ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

01 June 2009

Buat renungan bersama

Sahabat Facebook saya, Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad mengutarakan satu soalan menarik hari ini iaitu ;

“anak-anak hari ini lebih berani berhujah. Tidak seperti kita dahulu lebih mendengar apa yang dinasihatkan oleh ibu bapa.”

“apabila dinasihatkan mereka akan berhujah balik untuk menegakkan apa yang mereka lakukan itu betul. Bila dinasihatkan akan cara berpakaian, ibu bapa dikatakan ketinggalan zaman.”tambah beliau lagi.

InsyaAllah jika kita ikut Sunnah dan wasiat Rasullulah kita boleh hadapi isu ini dengan baik.

Ia bermula dengan cara kita memilih pasangan yang bakal jadi ibu atau ayah mereka.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw. bersabda, “Wanita dinikahi karena empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka, ambillah wanita yang memiliki agama (wanita solehah), kamu akan beruntung.” (Bukhari dan Muslim).

Hadis diatas buka sekadar untuk panduan lelaki yang ingin cari calon isteri, ia juga adalah untuk panduan kaum wanita jika nak pilih suami.

Keutamaan adalah pada agama kerana mereka yang faham agamanya mudahlah untuk menjadi pasangan hidup serta menjadi ibu dan ayah pada anak-anak. Ini kerana mereka lebih tahu tanggungjawab pada anak-anak yang bukan sekadar memenuhi tuntutan dunia seperti mengumpul harta, kejar pangkat-darjat keturunan dan soal-soal menjaga kecantikkan lahiriah, tetapi sebenarnya mereka terdidik untuk memahami soal tanggungjawab pada Allah.

Maka bagaimana ibu bapanya begitulah anak-anak. Jika mak ayah pun jenais tak kisah, maka anak-anak pun jenis tak kisah. Mereka main hentam keromo sahaja bila nak bercakap atau buat sesuatu.

Seterusnya, sebagai ibu bapa kita juga bertanggungjawab memberikan nama-nama yang baik pada anak-anak kita. Ramai kalangan kita ghairah memberikan nama-nama hebat pada anak bila mereka lahir..antaranya Aisyah Humairah, Khatijah, Muhammad dan banyak lagi.

Tapi bila besar Aisyah jadi ‘Cha’, Khatijah jadi ‘Katty’, Muhammad jadi ‘Mat’.. panggillan itu doa, bila dipanggil nama-nama pendek atau nama samaran sebegitu akhirnya kita tidak mendoakan anak-anak kita seperti nama baik yang kita beri masa lahir.

Jadi perhatikan perkara ini khususnya bagi mereka yang suka beri nama anak-anak yang panjang-panjang. Kita sebut satu perkataan jer bila panggil, tak tersebut pun nama pada perkatan kedua dan ketiga.

Selain itu, kita juga bertanggungjawab memberikan makanan yang datang dari sumber yang halal kerana setiap apa yang mereka makan akan menjadi darah daging.

Allah berfirman yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu beriman.” (al-Baqarah: 172)

Rasulullah s.a.w, turut menambah lagi dalam sabda baginda yang bermaksud: “ Sesungguhnya, di dalam tubuh manusia, ada seketul daging yang mana jika ia baik, seluruh badan akan menjadi baik, dan sekiranya ia rosak, seluruh badan manusia akan rosak. Sesungguhnya ia adalah hati.”

Jika sumber makanan itu haram. Datang dari duit rasuah, menipu, merompak,melakukan pekerjaan yang salah serta berdosa atau dari sumber yang diragui maka kesannya nanti bukan anak kita akan sakit perut. Tapi akan sakitlah hatinya, rosaklah akhlaknya dan sebagainya hingga terjadi perdebatan bebas kita dengan mereka setiap hari dirumah.

Selain itu kita juga perlu ambil pusing terhadap isu makanan ini yang bukan sahaja berkisar pada soal makanan dan minum secara fizikal. Ia juga melibatkan soal pemakanan rohani. Bagaimana kita didik anak saban waktu. Adakah makanan rohaninya adalah siaran TV, PS2, Video games, internet, Filem dan sebagainya. Makanan rohani itulah yang banyak mempengaruhi mereka.

Jika anak-anak kita setiap minggu tengok cerita Ultraman, tidak mustahil kalau kita tanya, bila besar nak jadi apa, Dia akan jawab “saya nak jadi Ultraman”. Sebab itulah makanan rohani yang tertanam dalam kepala dan sanubarinya.

Selain itu, bagi yang punyai anak lebih dari seorang rasulullah juga mengingatkan;

“Takutilah Allah dan layan anak-anak kamu dengan adil.”-(Riwayat al-Bukhaari, 2447; Muslim, 1623).

Maka disana kita kena layan dengan adil. Adil maknanya kena pada tempatnya kalau anak kita seorang lelaki, seorang perempuan kenalah adil dalam membelikan pakaian. Jangan kerana nak adil semua pakaian mereka adalah pakaian lelaki sahaja, hingga akhirnya anak perempuan itu terpaksa pakai pakai lelaki hingga dewasa. Akhirnya dia tidak bersifat wanita, tapi didorong menjadi lelaki oleh kerana faktor persekitaran layanan kita.

Jangan lebihkan seorang anak dan abaikan yang lain kerana setiap anak itu berbeza kepandaian dan kemampuannya. Ini sekaligus akan mengelakkan mereka memberontak. Sesiapa pun tidak suka dibandingkan dengan orang lain. Kita suka cari cabaran, tapi tidak suka dibandingkan kerana itu akan menghangatkan perasaan semata-mata.

Banyak lagi tips yang boleh kita kongsikan. Cuma sebagai manusia yang punyai Tuhan kita sebagai ibu bapa harus faham bahawa anak-anak itu amanah. Bila sebut amanah, bermakna dia bukan hak kita. Kita hanya tolong jaga, dia hak Allah. Maka Allah berhak membolak-balikkan hati mereka atau membentuk mereka jadi apa.

Oleh itu kita sebagai hamba yang pegang amanah perlu selalu rujuk pada Allah. Kalau ada yang tak kena, kita rujukkan pada Allah, solat taubat banyakkan berzikir dan berdoa. InsyaAllah akan didengar, maka Allah akan bantu.

Jika dengan Allah pun kita biadap, sombong dan lupa, maka tidak mustahil Allah akan ajar kita melalui sikap anak-anak…Allahuakhbar

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails