ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

13 March 2010

Bantah hina Nabi di Kedutaan Sweden 19 Mac

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mengajak seluruh rakyat untuk menyertai Himpunan Sejuta Ummah di hadapan Kedutaan Sweden pada Jumaat, 19 Mac ini.Himpunan itu dirancang sebagai menunjukkan bantahan terhadap tindakan terbaru beberapa akhbar di Sweden yang menyiarkan lakaran menghina Nabi Muhammad s.a.w.
Bercakap dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut tengah hari ini, ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pada tarikh itu, pihaknya akan menyerahkan satu memorandum bantahan berhubung perkara itu kepada pihak Kedutaan Sweden.
Mereka akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak dan kemudiannya berarak ke Kedutaan Sweden.
"Pemuda akan turun beramai-ramai di Kedutaan Sweden 19 Mac ini bagi menunjukkan bantahan kita terhadap pelukis dan akhbar mereka yang telah menghina Rasulullah s.a.w.
"Saya menyeru dan mengajak seluruh umat Islam yang prihatin agar turun bersama-sama kami bagi menzahirkan bantahan kita terhadap penghinaan yang dilakukan terhadap Rasul kita," katanya.
Pelukis Sweden, Lars Vilks melukis kartun menghina Nabi Muhammad s.a.w. dengan membuat membuat lakaran tubuh Rasulullah s.a.w. seperti anjing dan disiarkan oleh akhbar Dagens Nyheter, Expressen serta Sydsvenska Dagbladet.

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails