ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

28 April 2010

Senator: Akhirnya Ezam lulus ujian saringan Najib

Kuala Lumpur, 28 April: Timbalan Presiden MIC Datuk G.Palanivel dan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Mohamad Ezam Mohd Noor adalah antara empat senator baru yang akan mengangkat sumpah Isnin ini.

Dua yang lain ialah Pengerusi Eksekutif Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Pagoh Noriah Mahat.


Perkara itu disahkan Setiausaha Dewan Negara Datuk Zamani Sulaiman yang dihubungi Bernama, di sini Rabu.

Mereka dijadual mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Palanivel ialah Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ezam yang keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan kembali ke pangkuan Umno pada 2008 ketika dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas turut mengesahkan pelantikannya itu.

"Ya, benar, Alhamdulillah. Cuma saya akan buat kenyataan hanya selepas angkat sumpah nanti. Sekarang masih di Jakarta bertugas," kata Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. -Bernama


WarkahDaily - Lama dah tunggu, akhirnya dapat juga habuannya. Akhirnya dapat juga habuan Ezam hasil berpaling tadah terhadap bekas 'bosnya', Anwar Ibrahim.

Bukan setakat berpaling tadah, bahkan terus 'menyerang' bekas 'bosnya' itu. Namun, hari ini, Ezam telah lulus ujian tapisan kesetiaan kepada kerajaan Najib 1Malaysia walaupun Khairi tak pernah lulus saringan itu.

Bagi Najib, Ezam lagi 'berjasa' berbanding Khairi Jamaluddin atas kapasiti bekas orang kanan Anwar Ibrahim dan mempunyai 'kotak misteri' yang ntah kemana perginya.

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails