ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

17 December 2010

Menteri minta Selangor jangan saman Syabas




Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui menyeru kerajaan negeri Selangor dan syarikat-syarikat air di negeri itu untuk mengambil sikap bertolak ansur sebagai pendekatan akhir untuk menyelesaikan masalah sekarang.

NONEJika kerajaan Selangor mengambil tindakan mahkamah terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), ia akan menggangu usaha rundingan terus untuk mengambil alih aset di negara itu daripada peserta, katanya.

"Pandangan saya ialah jika ada peluang untuk menyelesaikan isu itu secara baik, kita harus menggunakan peluang itu.

"Saya tahu ia bukan sesuatu yang mudah tetapi kita juga perlu ingat ini bukan satu kes yang mudah kerana ia melibatkan hak kontrak dan perbezaan dalam apa yang dianggap pendekatan menyeluruh," katanya.

Beliau berkata kerajaan Selangor tidak patut mengambil tindakan mahkamah terhadap Syabas apabila ia telah diberi kebenaran oleh kerajaan persekutuan untuk membincangkan kemungkinan membeli empat peserta industri air di Selangor.

Mereka adalah Syabas, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Bhd dan Konsortium Abass Sdn Bhd.

"Apabila anda ke mahkamah, kedudukan menjadi terikat. Anda mahu mahkamah membuat keputusan apabila Selangor dan Syabas sebenarnya patut mencari penyelesaian menang-menang.

"Penyelesaian menang-menang boleh didapati jika kita tidak membuat pendekatan keras," kata Chin.

Pada Rabulalu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri sedang menunggu masa yang sesuai untuk membawa Syabas ke mahkamah untuk memastikan lesen pengagihan airnya ditarik balik.

Beliau mendakwa program Tabung Budi Syabas adalah bertentangan dengan perjanjian konsesi air.

- Bernama

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails