Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR)Dr. Mansor Othman menewaskan tiga calon bebas dalam pilihan raya kecil (PRK) N.12 Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti dengan majoriti yang lebih besar jika dibandingkan dengan majoriti yang diperolehi pada pilihan raya umum ke 12 yang lalu.
Dr.Mansor berjaya memperolehi 6,052 undi iaitu majoriti sebanyak 5, 660 berbanding saingan terdekatnya, calon bebas Aminah Abdullah hanya berjaya memperolehi sebanyak 392 undi.
Calon berketurunan Siam, Nai Khan Ari a/l Nai Keow juga hanya berjaya meraih sebanyak 494 undi, manakala Kamarul Ramizu Idris hanya mendapat 56. Ketiga-tiga calon bebas hilang wang deposit mereka.
Kemenangan Dr.Mansor daripada PKR ini telah berjaya memperolehi majoriti yang lebih daripada apa yang telah diperolehi oleh penyandang terdahulu, Mohammad Fairus Khairuddin.
Dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu Fairus berjaya memperolehi majoriti sebanyak 2,219 undi apabila mengalahkan calon daripada Barisan Nasional,Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.
Walaupun jumlah yang keluar mengundi hanya 46.15 peratus jika dibandingkan dengan mereka yang keluar mengundi pada Mac 2008 ia adalah berkait rapat dengan beberapa faktor yang terdapat dalam Dun Penanti sendiri.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya,Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah menyifatkan jumlah yang keluar mengundi pada kali ini adalah yang paling rendah dalam sejarah pilihan raya di Semenanjung.
Menurut beliau lagi jumlah yang paling rendah ialah di Sarawak pada tahun 2006 apabila hanya 15.3 peratus yang keluar mengundi.
Dalam PRK Dun Penanti sebanyak 15,384 pengundi layak untuk mengundi. 24 daripadanya adalah undi pos. Sebanyak sembilan pusat mengundi yang mana lapan daripadanya adalah sekolah dan satu lagi adalah dewan di Kampung Tun Sardon.
KOMPLOT AHLI POLITIK JAHAT KORUP BERSAMA TAIKUN KAPITALIS TAMAK RAKUS HINA
INSTITUSI RAJA MELAYU WAJIB DIHENTIKAN
-
Nota Update 5.57 petang 6 Mac 2024 : Kenyataan media dibacakan jam 11 pagi
di Bukit Aman. Saya menjawab semua soalan dan Pihak USJT berpuas hati dan
berse...
4 weeks ago
0 comments
Post a Comment