Indonesia kurang subsidi minyak Dari Kosmo JAKARTA – Parlimen Indonesia semalam meluluskan satu rang undang-undang yang tidak membenarkan kereta-kereta persendirian menggunakan minyak pada harga subsidi mulai tahun depan. Undang-undang itu yang bakal dilaksanakan mulai Mac tahun depan itu akan bermula di Jakarta.
Pengurangan subsidi itu dibuat ekoran desakan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang mahu wang digunakan bagi tujuan pembangunan infrastruktur. “Sebayak 25 peratus golongan kaya di Indonesia menggunakan 77 peratus subsidi minyak. Subsidi sepatutnya disalurkan kepada mereka yang memerlukannya,” kata seorang ahli parlimen dari Parti Pembangunan Bersatu, Romahurmuziy. Pemilik kereta persendirian perlu membayar minyak mengikut harga pasaran iaitu sekitar 5,600 rupiah (RM1.94) seliter untuk minyak gred lebih tinggi berbanding 4,500 rupiah (RM1.56) seliter sekarang pada harga subsidi. Minyak subsidi hanya boleh digunakan oleh pengangkutan awam dan motosikal. Undang-undang itu akan dikuatkuasakan di seluruh Indonesia secara berperingkat. – AFP Nota: Di Malaysia - Tanpa subsidi RON97 RM2.30, Dengan Subsidi RON95 RM 1.90 |
Kenapa MIMOS YANG DI AUDIT BUKAN MY DIGITAL ID?
-

PERTANYAAN KEPADA MENTERI
Soalan:
Minta MENTERI memberikan penjelasan berhubung tadbir urus dan perlaksanaan
projek My Digital ID, khususnya melibatk...
2 months ago
0 comments
Post a Comment