ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

28 April 2010

Umno 'kepanasan' dengan kontroversi perkauman ciptaan Ibrahim Ali

Umno-BN dilihat 'kepanasan' dengan karenah ahli parlimen bebas, Dato` Ibrahim Ali yang secara terang-terangan menimbulkan kebencian kaum terhadap kaum Cina.

Tindakan Ibrahim itu kerana keputusan PRK Hulu Selangor baru-baru ini, peratusan yang besar kaum Cina telah menolak Barisan Nasional dan memberi sokongan kuat kepada Pakatan Rakyat.


Walaupun sebelum ini, Umno-BN dilihat bersekutu dengan Ibrahim Ali melalui PERKASA yang diterajui Ibrahim, namun atas kebencian melampau yang ditunjukkan Ibrahim telah menyebabkan Umno-BN kepanasan.

Oleh kerana bimbang dituduh sebagai parti perkauman yang tidak pandai menghormati hak demokrasi orang lain, Umno-BN melalui setiausaha agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah pun menolak permintaan Ibrahim yang mahu kerajaan pusat menangguhkan bantuan kepada masyarakat Cina susulan keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Tengku Adnan berkata adalah tidak wajar masyarakat Cina pada keseluruhannya dihukum hanya kerana peratusan menyokong pihak BN sangat tidak memuaskan.

“Kita kerajaan yang bertanggungjawab, tak wajar menghukum kerana ada juga pengundi Cina yang sokong BN,” kata beliau ketika ditanya gesaan Perkasa hari ini agar kerajaan persekutuan BN menangguhkan bantuan dan peruntukan kepada masyarakat Cina ditangguhkan.

Tengku Adnan diminta mengulas kontroversi yang dicipta Ibrahim Ali dengan menggesa kerajaan BN menangguhkan bantuan dan peruntukan yang dijanjikan untuk masyarakat Cina ekoran keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor.
“Amat wajar kerajaan tangguh dulu apa jua peruntukan dan kelulusan kepada masyarakat kaum Cina, terutama desakan-desakan MCA dan Gerakan kerana jelas masyarakat Cina di Hulu Selangor serta India tidak menyokong BN.

“Mereka langsung tidak hargai apa yang diberi oleh kerajaan BN walaupun kerajaan BN terpaksa mengguris hati orang Melayu dan Bumiputera,” kata Ibrahim.

Selain daripada Ibrahim Ali yang kecewa dengan tindakan itu, bekas PM, Tun Mahathir juga turut sama kecewa dengan perkembangan yang dihadapi BN.

Ini menunjukkan betapa ceteknya pemikiran puak-puak penyokong BN ini.

Dalam sebuah negara yang menjulang demokrasi, sepatutnya tidak perlu melenting dengan hasil keputusan pilihanraya samada menyebelahi orang lain atau orang lain, kita sepatutnya menerima keputusan itu. Itu barulah demokrasi.

Demokrasikah jika orang tak sokong kita, kita terus melenting dan mintak sekat segala peruntukan bantuan dan sebagai terhadap orang tidak sokong kita.

Itu bukan demokrasi, tapi peras ugut. Ibrahim Ali telah menunjukkan dirinya yang cetek akal kerana masih lagi menggunakan cara diktator untuk memeras ugut orang yang tidak sokong puaknya.

Sekarang kita bukan lagi di zaman batu. Zaman sudah berubah. Zaman alaf baru ini, masyarakat sudah boleh berfikir dengan waras. Bukan boleh dipaksa-paksa lagi.

Sepatutnya kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri, kenapa ornag tidak memberi sokongan kepada kita. Bukan terus menghukum orang itu dengan kuasa yang kita ada.

Bukalah minda kita dengan memikirkan, kenapa orang yang 'suap' masih lagi tidak ikut kita? Mesti ada sesuatu yang tidak kena, bukan?

Jika kita betul, tiada siapa pun akan membenci kita. Tetapi kenapa orang membenci kita, mesti ada sebab.

Jangan kamu ingat kamu dah betul.

Tindakan Ibrahim akhir-akhir ini dilihat terlalu rasis dan perkauman kerana mungkin terdesak untuk menarik perhatian sokongan orang Melayu. Selain itu, Ibrahim dilihat terlalu terdesak untuk diterima semula menyertai Umno yang telah menendangnya keluar.

Sekarang, hasil tindakan Ibrahim, Umno-BN dilihat tertekan dan tersempit antara Melayu dan Cina.

Sepatutnya Umno menerima Ibrahim kembali ke pangkuannya kerana Ibrahim dan Umno ibarat aur dengan tebing. Sama-sama rasis dan perkauman.

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails