ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

09 March 2010

Kenyataan Jamil Khir

Menteri: Kenyataan Nik Aziz rendahkan mufti
Mac 8, 10 5:41pm
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan mufti sebagai ejen Umno adalah satu cubaanmerendah-rendahkan golongan itu di negara ini.Beliau berkata kenyataan itu membawa persepsi buruk yang boleh menjejaskan kredibiliti mufti di negara ini yang pelantikannya diperkenan Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu."Kalau mufti bercakap sesuatu yang tidak memihak kepada parti pembangkang, mengapa mereka dituduh sebagai agen Umno? "Apakah mufti tidak boleh bercakap soal politik, soal bangsa dan negara, atau perkara yang berkaitan perpaduan dan keutuhan ummah?," katanya kepada selepas berjumpa dengan guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) daerah Rompin hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang dilapor menyifatkan Mufti Perak sebagai agen Umno kerana mempersoalkan keengganan Nik Abdul Abdul Aziz menerima cadangan pembentukan kerajaan perpaduan antara PAS dan Barisan Nasional (BN) Perak bagi mendapatkan sokongan orang Melayu.Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata pelantikan mufti adalah di bawah bidang kuasa Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu, bukan Umno.Bidang tugas mufti juga kata beliau membenarkan mereka berbicara soal berkaitan bangsa dan politik, selain soal agama tanpa mengira fahaman politik."Saya lihat kenyataan Mursyidul Am PAS itu sebagai satu persepsi yang tidak betul," kata Jamil Khir.Dalam kenyataannya semalam, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata sebagai mufti Tan Sri Harussani Zakaria seharusnya berpandangan Islam dan politik perlu selari dan bukannya mengeluarkan kenyataan mengikut pendapat Umno yang didakwanya memisahkan kedua-dua perkara itu.Mengulas mengenai perkara berlainan, Jamil Khir berkata pihaknya sedang meneliti skim yang lebih baik termasuk menaikkan elaun guru-guru Kafa di negara ini."Skim baru itu kita sedang teliti, masih pada peringkat perbincangan dan ianya akan turut meliputi kenaikan elaun guru Kafa yang ketika ini hanya RM500 sebulan, " katanya yang enggan mengulas lanjut.- Bernama

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails