ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

31 August 2012

Kantoi...Bendera Malaysia:Umno tiada modal,fitnah PR


http://greenboc.blogspot.com, 01 Sep 2012
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan tetap menggunakan bendera Malaysia sebagai bendera rasmi biarpun ada cubaan daripada sesetengah pihak yang melakukan provokasi mengibarkan bendera 'Sang Saka Merah' semasa himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, malam tadi.

Anwar menjawab pertanyaan pengikutnya di Twitter yang curiga ia akan dijadikan isu oleh Umno-APCO dan Barisan Nasional untuk menempelak Pakatan Rakyat kununnya gabungan itu akan mengubah bendera rasmi negara ini, Jalur Gemilang dengan Sang Saka Merah. Menjawabnya di Twitter sebentar tadi, Anwar menegaskan:

@anwaribrahim PR tdk jdkan ini sebgai isu! @_Joe__7: harap DSAI dpt selesaikan isu bendera itu....jika tidak pasti Dlm PR sendiri akan wujud perpecahan disebabkan isu yg remeh ini

Dan satu lagi tweet dari Anwar juga menjelaskan:

@anwaribrahim PR -bendera Msia @razzanismail: apa pendapat DS tentang mereka yg kibarkan 'sang saka malaya' malam tadi?

Malam tadi, beberapa individu yang kelihatan semasa himpunan Janji Demokrasi dilihat mengibarkan bendera Sang Saka Merah yang didakwa bendera asal Tanah Melayu sebelum bendera itu digantikan dengan Jalur Gemilang semasa negara ini mencapai kemerdekaan pada 1957.

Ia mendapat reaksi pelbagai di laman sosial Twitter selain blog pro-Umno-APCO cuba menjadikannya sebagai modal untuk menghentam Pakatan Rakyat kunun sekiranya pakatan tersebut memerintah Malaysia nanti, bendera Jalur Gemilang akan digantikan dengan bendera asal.

Pendapat Anwar turut disokong ahli parlimen Sibu, Wong Ho Leng yang berkata ia hanyalah satu bentuk pembohongan mengalihkan cerita (spin) akibat kegagalan Umno-APCO menghalang himpunan Janji Demokrasi malam tadi yang dihadiri lebih 10 ribu orang tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

@wongholeng ‎"@anwaribrahim: No such decision by PR.Why spin? @mukhlis_30: Pls advice me y after 55 years we must change our flag.."Lousy spin culture Tambah Wong lagi, tidak ada makna sambutan kemerdekaan dirayakan kerana pemimpin BN langsung tidak menjemput pemimpin Pakatan Rakyat menghadiri sambutan tersebut yang diadakan tahun ini di Sibu bagi peringkat Sarawak.

Jelas cubaan Umno-APCO menjadikan isu bendera sebagai modal untuk menempelak Pakatan Rakyat gagal lagi. -wargamarhaen




Read More

16 May 2011

Ibrahim,nak 'berjihad' pun bayar 'hutang' dulu...


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Mei: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali diingatkan agar tidak menyalahgunakan kalimah ‘jihad’ apatah lagi menyelitkan agenda politik Machiavelli.

AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) menyatakan demikian sebagai merujuk kepada kenyataan terbuka Ibrahim bahawa beliau dan Perkasa sanggup melancarkan ‘perang salib’ atau ‘jihad’ untuk menentang rakyat Malaysia yang beragama Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini seperti yang tersebar dalam laman web Malaysiakini bertarikh 15 Mei 2011 dan lain-lain laman web berita.

“Saya menasihatkan agar beliau tidak menyalahgunakan kalimah ‘jihad’ apatah lagi menyelitkan agenda politik Machiavelli untuk mengekalkan Umno BN terus berkuasa dengan konsep jihad sebenar yang suci dan bersih,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Pertama, katanya isu yang berbangkit mengenai kumpulan Kristian ingin menukar kedudukan Islam sebagai agama rasmi adalah samar-samar dan berunsur fitnah sedangkan Islam tidak mengizinkan jihad dilancarkan atas kedudukan yang samar-samar seperti ini.

Kedua, ujarnya Perkasa sendiri adalah badan bermotif politik yang jelas mempertahankan sesetengah kemungkaran dengan cara tidak menegur atau bersuara amalan seperti korupsi, kehilangan rule of law, kepincangan sosial, kecelaruan dasar-dasar dan kegagalan Umno BN selama ini.

Bahkan, kata beliau hanya menggunakan isu-isu kaum dan agama bagi kepentingan politik sebelah pihak yang menunjukkan Perkasa tidak berpijak atas ajaran Islam yang syumul dan tidak layak membangkitkan isu jihad yang seharusnya tulen dan bersih.

“Sebagai contoh, di manakah Perkasa apabila Presiden MCA selaku rakan utama Umno dalam BN datang ke Kelantan untuk mengubah amalan tidak mengizinkan premis-premis perjudian dibuka bagi rakyat Kelantan yang majoriti 95% beragama Islam,” katanya.

Ketiga, ujarnya kekeliruan yang berlaku dalam politik negara pada hari ini ialah kerana kebimbangan Umno BN kehilangan kuasa hasil ‘kemungkaran’ politik dan ekonomi yang berterusan yang telah ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia pelbagai kaum.

Menurutnya, jika jihad hendak dilaksanakan mengikut keutamaan ajaran Islam, kepincangan-kepincangan yang berterusan yang dilakukan oleh Umno BN adalah lebih utama diperbetulkan.

Keempat, jelasnya Islam menganjurkan pendekatan yang menarik hati manusia lain contohnya sepertimana yang dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam Surah ‘Ali Imran ayat 159 yang bermaksud: “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.”

“Jika diamati ayat ini, sekiranya Perkasa ingin menguatkan lagi Islam, ia boleh dilakukan bukan hanya dengan kata-kata yang berapi-api tetapi dengan polisi dan amalan yang selari dengan Islam seluruhnya seperti berlaku adil, dan good governance/tatakelola yang baik.

“Akhir sekali, nasihat saya kepada Datuk Ibrahim Ali, jika beliau ingin terus ‘berjihad’, saya sarankan beliau mengembalikan semula kerusi parlimen Pasir Mas terlebih dahulu kepada PAS yang beliau tandingi juga atas tiket PAS dalam PRU-12 yang lalu,” ujarnya.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan secara sinis berkata, orang yang hendak berjihad adalah wajib membayar hutang terlebih dahulu kerana ruh orang tidak membayar hutang tergantung antara bumi dan langit.

“Kerusi parlimen Pasir Mas adalah dikira sebagai ‘hutang’ Datuk Ibrahim Ali,” katanya.

Read More

28 March 2011

MCA terus perang dengan Nazri


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Kemarahan pimpinan MCA terhadap Datuk Seri Nazri Aziz nampaknya belum berakhir walaupun Naib Presidennya, Datuk Ng Yen Yen berkata, parti tidak mencadangkan agar Nazri meletakkan jawatan.

Hari ini, ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Loh Seng Kok mencadangkan agar Nazri menyertai DAP ekoran dakwaannya DAP adalah parti pelbagai kaum.

Loh yang juga Timbalan Pengerusi Biro Penerangan MCA dalam kenyataan medianya hari ini berkata, penyertaan Nazri sesuai kerana DAP masih belum mempunyai suara Melayu yang cukup.

Loh menyertai rakan-rakannya dalam MCA menyerang Nazri ekoran temubual khas Nazri dengan akhbar Nanyang Siang Pau baru-baru ini.

Dalam wawancara itu, Nazri menyelar MCA yang terus-terusan menyalahkan Umno
ekoran kekalahan mereka dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Dia juga mencabar MCA tinggalkan BN jika tidak berpuashati dengan Umno daripada terus-terusan memukul Umno setiap waktu.

Nazri juga memberikan amaran kepada Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek agar jangan berlagak seumpama hero Cina yang cuba menaikkan reputasinya dengan memperlekehkan Umno.

Dia juga mempermainkan Chua ekoran DVD seksnya dengan berkata, dia telah tidak diterima oleh pengundi kerana 'alat sulitnya' telah terdedah kepada umum.

"... ia telah dilihat oleh semua orang, awak fikir pengundi wanita akan sokong dia," kata Nazri dalam wawancara dengan Nanyang itu.

Dalam wawancara itu juga, Nazri berkata, MIC sepatutnya menyerahkan kesemua enam kerusi DUNnya di Perak selepas kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu.

Ahli perlimen Padang Rengas, Perak itu berkata, parti kaum India itu tewas di kesemua enam kerusi yang ditandinginya di Perak dalam pilihan raya umum lalu, dan kerusi-kerusi tersebut boleh menyebabkan Perak jatuh semula ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Read More

25 January 2011

Antara SALAM & PELUK

Antara SALAM & PELUK


Gambar boleh menceritakan 1001 persoalan kepada kita?....

Antara Salam Cikgu Mala & Peluk Rossmah ?

Siapa ikut agama?
Read More

23 January 2011

KURANG AJAR :Selepas MCA , giliran Gerakan pula menyerang Islam...parti rasis Umno terus membisu !!




Oleh: Pria Malaya

Memang biadap dan kurang ajar!..dah 50 tahun lebih merdeka pun masih jahil tentang hukum Islam, masih mahu persoal dan pertikai syariat2 Islam..sama juga isu sebelum ini..peguam MCA yg kononnya tak dapat bezakan antara bunyi azan dengan bunyi ceramah/kuliah agama..baca di SINI..

Terus terang penulis katakan, penulis tak salahkan mereka..tak pelik mereka persoal itu dan ini krn mereka bukan Islam, sudah pastinya jahil dan tidak faham tentang Islam..yang patut dipersalahkan adalah parti assobiyah Umno!!..parti ketuanan Melayu inilah punca MCA dan Gerakan semakin jahil dan menentang Syariat Islam!

Umno barua MCA/Gerakan!

Penulis setuju dgn pandangan Cikgu Normala Sudirman, Umno GAGAL SEGAGALNYA menjelaskan apa itu Islam kpd sekutu mereka walaupun telah menjalin hubungan lebih 50 tahun..yang mereka tau, Melayu Melayu Melayu sampai agama sendiri dilacurkan..

Lihat shj contoh dlm isu bersalam/berjabat tangan antara wanita dan lelaki bukan mahram di dalam Islam, mana suara pemimpin Umno membela Normala? mana suara pencacai Umno, Zul Kulim mempertahankan Syariat Islam ini? mana PERKASAm dan sekutunya yang lain?..butakah? bisukah? pekakkah?..



Kalaulah DAP yg timbulkan isu ini, xcukup ruang Utusan malaysia dan RTM mainkan isu pengkhianat agama, anti Islam, ultra kiasu, ISA, PAS boneka DAP, dan lain2..mcm tu juga Zul Kulim...dasar lidah bercabang punya Melayu..pengkhianat agama!!

PRK Tenang pamer wajah sebenar MCA-UMNO terhadap Islam

Itu belum lagi isu 'negara Islam'..kenyataan Muhyiddin Yassin yang bersetuju dengan langkah MCA menjaja isu Islam demi menakutkan masyarakat Cina dengan penubuhan negara Islam (hukum Islam) ternyata telah melampaui batas..



Begitu juga tindakan MB Johor, Ghani Othman yang memperlekeh undang2 islam (mencuri potong tangan) di hadapan kaum Cina di Tenang..sungguh biadap cara mereka berkempen semata2 undi bukan Islam..sila baca pada tajuk, "BIADAP: MB Johor dan Muhyidin persenda hukum Allah, takutkan pengundi Cina dengan negara Islam!"...

Sila sebarkan!

Untuk yang terakhirnya, tahniah Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang segera tampil kehadapan mempertahankan syariat dan hukum Islam dari dilacurkan oleh MCA dan Umno..selagi sesuatu isu itu tidak mendatangkan manfaat kpd perjuangan mereka (Umno), jangan harap mereka nk bersuara dan menjuarai isu ini..

Akhir kalam, seperti biasa, isu kebiadapan parti MCA dan GERAKAN ini akan dikemaskini pada link di sebalah, "Koleksi sekutu Umno (parti Kompenan BN) timbul isu perkauman, hina Islam!"..mohon kalian baca dan sebarkan..

Read More

17 January 2011

Premis arak :Umno mahu kutip untung, bukan ikhlas dengan islam


http://wfauzdin.blogspot.com

MENGULAS tindakan YB Ronnie Liu yang juga Exco Perumahan dan Kerajaan tempatan yang mengarahkan MPSJ menarik balik larangan terhadap orang Islam bekerja di premis menjual arak, kita patut bersyukur kerana PAS Selangor bertindak ke hadapan di dalam menangani isu ini. Tindakan segera PAS Selangor sama sekali menutup mulut pemimpin Umno Selangor untuk mempolitikkan isu ini kerana Umno sudah kita kenali tidak pernah ikhlas di dalam memperjuangkan Islam.

Semua tahu dan maklum, siapakah pemberi lesen arak terbesar di kilang arak di Shah Alam. Kita juga tahu siapakah yang bertanggungjawab meluluskan lesen judi terbesar di Genting, bahkan pernah bercita-cita untuk meluluskan lesen judi Bolasepak Piala Dunia yang lalu. Kita tidak lupa siapakah yang terlibat di dalam penganjuran Festival Busana Islam yang mendedahkan tubuh badan itu di mana isteri Presiden Umno memainkan peranan penting penganjurannya. Tangan siapakah yang menulis surat kepada Kerajaan Negeri Kelantan suatu ketika dahulu yang memberi amaran agar Kerajaan Negeri di bawah PAS itu tidak melaksanakan Hukum Hudud? Apa pemimpin Umno mahu jawab dengan isu ini? Di mana keikhlasan mereka? Mengapa Umno masih redha dengan akta zalim ISA sekiranya mereka ikhlas dengan perjuangan Islam?

Kesemua persoalan di atas tidak akan dapat dijawab oleh mana-mana pemimpin Umno termasuk Senator Jamil Khir bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera itu. Jamil Khir hanya terdaya menegur YB Ronnie Liu di dalam isu teknikal seperti menarik balik larangan orang-orang Islam bekerja di premis arak yang hangat diperkatakan sekarang. Kerana apa? Kerana ada kepentingan politik Umno di situ.

Mengapa saya sebut bahawa isu larangan yang ditarik baik itu merupakan soal teknikal? Seperti yang dijelaskan oleh YB Ronnie Liu, beliau minta larangan itu ditarik balik kerana pihak MPSJ tidak memaklumkan kepada Kerajaan Negeri terlebih dahulu. Memang keputusan MPSJ itu baik untuk kepentingan umat Islam, tetapi tentu lebih baik jika ianya dibawa ke pengetahuan Kerajaan Negeri terlebih dahulu kerana MPSJ adalah di bawah Kerajaan Negeri. Seandainya ia dibawa ke pengetahuan Kerajaan Negeri dan Exco ini membantahnya, maka kita tidak teragak-agak akan menentang habis-habisan YB Ronnie Liu.

Apa pun alasan YB Ronnie Liu, Islam sama sekali tidak membenarkan umatnya bersubahat dengan pekerjaan yang diharamkan itu. Jika bersubahat pun diharamkan oleh Islam, apatah lagi mereka yang membenarkan arak ini dikilangkan secara besar-besaran. Mengapa Jamil Khir tidak terfikir yang ini? Mengapa Noh Omar tidak menyalak hal ini? Ini adalah kerana mereka berdua tahu tangan siapa yang punya angkara.

Saya tabik dengan kebijaksanaan MB Selangor di dalam hal ini. Tan Sri Khalid menyatakan beliau akan berbincang dengan YB Ronnie Liu, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Hassan Ali dan semua Pegawai Majlis Perbandaran/Tempatan untuk mengatasi permasalahan ini. Harus diingat, mereka telah bekerja di premis arak sudah lama sebelum PR memerintah lagi. Ini satu perkembangan baik oleh Kerajaan PR dan tidak mudah untuk merealisasikannya tanpa ada perancangan. Justeru itu, bagi menyelamatkan umat Islam yang mencari makan di tempat haram seperti itu, tentunya perancangan perlu dibuat dan inilah yang sedang dilakukan oleh MB Selangor. Di zaman mereka memerintah, isu ini tidak timbul kerana mereka tidak langsung prihatin kepada kebajikan umat Islam di negeri tersebut.

Inilah hikmahnya bila PAS berada di dalam PR. Tidak timbul isu DAP anti Islam kerana pemimpin DAP itu tidak memahami banyak perkara tentang hukum Islam. Apabila PAS tampil ke depan di dalam isu ini, maka ianya akan dapat membantu Kerajaan Negeri di samping memberi pengetahuan kepada pemimpin-pemimpin DAP terhadap Islam. Inilah bezanya Umno dengan PAS, PKR dan DAP. Hendak harapkan Umno? Untuk selesaikan masalah azan pun mereka terkemut-kemut.

Read More

16 January 2011

Normala Sudirman calon PAS di Tenang.


Hazayani Zakaria

LABIS, 16 Jan: Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.

Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.

Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.

Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

harakahdaily

Read More

14 January 2011

Pusat khidmat ADUN Sri Muda diserbu polis


Jan 15, 11 12:41pm
Polis menyerbu pusat khidmat ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dan merampas peralatan komputer milik beliau bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghina Sultan Selangor melalui blognya.

Menurut akhbar Sinar Harian hari ini, serbuan jam 11.30 pagi semalam dilakukan oleh sekumpulan anggota polis dari ibu pejabat kontinjen (IPK) Selangor.

NONE"Polis merampas satu unit pemprosesan pusat (CPU), monitor, papan kekunci dan beberapa kad nama. Mereka cadang hendak ambil semua, saya kata tidak boleh sebab aduan ke atas saya. Jadi ambil komputer sayalah. Saya tidak tahu apa yang diambil tetapi saya berharap mereka bertindak dengan profesional, fokus kepada isu yang berbangkit,” kata Shuhaimi.

Menurutnya, serbuan berkenaan tidak disertakan waran, tetapi beliau memberikan kerjasama penuh kerana merasakan pegawai polis yang ditugaskan juga bekerja di bawah tekanan dan arahan tertentu.

Beliau berkata beliau diberitahu petugas pejabat, polis akan datang pada 11.30 pagi mencari komputer yang dikatakan digunakan untuk memuat naik bahan seperti mana yang dibuat dalam aduan polis ke atasnya.

Profesional

"Polis tidak hubungi saya tetapi hubungi pejabat saya. Inilah tindakan yang kita katakan tidak sepatutnya berlaku. Kalau saya yang disiasat, maklumkan kepada saya kita akan memberikan kerjasama penuh. Kita minta polis juga profesional," katanya.

NONEBeliau berkata, serbuan dilakukan oleh 13 anggota polis dari unit Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) termasuk anggota yang berkawal di pintu pejabat serta tiga CSI.

Dalam pada itu katanya, sehingga kini tiada perkembangan lanjut berhubung kenyataan yang dikeluarkan melainkan rampasan komputer milik beliau.

Shuhaimi juga akan mempertimbangkan dengan serius untuk menyaman Utusan Malaysia dan Awang Selamat.

"Saya minta polis segera menyiasat Awang Selamat yang memfitnah dan memutarbelitkan kenyataan, mengambil separuh daripada artikel yang ada di Internet, menggunakan itu untuk menimbulkan keadaan seolah-olah saya menderhaka (kepada sultan)," katanya.

Menurut Shuhaimi, walaupun akhbar tersebut lidah rasmi Umno,Utusan seharusnya lebih beretika dalam mengeluarkan pandangan supaya apa yang disiarkan boleh menyedarkan masyarakat dan memberikan manfaat bukan memburukkan keadaan.

Read More

13 January 2011

50 Orang GAPS Nak Desak Adun Letak Jawatan???


Kira-kira 50 anggota Gagasan Anti Penyelewangan Selangor (GAPS) berhimpun di pejabat ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, untuk mendesak beliau meletak jawatan ekoran kenyataannya yang didakwa menghina Sultan Selangor.

Mereka berhimpun di pusat khidmat ADUN Sri Muda itu di Bukit Kemuning , mulai jam 12.20 tengahari tadi.

Polis memberi mereka masa selama 15 minit untuk berhimpun.

Sebelum itu, mereka berkumpul di sebuah restoran berhampiran, sebelum berarak menuju ke pejabat Shuhami.

Mereka turut membawa kain rentang bertulis 'Kami Menjunjung DYMM Sultan Selangor' dan 'Pakatan Rakyat merosakkan institusi diraja', sambil menyanyikan lagu 'Inilah barisan kita".

Mereka juga membawa dua patung - satu ditulis 'Shuhaimi' dan satu lagi bertulis 'Khalid gagap'.

Mereka tidak membakar patung tersebut, tetapi tertindak memijak dan menyepaknya.

Dalam ucapan ringkasnya, pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin turut mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ISA terhadap mereka yang menjejaskan institusi raja.

Ketika itu, ada di kalangan mereka hadir melaung mencabar Shuhaimi keluar menemui mereka.

Bagaimanapun difaham, ADUN Sri Muda itu tiada di pejabatnya.

Kumpulan tersebut bersurai pada kira-kira jam 12.30 tengahari.

Polis mula berkawal di situ sejak jam 10 pagi tadi.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Hamidzun berkata, mereka yang hadir terdiri daripada anggota GAPS, Majlis Belia Malaysia Sslangor, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan anak jati Jalan Kebun.

Ditanya mengapa mereka tidak menyerah sebarang memo, Hamidzun berkata ia kerana mereka mahu bersemuka dengan Shuhaimi tetapi tidak dapat.

"Kita nak nasihat, bila tulis blog itu, baik-baik, jangan menderhaka kepada sultan," tegasnya.

Ulasan GB

Cuma 50 orang saja orang Noh Omar buat demo? Nak batalkan keputusan pilihanraya 2008 dimana calon PKR itu memperolehi 15,962 undi dengan majoriti 6,000 ?
Read More

21 November 2010

Lantik Rosmah menteri agar tidak `kacau` kerajaan.

Harakahdaily

IPOH, 21 Nov: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disaran melantik isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai menteri supaya tidak ‘mengacau’ pentadbiran negara.

“Eloklah Rosmah disenaraikan oleh Najib sebagai mengisi kekosongan kerusi menteri penuh bagi melengkapkan rombakan yang akan diumumkan oleh Najib nanti.

“Kalau tidak, Rosmah akan terus menjadi pengacau dalam pemerintahan negara yang ada sekarang,” tulis Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim di dalam blognya.

Demikianlah, katanya Rosmah Mansor sebagai pemecah tradisi sebagai seorang isteri Perdana Menteri yang paling hebat dan berkuasa.

Justeru itu, tegasnya tekad Pakatan Rakyat bukan sahaja menjatuhkan BN dan Najib tetapi memastikan Rosmah bukan lagi menjadi pengacau kepada pemerintahan negara disayangi ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak mengulas kenyataan Rosmah Mansor yang memohon tempat di Asian University for Women, Bangladesh untuk pelajar wanita negara ini yang kurang berkemampuan.

"Insya Allah kalau ada peluang, saya akan cuba tempatkan empat ataupun lima wanita dari negara ini yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke Asian University for Women.

"Ini adalah mustahak bagi pelajar wanita negara ini bertukar-tukar fikiran serta mengenali amalan budaya kaum-kaum di negara lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Kelima Unisel di Kampus Bestari Jaya di sini, semalam.

Menurt Khalil, sekali baca berita di atas nampak macam biasa sahaja tetapi sebenarnya untuk sekian kalinya Rosmah melangkaui tugas Menteri Pelajaran atau Menteri Pengajian Tinggi dengan membuat kenyataan yang langsung tidak ada kaitan dan bukannya tugas isteri Perdana Menteri.

“Kalaulah dia pandai dan sekolah tinggi sikit, kenyataan apapun yang melibatkan apa saja kementerian boleh dikeluarkan walaupun masih nampak jangalnya dengan cuma berlapikkan akan usahakan melalui kementerian yang berkaitan, dalam soal penghantaran pelajar dia boleh berlapik dengan katanya akan berusaha melalui Kementerian Pelajaran.

“Mana ada urusan hantar pelajar yang boleh diselesaikan tanpa ada campurtangan dari kerajaan dan dalam hal ini kementerian yang berkaitan ialah Kementerian Pelajaran,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Sebelum ini, katanya Rosmah dilihat beria-ia sangat dengan mendakwa dirinya wanita pertama negara sehinggalah dianjurkan persidangan wanita pertama dengan membelakangi Raja Permaisuri Agong sebagai wanita pertama yang sebenarnya.

Selain itu tanpa ada kementerian ‘Permata’ Rosmah mendapat peruntukan khusus sebanyak RM111 juta dalam Bajet 2011, satu jumlah yang besar walaupun hanya untuk prasekolah yang belum nampak hala tujunya.

Read More

31 October 2010

Fatwa Ikut Suka PAS : UMNO Keliru & Terus Keliru.


Tergerak hati saya untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden UMNO ketika berkempen di Galas, semalam. Seperti yang disiarkan di bawah ajuk TPM BIDAS 'FATWA' IKUT SUKA PAS di muka 3, akhbar Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut :
  • ''Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA,"
Nampaknya pilihanraya kecil N.45 Dun Galas sekali lagi menjadi medan UMNO untuk menghentam PAS khususnya berkenaan kerjasama PAS dengan DAP. Nampak sangat kemarahan UMNO apabila PAS menjalinkan hubungan kerjasama dengan DAP. Gerun benar UMNO apabila PAS yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina rupa-rupanya sudah boleh didekati dan tidak lagi digeruni.

Perbezaan kerjasama antara UMNO dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional dengan kerjasama PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat amat jelas sekali. Bagaikan langit dengan bumi. Hairannya, penjelasan demi penjelasan telah diberikan. Namun, apabila telinga disumbat dan mata ditutup, tidak ada gunanya segala penjelasan yang diberikan. Pada hemat saya, pemimpin UMNO sudah tenggelam dalam keghairahan untuk memburu kemenangan di Galas, hingga lupa tinggi rendahnya lantai tempat berpijak.

Beberapa hari lepas, orang yang sama telah mencadangkan supaya Sejarah menjadi mata pelajaran yang wajib lulus dalam SPM mulai tahun 2013, saya ingin menambah bahawa al-Quran sendiri tidak pernah meninggalkan aspek sejarah dalam penceritaannya. Bermula dengan sejarah penciptaan manusia seterusnya sejarah dakwah para nabi dan juga sejarah kehancuran umat-umat terdahulu, al-Quran mahukan kita belajar dari sejarah. Justeru, PAS sendiri tidak pernah lupa untuk berguru dengan sejarah.

Bukankah sejarah mencatit bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1973? Dengan hati yang ikhlas, PAS pada masa itu menyambut huluran tangan perpaduan tanpa menyedari musibah yang akan dihadapi. Rupanya Barisan Nasional hanyalah merupakan perangkap bagi PAS. PAS bergabung dengan UMNO membentuk Barisan Nasional demi perpaduan, namun hasilnya PAS di Kelantan khususnya telah berpecah kepada empat :- PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut. Seterusnya peristiwa PAS ditendang daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978. Apa hasilnya kerjasama PAS dengan UMNO? Tangan UMNO yang terkapai-kapai kelemasan dipegang erat oleh PAS, lalu PAS pula ditendang supaya lemas keseorangan.

Dengan DAP yang dikatakan chauvinis Cina, PAS tidak dikhianati. Jika Timbalan Perdana Menteri bertanya, apa bezanya kerjama dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat? Jawapannya, kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud. Islam tidak pernah diketepikan di dalam perjuangan PAS. Bahkan DAP sendiri pernah keluar daripada Barisan Alternatif apabila tidak dapat menerima agenda Islam yang dibawa oleh PAS. Secara umumnya, pemimpin DAP tidak anti Islam dan hari ini beransur-ansur mengenali Islam. Sekurang-kurangnya Islam sudah tidak digeruni oleh non muslim sebagaimana yang UMNO mahukan. Pemimpin DAP sekurang-kurangnya ada yang sudah boleh memetik ayat-ayat al-Quran untuk rujukan, pemimpin UMNO pula semakin menjauhi al-Quran. Ingin saya bertanya, apa ruginya Islam apabila DAP mula berjinak-jinak dengan Islam?

Sayang sekali, UMNO masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit. Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama lebai malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama. Jika demikian, kenapa UMNO membenarkan isteri Perdana Menteri sendiri menjadi penaung Islamic Fashion Festival? Pada saat umat Islam yang prihatin di seluruh Malaysia bangun menentang program maksiat yang dibuat atas nama Islam ini, di mana pula 'keris' pemimpin UMNO? Tersimpan dalam sarungkah atau hanya menjadi hiasan di dinding? Manakala hari ini apabila pentadbiran kerajaan UMNO/Barisan Nasional bercadang untuk menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam kononnya bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP), di pagar mana pula disangkut agenda Melayu Islam ala UMNO?

Hakikatnya, UMNO yang memperalatkan Islam. Bila tersepit, Islam juga yang dicari. Bukankah salah seorang Naib Presiden UMNO sendiri sewaktu Perhimpunan Agung UMNO yang lepas mencadangkan supaya UMNO menjadikan masjid sebagai tempat untuk mendaftar pengundi baru? Hairan saya, tidakkan bagi UMNO politik tidak boleh dibawa ke masjid? Hari ini, bila tersepit UMNO sendiri mula menggadaikan prinsip? Bukankah saya dihentam begitu teruk kerana kononnya ingin berpolitik di atas masjid? Nampaknya, selepas bangunan UMNO di Kota Bharu sudah terjual, UMNO sendiri sudah ingin menjual prinsipnya pula.

Nasihat saya, kembalilah kepada Islam. Tinggalkanlah pemikiran sekular yang tidak akan sampai ke akhirat. Sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular. Orang-orang Mukmin melihat jauh ke akhirat berbeza dengan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja. Umpama seorang anak yang berumur dua tiga tahun bila bersama ibunya ke pasar. Anak kecil itu hanya berfikir untuk membeli belon dan alat-alat permainan yang boleh menyeronokkan. Berbeza dengan pemikiran si ibu yang berfikir lebih jauh, pemikiran ibu berkisar kepentingan sekeluarga, apakah lauk pauk atau makanan yang perlu dibawa pulang untuk kesiapan rumah nanti. Itulah perumpamaan pemikiran sekular yang hanya terhenti setakat di dunia, ia tidak lebih umpama seorang anak kecil yang hanya berfikir untuk alatan permainannya semata-mata!

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Pejabat Menteri Besar Kelantan
Read More

09 October 2010

Siapa pun calon Umno , Pas tetap lawan-Nik Aziz


Rizal Tahir
KOTA BHARU, 9 Okt: Seperti pernah beberapa kali dinyatakan sebelum ini, PAS tetap akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas biar siapa pun calon dipertaruhkan Umno.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS bertanding pilihan raya bukan menentang individu tertentu, namun menentang dasar perjuangan selain Islam.

"Kita tetap akan menentang Umno, tak kira siapa pun calonnya, sebab kita menentang dasar perjuangan yang dibawa dan bukannya individu tertentu," ujarnya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika diminta mengulas jawapan Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pagi tadi.

Ku Li dalam penjelasannya berhubung PRK Galas pagi tadi memberitahu menerima tawaran sebagai Pangarah Pilihan Raya namun belum memutuskan untuk menerima tawaran sebagai calon bertanding.

Bagaimanapun menurut Tuan Guru Nik Aziz, PAS akan tetap menyambut baik sebarang keputusan yang akan dibuat Tengku Razaleigh sama ada ingin menerima sebagai calon atau sebaliknya.

Namun katanya, jika Ketua Umno Gua Musang itu menerima tawaran calon tersebut bermakna beliau menerima pihak yang cuba menjatuhkan kedudukannya yang dilihat hanya layak diberi jawatan Perdana Menteri.

Mengulas program Hari Suami Isteri, beliau mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana telah mencetuskan idea baru dalam institusi kekeluargaan di negara ini.

Menurutnya, Kelantan sekali lagi mendahului negeri lain mengadakan program berkenaan sebagaimana lazimnya program Hari Ibu dan Hari Bapa dan seumpamanya diadakan.

Penceramah motivasi terkenal Datuk Dr Fadhilah Kamsah turut diundang menjayakan program berkenaan.
Read More

08 October 2010

Galas: Siap sedia hadapi sebarang kemungkinan

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 8 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menggesa jentera PAS bagi Pilihan Raya Kecil N45 Dun Galas, menyusun strategi dan gerak kerja dengan kemas berdepan sebarang kemungkinan.

Menurutnya, strategi dan perancangan yang kemas mampu untuk menghadapi sebarang tindakan tidak bermoral parti lawan.

"Saya percaya bahawa kita semua akan dapat menghadapi tindakan tidak bermoral parti lawan nanti dengan kita menyusun strategi dan gerak kerja yang kemas.

"Kita sekali-kali tidak gentar dengan sebarang ugutan yang menjadi mainan parti lawan sejak puluhan tahun," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas suasana beberapa pilihan raya kecil sebelum ini yang menyaksikan banyak tindakan tidak bermoral berlaku sepanjang kempen.

Ianya antara lain termasuk ugutan, rasuah kepada pengundi dan provokasi keterlaluan sehingga mencetuskan suasana tegang.

Bagaimanapun menurutnya, jika PAS mengatur strategi dengan baik, dan cukup prasyaratnya, parti itu mampu mengekalkan kerusi Dun tersebut.

"Insya Allah, kita akan mempertahankan kerusi di Dun Galas nanti," katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Dun Galas adalah pada 26 Oktober manakala 4 November tarikh mengundi.

Dalam pada itu, Kerajaan Kelantan semalam mengumumkan kemungkinan akan mengisytiharkan hari mengundi pada 4 November nanti sebagai cuti peristiwa.

Ianya bagi memudahkan rakyat negeri itu, khususnya pengundi di luar kawasan keluar mengundi dengan selesa.

Read More

04 October 2010

Galas:Razaleigh belum beri jawapan.


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menolak dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau telah bersetuju dilantik Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas.

Memberi respons ringkas di laman twitter beliau berkata, sehingga kini beliau tidak pernah memberi sebarang jawapan kepada sesiapa termasuk kepada Timbalan Perdana Menteri itu.

"Itu kena tanya dia (Muhyiddin), saya belum cakap apa-apa kepada sesiapa pun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan rakan twitternya yang bertanyakan tentang kesahihan kenyataan Muhyiddin.

Ianya berhubung sikap Muhyiddin yang seringkali mencanangkan bahawa Tengku Razaleigh telah bersetuju menjadi pengarah PRK Umno BN Dun Galas.

Sehingga kini, belum ada sebarang pengesahan dibuat Tengku Razaleigh berhubung tawaran Umno itu.

Menurutnya lagi, beliau hanya akan memberi keputusan selepas kembali ke Malaysia 9 Oktober nanti.

"Kepada kawan-kawan, saya belum bagi apa-apa jawapan sama ada ya atau tidak.

"Saya hanya akan jelaskan berhubung kedudukan saya pada Pilihan Raya Kecil Galas selepas apabila saya balik ke Malaysia," katanya lagi yang kini sedang berada di luar negara.

Selain pengarah pilihan raya, nama Tengku Razaleigh juga dicadang oleh Umno sebagai calon bertanding di Dun tersebut.

PAS bagaimanapun melihat cadangan tersebut hanya sebagai usaha menjatuhkan maruah dan karier politik Tengku Razaleigh.

Menurut PAS, Tengku Razaleigh adalah tokoh besar negara mengikut sejarahnya yang hanya sesuai untuk jawatan Perdana Menteri, bukannya Adun pembangkang.

Read More

30 September 2010

Buktikan atau hanya Sandiwara !


Ali Hashim

GEORGETOWN, 30 Sept: Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendesak Umno negeri supaya membuktikan dakwaan mereka bahawa seramai 40 orang warga emas yang menerima wang dalam program sumbangan warga emas sebanyak RM100 seorang sebelum ini telah memulangkan wang tersebut.

Mereka dikatakan memulangkan wang tersebut dalam satu majlis yang diadakan oleh Adun Penaga, Datuk Azhar Ibrahim di Pusat Khidmat Dun itu kerana tidak berpuas hati setelah didakwa wang tersebut adalah hasil dari sumber judi Kelab Lumba Kuda.

Exco Kerajaan Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim dalam sidang media pagi tadi menafikan dakwaan Azhar itu.

Beliau menyifatkan Azhar dan Umno Pulau Pinang cuba menjadi hipokrit dengan memperalatkan warga emas bagi mendapat simpati yang telah hilang terhadap mereka selama ini.

"Telah kita nyatakan bahawa hasil dari penjimatan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri, maka wang sebanyak RM88 juta pada tahun 2008 dan RM77 juta pada 2009 telah dapat dijimatkan. Ini adalah lebihan hasil dari amalan ketelusan yang kita lakukan.

"Kita juga mengalami kerugian apabila terpaksa membayar sebanyak RM15 juta dalam isu skandal tanah yang melibatkan Tang Hak Jo semasa pemerintahan Umno dan Barisan Nasional sebelum ini,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri sebelum ini telah menafikan bahawa tiada unsur sumber judi yang melibatkan pemberian sumbangan wang kepada warga emas dan program penghargaan waris warga emas.

“Kita mempunyai dana yang cukup dan lebih dari apa yang mereka dakwa," tegasnya lagi.

Abdul Malik juga mencabar Azhar yang juga merupakan Setiausaha Umno Pulau Pinang supaya membuktikan senarai mereka yang menyerahkan kembali wang sebanyak RM100 sepertimana yang didakwa dalam majlis yang diadakan di Penaga semalam itu adalah mereka yang berdaftar dengan kerajaan negeri.

"Jika mereka itu adalah yang mendaftar dengan kerajaan negeri maka kita akan ambil langkah yang wajar dalam senarai nama tersebut,” ujarnya.

Beliau menambah, sekiranya nama mereka tidak terdapat dalam senarai yang berdaftar, maka ia membuktikan Umno telah merencanakan sesuatu untuk mencalarkan imej kerajaan negeri.

"Umno sepatutnya jangan memperalatkan warga emas dengan memperdayakan mereka sepertimana yang dilakukan semalam, semata-mata bagi mendapat sokongan," tambahnya lagi.


Read More

09 September 2010

Pas kecam Mahathir tuduh jual agama


Harakahdaily

PAS mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh parti itu menjual agama untuk kepentingan politik sedangkan hakikat yang berlaku Umno yang perkudakan Islam untuk mencapai cita-cita politik.

“Tun Mahathir melahirkan kemarahan kepada PAS kerana insya Allah PAS akan mengganti Umno sedikit masa lagi,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, Mahathir sedar generasi baru hari ini mual dengan Umno, dan telah menjadikan PAS pilihan mereka dalam perjuangan walaupun bapa mereka ‘berkarat biru’ macam bekas perdana menteri itu.

“Kenapa PAS menjadi pilihan mereka, tidak lain dan tidak bukan kerana dasar Islam yang menjadi teras perjuangan PAS yang sentiasa segar, berbanding dengan dasar Umno yang sudah lapuk dan berkulat,” ujarnya.

Menurutnya, mereka yang menyokong Umno termasuk anak-anak Mahathir adalah mereka yang hanya berkepentingan untuk memenuhi tembolok dan perut sahaja sementara perjuangan untuk membela agama dan bangsa memang jauh ke belakang.

Justeru, tegasnya PAS menyangkal tuduhan Mahathir yang menyamakan PAS bekerjasama dengan bukan Islam sama seperti Umno dalam Barisan Nasional.

“Untuk maklumat Tun, PAS bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dalam bentuk tahalluf yang tidak menggadaikan prinsip Islam yang PAS bawa sejak ditubuhkan.

“Umno berkawan dengan orang bukan Islam sehingga menggadaikan prinsip Islam. Selama 53 tahun Umno dalam kerajaan BN gagal mempertahankan Islam, malah imej Islam semakin buruk pada pandangan orang bukan Islam, rakan-rakan dalam parti komponen,” jelasnya.

BN, katanya semakin keliru pemahaman Islam mereka walaupun mereka lihat setiap tahun musabaqah al-Quran diadakan di negara ini tetapi isteri pemimpin Umno daripada muda sampai tua tidak menutup aurat.

Tambahnya, kalau perkara yang kecil macam itu pun Umno gagal memahamkan rakan-rakan BN, apakah lagi perkara yang lebih besar.

PAS, ujarnya ingin menegaskan dalam kerjasama politik yang pernah dilalui oleh PAS sejak kerajaan campuran Barisan Nasional, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat, semuanya mengangkat martabat Islam.

Kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat telah berlaku proses Islamisasi yang lebih baik walaupun usia tidak sampai 3 tahun berbanding dengan Umno yang berkuasa lebih 53 tahun.

Justeru, tambahnya PAS mengharapkan Tun Mahathir masih normal dalam membuat penilaian dan perbandingan kejayaan PAS berbanding dengan Umno.

“Apakah Tun Mahathir sakit hati apabila masjid di bawah kerajaan Pakatan Rakyat penuh dengan majlis ilmu sedangkan masjid di bawah kerajaan Umno sudah menjadi kubur?

“Bukankah masjid zaman Tun berkuasa dahulu masjid dibelenggu, ahli jawatankuasa yang aktif dipecat dan diganti dengan AJK yang bukan ahli masjid yang rendah moral dan akhlak?” soalnya.

Katanya, bekas perdana menteri itu bertindak kerana masjid telah menjadi medan penyebaran ilmu yang merugikan Umno terutama selepas keputusan pilihan raya umum 1999.

Katanya lagi, Tun Mahathir juga pertikai kenapa PAS menyokong orang bukan Islam masuk ke masjid dan surau.

Jelasnya, PAS berpendirian demikian bukan kerana PAS membelakangkan hukum agama di mana sebelum satu keputusan hendak dibuat, PAS merujuk pada hukum dahulu, bukan menyatakan secara membuta tuli sahaja.

Pendirian itu, katanya selari dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 1 Mac 2010.

“Tun perlu jujur, apakah tidak ada wakil rakyat BN yang masuk ke masjid?

“ Apakah hukum menjadi halal kalau wakil rakyat bukan Islam daripada BN masuk ke masjid dan berubah menjadi haram kalau daripada DAP, feqah mana yang Tun rujuk?” tanya beliau.

Secara sinis, katanya memanglah ‘feqah Umno’ bukan sahaja orang bukan Islam daripada DAP tidak boleh masuk, malahan ustaz PAS seperti Datuk Dr Haron Din, almarhum Datuk Ishak Baharom, Datuk Ismail Kamus pun tidak boleh masuk ke masjid atau surau untuk memberi ilmu kerana mereka ‘ulamak politik’.

“Kalau ustaz Umno bercakap supaya sokong Umno itu tidak politik, kalau cakap sokong Islam, maka ini politik,” ujarnya lagi.

Mengenai Mahathir membangkitkan PAS sudah tidak mahu kepada hudud sejak berkawan dengan DAP, beliau mempersoalkan adakah sekarang bekas perdana menteri itu pula menyokong hudud.

Katanya, mungkin Mahathir sudah lupa surat amaran yang pernah beliau hantar kepada kerajaan Kelantan supaya jangan melaksanakan kanun jenayah syariah di negeri itu.

“Malahan menuduh ini hudud PAS, bila dicabar pula mana hudud Umno sampai hari ini tidak timbul-timbul. Bukankah sebagai seorang Islam semacam Tun yang sudah meningkat umur tidak sepatut berfikiran begitu,” ujarnya lagi.

Read More

22 July 2010

Apa Najib buat dengan Duit Rakyat Semua....

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar sebuah firma perunding politik yang berpangkalan di Washington RM50,000 (US$15,000) untuk membantunya memastikan rencana pendapat pengarang yang ditulisnya, diterbitkan di akhbar-akhbar utama di Amerika Syarikat.

Dan sekiranya hasil tulisannya itu disiarkan, maka perdana menteri akan mengeluarkan bayaran tambahan RM50,000 sebagai habuan untuk 'yuran kejayaan' kepada perunding berkenaan.

Perkara ini didedahkan menerusi dokumen yang difailkan di bawah Akta Pendaftaran Agen Asing oleh firma Quinn Gillespie & Associates (QGA), sebuah badan perunding perhubungan awam dan pelobi yang terkemuka di Washington DC.

Menurut dokumen yang diperolehi oleh Malaysiakini, QGA diberi tugas oleh sebuah lagi firma perunding, Kumpulan The Laurus, bagi cuba menyakinkan akhbar utama di Amerika bagi menyiarkan artikel Najib.

Kumpulan The Laurus, sebuah firma perhubungan awam yang diragui dengan laman webnya yang masih dalam pembinaan - juga diberikan tanggungjawab mengendalikan perkhidmatan perhubungan awam ketika lawatan seminggu Najib ke Washington DC dan New York dari 10 hingga 16 April tahun ini.

Najib, yang diiringi oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama pada 12 April lalu di Washington.

Pasangan itu kemudiannya berlepas ke New York bagi upacara penyampaian Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010 kepada Rosmah. Majlis gilang gemilang dan jamuan gala itu turut dihadiri oleh bintang-bintang Hollywood.

'Yuran tak dikembalikan'

Pada surat perjanjian bertarikh 14 April antara dua firma perunding itu – QGA dan Laurus – dinyatakan QGA 'akan membekalkan perkhidmatan perhubungan awam dan media bagi pihak kerajaan Malaysia berhubung penyiaran rencana pendapat pengarang yang dihasilkan oleh perdana menteri Malaysia'.

Menurut perjanjian itu lagi, Laurus akan membayar QGA 'yuran US$15,000 yang tidak boleh dikembalikan sepanjang tempoh bermula 14 April, 2010 dan berakhir pada 20 April 2010'.

'Sekiranya QGA berjaya menempatkan rencana itu di penerbitan media utama, Laurus akan membayar QGA yuran kejayaan US$15,000. Yuran itu mesti dijelaskan dalam tempoh 30 hari selepas artikel berkenaan disiarkan'.

Perjanjian itu bagaimanapun tidak menyebut akhbar-akhbar utama yang mana tulisan pendapat Najib itu sepatutnya disiarkan.

Semakan dengan beberapa akhbar utama Amerika - Washington Post, New York Times dan Wall Street Journal – menunjukkan tiada rencana pendapat seumpama itu disiarkan.

Na
mun, Washington Times – sebuah akhbar yang dibiayai oleh pemimpin Gereja Unification, Sun Myung Moon – ada menerbitkan lampiran mengenai Malaysia, sehari sebelum Najib melawat ibu negara Amerika itu.

Yang menarik, pejabat kedua-dua Laurus dan QGA terletak di tingkat yang sama di sebuah bangunan di Connecticut Avenue. Washington, DC.

Kumpulan The Laurus juga dipercayai terbabit dengan iklan dua halaman kontroversial di New York Times yang mengucapkan tahniah kepada Rosmah kerana menerima anugerah keamanan tersebut.

Posted by Love Perak
Read More

21 July 2010

Propoganda Be-End - Jangan tertipu

12:01 PM Posted by radens albanjari

Kita harus menyedari bahawa walaupun PAS mengakui parti Islam - ini tidak memiliki apa-apa makna yang hakiki dalam politik. Kita semua boleh mengakui bermacam-macam. Dalam politik yang direbutkan bukan Allah, Yahwe atau Siddarttha. Politik ialah perjuangan untuk merebut kuasa.

Tiga perkara yang wajib dilakukan oleh kerajaan Najib-Rosmah untuk menyelamat harta kekayaan dan kuasa mereka daripada dirampas kembali oleh kuasa orang ramai.

Tiga perkara ini bukan terlalu susah untuk difikirkan. Malah ianya tidak memerlukan bantuan penasihat zionis APCO untuk memunculkan perancangan. Kita sendiri boleh memikirkan tiga pekara ini tanpa memerlukan ijazah PPE dari Oxford. Tahap jaguh kampung dan gedebe politik seperti Ibrahim Ali pun sedar hal ini.

Tiga pekara ini ialah:

1. Anwar Ibrahim mesti di ketepikan;

2. Parti PAS wajib dipisahkan dari Pakatan Rakyat; dan

3. Propaganda untuk menghuru-harakan Parti Keadilan Rakyat wajib diperbesarkan

Ketiga-tiga perkara ini wajib berjalan sarentak. Untuk kerajaan Najib-Rosmah, tiga perkara ini lebih penting daripada dasar ekonomi baru atau model ekonomi baru. Lebih penting dari dasar luar negara. Lebih penting dari Rancangan Malaysia ke-10. Kerana rancangan ini begitu penting sekali, maka kerajaan Najib-Rosmah akan menjanjikan apa saja untuk memastikan tiga pekara ini dapat direalisasikan.

Kerajaan Najib-Rosmah tahu, sedar dan merasakan bahawa susuk Anwar Ibrahim memainkan peranan yang amat penting dalam ikatan setiakawan Pakatan Rakyat. Dengan adanya susuk Anwar maka Pakatan Rakyat dapat berdiri teguh. Mengikut pandangan Najib Rosmah, jika Anwar 'diketepikan' maka Pakatan Rakyat akan londeh terbarai. Sama ada ini hakikat atau sebaliknya bukan penting. Yang penting inilah persepsi politik mereka. Politik bukan kebenaran – politik ialah persepsi.

Apa yang kita lihat hari ini - apa yang sedang berlaku di lanskap politik negara ialah gerak kerja jentera dan apparatcik politik Najib-Rosmah sedang menjalankan tugas untuk meminggirkan Anwar.

Dalam strategi politik, langkah pertama sebelum musuh diserang ialah melahirkan satu imej buruk musuh. Ini penting untuk mengolah persetujuan orang ramai. Ketika perang dunia kedua dahulu, tentera Jepun digambarkan bermata sepet, bergigi jongang membawa pedang samurai. Sesudah perang tamat, Jepun dilihat sebagai kawan dan rakan berniaga yang baik. Memunculkan imej hodoh ini amat penting. Jika imej telah buruk maka apa sahaja yang diperkatakan terhadap Anwar akan diyakini umum.

Strategi baru

Langkah pertama ialah mengaitkan Anwar dengan Saiful. Ini juga bukanlah satu langkah yang bijak bergeliga. Menggunakan kes liwat yang diadukan oleh Saiful, telah diteroka lebih awal lagi oleh Mahathir Mohamad pada 1998 dahulu melalui kes seumpamanya terhadap Azizan Abu Bakar.

Apabila Saiful diberitakan tidak membuang air besar selama dua hari kerana menyimpan bahan bukti di dalam duburnya, maka tahap jenaka dan genre lawak Melayu telah melonjak tinggi. Rating Lebai Malang dan Pak Pandir berkemungkinan jatuh. Apek Senario telah menjadi lawak basi. Lubang Saiful naik ke mercu kegemilangan.

Seperti kes Azizan, kes liwat Saiful juga telah tergelincir. Kelihatan propaganda berbentuk ini telah menjelak dan menjelikkan orang ramai. Ini mula disedari oleh Najib-Rosmah. Propaganda kes Saiful yang dirancang untuk memburukan Anwar telah menjadi lawak bodoh dan sedang melawan tuan.

Dengan cepat para apparatcik dan jentera Najib-Rosmah bergerak. Kali ini wajib dimunculkan satu lagi strategi baru – ejen asing. Harus disedari bahawa surah - ejen asing - ini juga telah mula muncul pada 1998. Ketika itu duta Amerika ke Malaysia ialah John R Malot.

Dalam kes pertama tahun 1998, memang telah disebarkan surah bahawa Anwar Ibrahim ini adalah ejen CIA. Apabila berita ini tersebar, kerajaan Amerika telah mengambil langkah yang tepat.

Menurut Pak Duta John R Malot - kerajaan Malaysia telah diberi amaran - jangan campur adukkan kerajaan Amerika dengan krisis dalaman politik Malaysia. Bila amaran ini sampai, maka surah Anwar ejen Amerika pun mati tak berasap.

Pasti perkara yang sama juga telah terjadi sekali lagi, kerana dengan tetiba sahaja media gerombolan hari ini, tidak lagi melaung-laungkan surah ejen asing ini. Pentabiran di Rumah Putih melihat apa yang berlaku sekarang ini sebagai krisis dalaman - tidak ada sangkut paut dengan jabatan risikan mereka. Justeru apabila dikaitkan Anwar dengan CIA, maka pasti pentabiran Obama ini, seperti tahun 1998, telah mengambil pendirian yang sama.

Langkah kedua yang sedang di jalankan oleh apparatcik dan jentera Najib-Rosmah ialah memastikan parti PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Ini adalah langkah yang amat strategik dan penting. Kerajaan Najib Rosmah membaca jika PAS dapat dipisahkan dari Pakatan, maka dengan segera Pakatan Rakyat akan luntur dan pecah.

'Merebut kuasa'

Kita harus menyedari bahawa walaupun PAS mengakui parti Islam - ini tidak memiliki apa-apa makna yang hakiki dalam politik. Kita semua boleh mengakui bermacam-macam. Dalam politik yang direbutkan bukan Allah, Yahwe atau Siddarttha. Politik ialah perjuangan untuk merebut kuasa.

Kuasa diperlukan untuk memastikan lubuk kekayaan dimiliki. Apabila lubuk kekayaan telah dimiliki maka di sinilah akan diuji sama ada parti itu bermazhab sosialis atau kapitalis.

Dalam dunia hanya ada dua sistem ekonomi - kapitalis atau sosialis. Dua sistem ini adalah sistem induk. Selainnya - yang mengakui sistem ini dan sistem itu - hanya pecah-pecahan dari dua sistem ekonomi ini. Seperti kuih bahulu – asasnya adalah tepung, gula dan telur. Warna, corak, rekabentuk hanya tokok tambah untuk mengolah keinginan orang ramai.

Dalam sistem ekonomi kapitalis ini, ada pemimpin PAS yang akan, yang telah dan yang sedang tewas dengan kuasa dan harta kekayaan. Contohnya, kes cerai bekas ADUN PAS dengan isteri keduanya. Sang isteri sedang menuntut berjuta-juta ringgit. Ini kerana sang isteri tahu bahawa sang suami - ketika berkuasa dahulu - pasti ada tanah di sana dan tanah di sini, Ada saham ini dan saham itu. Ini realpolitik. Ianya tidak pula bermakna kita merendahkan keyakinan mereka terhadap Yang Maha Esa.

United Malays National Organisation sedar hal ini. PAS bukan mengajukan sistem ekonomi alternatif kepada kapitalisma. PAS seperti PKR dan DAP, hanya berjanji untuk menguruskan kapitalisme dengan lebih baik. Asas sistemnya masih kapitalisme. Ini hakikat. Ini realpolitik. United Malays National Organisation tahu siapa yang bercita-cita hendak menjadi menteri besar dalam PAS. Gerombolan mengetahui siapa dan siapa yang boleh 'dimakan' di dalam PAS. Gerombolan juga tahu siapa yang bermimpi siang dan malam - pagi dan petang - untuk menjadi menteri kabinet dalam kerajaan Najib-Rosmah.

Ini juga hakikat realpolitik. Menafikan ini adalah menafikan bahawa manusia, haiwan dan tumbuhan hidup di alam ini kerana ada cahaya matahari. United Malays National Organisation akan terus mengasak untuk 'berunding' dengan PAS. Akan terdengar suara suara lantang menolak. Akan terdengar suara-suara pimpinan PAS menafikan itu dan ini. Dalam realpolitik semua berkemungkinan. Dalam realpolitik, yang dicita-citakan ialah kuasa. Dengan kuasa manusia berpeluang menobatkan dirinya dan mengumpul harta.

Waspada! Percubaan dan langkah-langkah yang diambil oleh Najib-Rosmah untuk berunding dengan PAS ini tidak ada sangkut paut dengan Najib sebagai anak Razak. Kerana Razak dahulu berunding dengan PAS maka Najib sang anak, juga akan berunding dengan PAS. Ini bukan bacaan politik. Ini sembang di warung Mek Jah. Dalam realpolitik yang hakiki ialah kuasa.

Keinginan berunding dengan PAS ini adalah perhitungan realpolitik. Ini kerana sesudah pilihanraya yang lalu United Malays National Organisation telah dilihat sedang menuju ke hari-hari akhir. Justeru untuk menyelamatkan harta kekayaan, perpaduan Pakatan Pakyat yang kompak, wajib dilemahkan.

Setiakawan Pakatan

Kota yang kukuh wajib dibocorkan. Setiakawan Pakatan Rakyat yang mekar wajib dikacau-bilaukan. PAS wajib dipisahkan dari Pakatan. Kalau tidak semua, sebahagiannya. Ini perhitungan politik untuk menyelamatkan harta dan kuasa.

Lalu kita sampai ke strategi ketiga - mengharu-birukan kerajaan Pakatan Rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah dan Kelantan tidak perlu diganggu-gugat kerana slogan 'kita semua Melayu dan kita semua Islam.' Kerajaan Pakatan di Pulau Pinang boleh digugat tetapi 'slow sikit' kerana

DAP ini lebih senang dikawal kerana Kecinaan mereka. Ahli gerombolan yang meninggalkan parti tidak mungkin akan menjadi ahli DAP.Malah DAP ini juga boleh dibawa berunding jika hari baik dan bulan baik – jika masa dan ketikanya telah ranum. Justeru musuh utama ialah Parti Keadilan Rakyat dan Anwar Ibrahim.

Lalu semua akan dilakukan untuk menggangu-gugat kerajaan Pakatan di Selangor. Lembu, kambing, pasir, tayar kereta, surau, masjid, kuil, sekolah, kasut, punggung - malah apa sahaja yang bersangkutan dengan kerjaaan Selangor - akan digunakan untuk menunjukkan kepada warga Selangor bahawa kerajaan Pakatan ini tidak perlu disokong.

Apparatcik dan jentera kerajaan federal sedang digunakan oleh Najib-Rosmah untuk melemahkan kerajaan Selangor. Kes demi kes telah dibuka oleh SPRM terhadap pimpinan kerajaan Selangor. Semua dilakukan untuk menekan agar ada ADUN PKR yang akan berpaling tadah.

Media gerombolan telah digunakan hingga ke tahap maksimum untuk mengolah persetujuan orang ramai. Seluruh Malaysia cuba diberi tahu bahawa krisis yang amat besar sedang melanda kepimpinan kerajaan Selangor. Kerajaan Selangor ini akan runtuh bila-bila masa sahaja dan Khir Toyo boleh kembali berpesta ke Disneyland tanpa soal jawab.

Di mana akhirnya semua ini? Dalam merancang realpolitik, Anwar Ibrahim pasti akan diketepikan. Ini strategi utama. Susuk ini tidak akan diberi peluang untuk bebas bergerak. Jika diikutkan hati nafsu Najib-Rosmah, susuk Anwar ini akan diketepikan sebelum piliharaya Sarawak.

Tetapi bagaimana nanti reaksi kawan-kawan Yahudi Anwar yang selalu diperkatakan itu? Dan bagaimana pula ejen-ejen CIA yang lain? Apakah mereka juga akan datang untuk membantu Anwar? Kini seperti kes Saiful, senjata dan propaganda akan memakan tuannya.

Dalam realpolitik ada yang lebih 'real''. Yang lebih 'real' ialah kuasa rakyat. Kerajaan Selangor mungkin goyang tetapi tidak akan runtuh kerana akarnya semakin kukuh. Kuasa rakyat ini jugalah yang akan menentukan apa yang akan terjadi kepada Anwar Ibrahim.

Justeru United Malays National Organisation hanya ada satu pilihan: mengajak PAS datang berunding. Najib dalam keadaan ini akan menjanjikan apa sahaja. Kalau PAS minta Najib melempang Muhyiddin - pasti Muhyiddin akan kena satu pelempang. Kalau PAS mahu Najib menampar Khairy Jamaluddin - pasti Khairy akan ditampar. Seperti Sultan Mahmud meminang Puteri Gunung Ledang, Najib akan melakukan apa sahaja kecuali PAS tidak akan dibenarkan bertanya berapa orang sebenarnya anak Rosmah Mansor. (hishamuddin rais - Mkini)
Read More
Related Posts with Thumbnails