ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

24 July 2009

DETIK 31 JULAI 2009 YANG KITA NANTIKAN



Tiba-tiba bila akhbar merujuk pada mufti, keluar fatwa hukum mogok lapar haram,pegang lilin tak boleh . Persoalannya adakah non muslim juga terikat dengan fatwa agama. Kenapa terjadi demikian? kerana mufti telah diperbodohkan oleh akhbar.

Semasa PM (zaman Tun DR M dan Pak Lah. Kita tunggu pula 31 Julai ... untuk lihat PM baru) secara terang terangan bertafakur dan meletak bunga pada tugu negara. Mana para mufti? Hanya Mufti Perlis ketika itu, Dr Asri sahaja yang menegur amalan itu. Mufti lain?
Mufti di Malaysia tampak berani bila menegur pembangkang sekalipun berfatwa atas laporan yang salah. Namun bila kerajaan secara terangan-terangan melanggar hukum agama mufti kita kehilangan "telur".

Janganlah hendaknya institusi mufti ini masuk dalam senarai institusi yang dipertikaikan kewibawaannya oleh rakyat, selepas hancurnya kewibawaan institusi polis, institusi kehakiman dan institusi beraja.

Teman tak sanggup melihat dan membaca kisah & berita tentang Mufti & Ulamak di Malaysia diperlekeh dan diperhina oleh rakyat sewenang-wenangnya.Pada pendapat teman,mufti&ulamak satu hal pulak ,mereka janganlah keluar fatwa atau teguran apabila disuruh sahaja.Mereka mestilah peka situasi semasa dan sentiasa mengikuti berilmu serta tidak berhenti cari ilmu & maklumat.Beri fatwa & teguran dengan cara merujuk Al-QUran & Hadis serta bermesyuarat dengan ajk alim ulamak .Merek sesekali perlu beristihad berdasarkan al-Quran dan hadis.

Dato' Mufti memang diakui tinggi ilmu agamanya.. tiada siapa yang mempertikaikannya..

WITHOUT PREJUDICE!!

Dari Abi Zaid ra mengatakan : Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:

"Pada hari kiamat nanti seorang laki-laki dihadapkan dan kemudian dilemparkan kedalam api neraka. Maka keluarlah segala isi perutnya dan ia berputar-putar seperti seekor khimar di putaran penggililingannya, kemudian berkumpulah seluruh penghuni neraka dan bertanya padanya,

Ahli neraka : Hai Fulan, apa gerangan yang terjadi dengan dirimu? Bukankah kamu telah menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari perbuatan jahat?

Ulama : Benar, aku telah menyuruh kepada kebaikan akan tetapi aku sendiri tidak mengerjakannya". (HR. Bukhari-Muslim).

Para ulama jahat ini dijadikan tontonan menarik bagi para penghuni neraka disebabkan oleh kedudukan mereka sewaktu didunia sebagai pewaris para nabi akan tetapi mereka mempermalukan nabi-nabi karena perbuatan mereka berlainan dengan ucapan mulut mereka.

Allah berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak perbuat? Amat besar kebencian disisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan". (QS. Ash-Shaf : 2-3).

Berilmu dan beramal dengan ilmu adalah dua perkara yang berbeda...

Ulamak pun terbagi kepada dua,dan kita perlu ingat ulamak yang tinggi ilmu juga ada yang tergolong didalam kalangan ulamak yang celaka kerana tidak beramal dengan ilmu tinggi yang dia ada.

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails