Ismail Hashim |
SHAH ALAM, 6 Julai: Setelah berjaya mengesan lebih 17,000 pengundi bertindih dalam senarai daftar pemilih di Selangor, Pemuda PAS yakin, perkara sama berlaku di seluruh negara. Sehubungan itu, mereka mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar membersihkan semua nama berganda dan bertindih itu bagi menjamin bersihnya perjalanan sistem pilihan raya dalam negara ini. Pengarah Jentera Pilihan Rayanya, Mohd Sany Hamzan berkata, petugas berkaitan telah dan sedang meneliti perkembangan negatif itu dalam jarak dekat dan akan membongkar isu ini secara berperingkat. Beliau yang ditemui selepas sidang media berkaitan hal sama petang semalam di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam di Pusat Dagangan Shah Alam, dekat sini. Sany tidak menolak kemungkinan mengadakan satu lagi kempen ‘mensucikan’ segala kebobrokan yang terkandung dalam daftar pemilih ke seluruh negara sebelum PRU13. Jika usaha melalui Bersih 2.0 yang mendesak lapan tuntutan mengenai pilihan raya tidak ditunaikan, tegasnya, pihaknya akan mengadakan kempen Suci pula. Menurutnya, sehingga kini mereka telah mengesan beberapa perkara yang sangat meragu dan mendukacitakan kerana terdapat unsur penipuan dan boleh dikategorikan sebagai jenayah. Antaranya bagaimana seseorang itu dalam jumlah beribu boleh didaftarkan di dua tempat mengundi berlainan, namun dengan kebijaksanaan petugas PAS, usaha penipuan ini terbongkar. “Mereka dapat dikesan kerana meskipun ada di antara mereka menukar nama seperti Husni kepada Hosni atau menukar angka akhir di kad pengenalan baru tapi nombor kad lama mereka tetap sama. “Jadi di mana sahaja mereka didaftarkan, nombor kad pengenalan lama mereka masih boleh dikesan dan di situlah tempat mengundi mereka dapat dikesan yang ditempatkan di dua tiga tempat berasingan. “Kami percaya masih banyak lagi perkara yang boleh dikesan dalam masa terdekat ini membabitkan pihak yang telah dikenalpasti,” tegasnya. Mereka akan membuat laporan tentang perkara ini, ujarnya, kepada pihak berkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan beberapa agensi berkaitan. Sementara itu, Peguam Pemuda PAS Malaysia, Zainal Said berkata, mereka sedang meneliti perkembangan terkini dan akan bertindak mengikut saluran undang-undang negara dan jika perlu ke peringkat antara bangsa. |
KOMPLOT AHLI POLITIK JAHAT KORUP BERSAMA TAIKUN KAPITALIS TAMAK RAKUS HINA
INSTITUSI RAJA MELAYU WAJIB DIHENTIKAN
-
Nota Update 5.57 petang 6 Mac 2024 : Kenyataan media dibacakan jam 11 pagi
di Bukit Aman. Saya menjawab semua soalan dan Pihak USJT berpuas hati dan
berse...
8 months ago
0 comments
Post a Comment