ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

23 July 2009

SALAHKAN PEMIMPIN POLITIK, BUKAN ANAK MUDA!

Pagi tadi saya menghadiri ceramah Dr Jeniffer Lees-Marshment, pensyarah di University of Auckland, New Zealand. Beliau berbicara mengenai "Political Marketing Principles & Applications." Ceramah beliau berkisar mengenai bagaimana pemimpin politik boleh menjual idea dan harapan kepada rakyat, menggunakan strategi pemasaran.

Sewaktu sesi soal-jawab, seorang peserta bertanya mengenai bagaimanakah hendak menguruskan anak-anak muda yang mempunyai pandangan yang kritikal dan berbeza dengan orang dewasa dalam politik.

Dr Marshment berkata, "Semua kerajaan di dunia sedang mencari jawapan kepada soalan itu. Bagaimanapun, masalahnya bukan dengan anak-anak muda, tetapi dengan orang politik itu sendiri!"

Jawapan beliau membuatkan hadirin ketawa. Saya juga sering dikemukakan soalan sedemikian. Seringkali anak-anak muda dikatakan tidak matang, tidak faham isu dan tidak berpandangan jauh. Inilah "youth bashing" yang berlaku apabila anak muda berpartisipasi dalam politik.

Anak muda masih lagi menjadi "punching bag". Ia samalah seperti mengaitkan anak-anak muda -- walau bagaimana baik sekali pun mereka -- dengan istilah-istilah negatif seperti Mat Rempit, penagihan dadah, melepak dan sebagainya. Ia adalah satu proses "stereotyping" generasi muda yang belum berakhir -- dan kini merebak dalam politik.

Anak muda masih lagi belum dilayani sebagai aset. Apabila pandangan mereka berbeza dengan orang dewasa, anak-anak muda dilayani sebagai liabiliti.

Saya setuju dengan pandangan Dr Marshment. Sebahagian besar kritikan anak muda ialah terhadap perilaku pemimpin parti politik itu sendiri.

Adakah patut orang dewasa menyalahkan anak muda yang memprotes pemimpin politik rasuah dan menyalahgunakan kuasa, atau menolak pemimpin politik yang angkuh menjatuhkan hukuman kepada orang lain seolah-olah syurga dan neraka itu miliknya?

Adakah wajar untuk orang dewasa menyalahkan anak muda yang menghumban pemimpin politik yang cakap tak serupa bikin -- berjanji melangit sewaktu pilihanraya, tetapi menyalahkan musuh politiknya apabila gagal menunaikan janji tersebut?

Adakah betul untuk orang dewasa menyalahkan anak muda yang mengkritik politik pertentangan yang lapuk dan menuntut politik muafakat yang lebih menguntungkan rakyat berbanding kepentingan parti dan pemimpin-pemimpin politik?

Sementara anak muda ada kelemahan masing-masing, saya fikir isu sebenarnya di sini ialah ahli-ahli politik itu sendiri. Usah salahkan anak muda bagi menutup kelemahan pemimpin politik.

Seperti yang disebutkan oleh Dr Marshment dalam ceramahnya tadi, "Pemimpin politik yang bersalah patut mengaku kesalahannya dan membetulkan kesalahannya."

Itulah cara yang betul apabila berhadapan dengan protes anak muda!



(Katakanlah Kepada Mereka Wahai Muhammad):

"Turutlah Apa Yang Telah Diturunkan Kepada Kamu Dari Tuhan Kamu Dan Janganlah Kamu Menurut Pemimpin-Pemimpin Yang Lain Dari Allah; (Tetapi Sayang) Amatlah Sedikit Kamu Mengambil Peringatan". Surah Al-A'araf Ayat : 3

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails