Dakwah Fardhiyah - Siri 2
7 TAHAPAN DAKWAH FARDIYAH
Tahapan Pertama
Iaitu membina hubungan dan mengenal setiap orang yang hendak didakwahi(Mad'u). Dengan menanyakan dan selalu memperhatikan disaat mad’u tidak ada. Demikian seterusnya tanpa berbicara langsung tentang masalah dakwah, agar hatinya lebih terbuka dan siap menerima perkataan yang dapat diambil manfaat.
Tahapan Kedua
Iaitu membangkitkan iman yang menusuk ke dalam jiwa. Pembicaraan hendaknya tidak langsung diarahkan pada masalah iman, tapi secara tabi’I, seolah-olah tidak disengaja dengan memanfaatkan komen-komen tertentu seperti ketika seperti melihat burung, tumbuhan, serangga atau apa saja ciptaan Allah swt.
Tahapan Ketiga
Iaitu dengan memperbaiki keadaan dirinya dengan mengenal perkara-perkara yang menimbulkan ketaatan dalam dirinya dengan mengenalkan perkara-perkara yang menimbulkan ketaatan kepada Allah dan bentuk-bentuk ibadah yang diwajibkan.
Misalnya dengan membekalinya dengan buku-buku sederhana dalam dalam bidang aqidah, ibadah dan akhlak. Mendengarkan cermah-ceramah, serta memperkenalkan dengan orang-orang sholeh serta ulamak
Tahapan Keempat
Iaitu menjelaskan tentang pengertian ibadah secara syamil (menyeluruh/ komprehensif), dengan syarat niat yang benar dan mencontoh segala perbuatan yang sesuai dengan Rasulullah.
Tahapan Kelima
Iaitu dengan menjelaskan kepada mad’u, bahawa keberadaan kita tidak cukup hanya dengan keislaman diri kita sendiri, hanya sebagai seorang muslim yang taat menjalankn kewajiban ritual, berperilaku baik dan tidak menyakiti orang lain. Seorang muslim pemahaman nya harus mendorong kita agar bersedia memikul segala kewajiban dan tanggungjawab sosial, semata-mata karena Allah, supaya masyarakat kita berdiri diatas prinsip-prinsip islam dalam segala aspek.
Tahapan Keenam
Iaitu penyedaran atas kewajiban tadi tidak mungkin dapat ditunaikan secara individu.
Tahapan Ketujuh
Iaitu kita jelaskan tentang kesadaran seorang mad’u terhadap KEPENTINGAN SESEBUAH JAMAAH. Akan timbul dalam jiwanya pertanyaan “ Dengan jama’ah mana ia akan bergabung. Tahapan ini memeng agak rumit sehingga memerlukan hikmah dan kekuatan spiritual dan penjelasan yang menyakinkan.
WALLAHUALAM
Rujukan :
Fiqh Dakwah - Mustafa Masyur
Bingkisan Lajnah Dakwah & Tarbiah
Dewan Pemuda Pas Kawasan Kota Raja
Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong
kata pembantu
-
PERTEMUAN dengan YDP Agong semalam ada melibatkan perbincangan tentang
cadangan untuk penubuhan kerajaan baru kata pembantu kepada Tengku
Razaleigh Hamzah,...
4 years ago
0 comments
Post a Comment