bin Abi Talhah dan dibunuh oleh Saiyidia Hamzah dengan menetaknya di leher higga terbelah di perut. Bendera itu diambil pula oleh Abu Saad Bin Abi Talhah namun Sa’ad Bin Abi Waqqas telah berjaya memanah tepat ke lehernya dan dibunuh oleh Saiyidina Ali Bin Abi Thalib.

Seterusnya bendera itu diangkat pula oleh Musafa’ Bin Talhah Bin Abi Talhah dan dia akhirnya dengan pantas dibunuh oleh ‘Asim Bin Abi ‘Aflan. Akhirnya bendera panji-panji Barisan Musyrikin yang menjadi perangsang bagi musuh Islam jatuh ke tanah tanpa siapa lagi yang berani mengambilnya.

Abu Dujanah yang menarima pedang dari Rasulullah telah menunaikan janjinya seperti yang dijanjikan. Dengan berlilitkan kain merah di kepala, beliau membunuh setipa musuh yang melintas dihadapannya. Al-Zubir Radhiyallahu ‘Anhu menceritakan bahawa;

“ Apabila aku meminta pedang dari Rasulullah, baginda tidak memberinya kepadaku padahal aku sepupunya, anak ibu saudaranya Safiah. Baginda telah memberi pedang tersebut epada Abu Dujanah. Aku berkata kepada diriku ; Aku mahu mengekori dan mlihat apakah yang akan diakukan oleh Abu Dujanah dengan pedang itu.., Aku terus mengekorinya, dia melilitkan kain merah dikepalanya dan kemudian menyerang musuh dan membunuh setiap musuh yang ada dihadapannya sehingga dia samapi ke tempat aum wanita musyrikin. Beliau mengangkat pedang untuk menetak salah seorang dari mereka yang kelihatan memberi semangat kepada tentera musyrikin iaiatu Hindun Bin ‘Utbah. Abu Dajanah tidak mengenalinya kerana menyangka Hindun adalah lelaki, tetapi apabila Hindun memekik, dia tidak jadi menetaknya dan berkata ; “Aku mahu memuliakan pedang RAsulullah S.A.W.”

SAIYIDINA HAMZAH SYAHID

Seorang hamba abdi yang bernama Wahsyi Bin Harb telah dijanjikan akan dimerdekakan oleh tuannya, Jubair Bin Mut’am jika dia dapat membunuh Saiyidina Hamzah yang telah membunuh bapa saudaranya, Tu’aimah ‘Adi ketika di perang Badar Kubra. Wahsyi adalah merupakan hamba yang mahir melontar tombak dan menyertai perang hanya untuk membunuh Hamzah.

Dalam peperangan ini, Wahsyi Bin Harb tidak menghiraukan pejuang Islam yang lain, tetapi hanya menumpukan kepada Saiyidina Hamzah dengan mencari peluang untuk menikam curi dari belakang di sebalik pokok-pokok dan batu-batu.

Akhirnya Wahsi mendapat peluang apabila Saiyidina Hamzah sedang bertempur dengan Siba’ Bin Abdul ‘Uzza. Sebaik sahaja Saiyidina Hamzah berjaya membunuh Siba’, tombak yang dilontarkan oleh Wahsyi tepat mengenai perut Saiyidina Hamzah sehingga terburai perutnya. Walaupun dalam keadaan tenat, Saiyidina Hamzah berjalan menuju kearah Wahsyi namun tidak berdaya berbuat apa-apa, lalu beliau gugur syahid sebagai penghulu syuhada’. Wahsyi mengabil tombaknya yang berlumuran darah pulang ke Makkah untuk memerdekakan dirinya.

Walaupun Saiyidina Hamzah Asadullah telah syahid, namun pasukan tentera Islam berjaya menguasai peperangan itu. Antara pemuda yang menyertai peperangan ini ialah Hanzalah Bin Abu ‘Amir, yakni Abu ‘Amir Al-Fasiq yang munafiq, walaupun bapanya munafiq namun Hanzalah adalah seorang yang benar-benar beriman kepada Allah dan taat kepada arahan Rasulnya. Hanzalah adalah pemuda yang baru sahaja berkahwin. Ketika hanya baru melalui malam pertama perkahwinan bersama isteri tercinta, seruan jihad telah ditiupkan bahkan tanpa sempat mengangkat hadas besar, Hanzalah keluar dengan terjun melalui tingkap biliknya untuk menyahut seruan jihad atas dasar cintakan Allah lebih ari segala-galanya.

Ketika Hanzalah merempuh pertahanan musuh sehingga hampir membunuh ketua panglima Musyrikin Musyrikin, Abu Sufyan, namun telah ditaqdirkan oleh Allah kelebihan syahid ke atasnya. Pasukan memanah telah memainkan peranan yang cukup berkesan apabila berjaya menggagalkan usaha Barisan Musyrikin yang dipimpin oleh Khalid Al-Walid dan Abu ‘Amir Al-Fasiq untuk menyerang pasukan tentera Islam dari belakang.

BARISAN MUSYRIKIN MENERIMA KEKALAHAN

Pasukan tentera Islam terus dapat menguasai keadaan walaupun tentera musyrikin berhempas pulas untuk menguasai dan menyelamatkan keadaan tetapi gagal. Oleh kerana asakan dan penguasaan pasukan tentera Islam yang kuat, akhirnya barisan musyrikin bertempiaran lari menyelamatkan diri. Cita-cita barisan musyrikin akhirnya hancur berkecai. (bersambung ke bhg. 4-akhir )

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails