ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

29 January 2010

Pendaftaran murid Pasti sesi 2010.

Pendaftaran murid Pasti sesi 2010



Hari ini, 10 buah Pasti kawasan Kota Raja termasuk 2 buah Pasti baru memulakan sesi persekolahan tahun 2010. Sejak jam 7.30 pagi lagi ibu bapa telah berpusu-pusu ke Pasti untuk mendaftarkan anak-anak mereka belajar di institusi prasekolah Islam ini. Hari pertama sahaja hampir semua Pasti memperlihatkan sambutan yang amat menggalakkan dan beberapa Pasti menunjukkan peningkatan jumlah pelajar yang ketara. Pasti al-Kauthar Kota Kemuning yang baru memasuki tahun kedua penubuhannya telah menerima kemasukan murid seramai 65 orang berbanding 26 orang murid pada tahun 2009. Begitu juga jumlah murid Pasti Syaidatina Aisyah Bkt Naga yang telah mencecah lebih 140 orang dan Pasti al-Amanah 130 orang. 2 buah Pasti baru iaitu Pasti As-Syifa' Sri Andalas dan Pasti Nurul Hidayah Bukit Lanchong yang mula beroperasi hari ini juga mula menerima pendaftaran murid yang dijangka meningkat dalam masa seminggu ini.

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails