ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

09 June 2009

Hentikan segera Isu Negara Perpaduan

Ingatlah bahawa ISU KERAJAAN PERPADUAN hanyalah manipulasi MEDIA dan musuh politik untuk mengkucar kacirkan perpaduan Pakatan Rakyat (PAS-PKR-DAP), yang sentiasa mencari PELUANG. Lebih baik kita memfokuskan Pilihanraya Kecil Dun Manek Urai yang tidak beberapa minggu sahaja lagi.
Difahamkan jentera Umno masih `berkubu' dan belum pun bersedia untuk mengangkat senjata. Mungkinkah ini strategi Umno dengan memerhatikan perkembangan yang melanda Pas serta PR sekarang? Isu Kerajaan Perpaduan yang dihebohkan sekarang sudah tentu akan dijadikan `senjata' kempen dan propaganda Umno di Manek Urai nanti.
Jangan sampai kita mengigit jari akibat kesilapan,kelalaian dan kebodohan seperti lagak Pak Pandir menang bersorak kampung tergadai. Adalah lebih baik kita semua memberi perhatian bagaimana hendak memperkasakan parti dan lebih fokus dalam perjuangan yang penuh dengan onak dan ranjau berduri.
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bersetuju dengan saranan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali agar seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan segala kenyataan yang boleh mengelirukan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat khususnya mengenai Kerajaan Perpaduan. ( Harakah Daily )
Saya ingin memetik kata-kata didalam buku Bingkisan Fikrah Untuk Perjuang karya Ustaz Nasrudin Hj Hassan At-Tantawi yang wajar dibuat pedoman perjuangan. Buku ini harus dimiliki oleh setiap ahli bagi meningkatkan lagi kefahaman dan kesedaran kepada para pejuang Islam serta menjernihkan lagi fikrah yang tersedia ada didalam diri.
" Ingatlah kita adalah pejuang dan bukannya pemberontak. Kita adalah pendakwah dan bukannya penghukum. Responsif terhadap isu ummah tetapi tidak melatah terhadap provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab. Hulurkan tangan "membimbing" biarpun lidah tegas menentang dan menegur kezaliman."
Marilah kita semua bersama bermuhasah dan menghentikan segala isu yang boleh merosakkan perjuangan parti dan ingatlah
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan keturunan, supaya kamu saling berkenalan (dan beramah mesra diantara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujurat: Ayat 13).

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails