ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

30 November 2010

PAS: Tidak perlu takut bukan Islam dekati al-Quran





Pemimpin bukan Islam sepatutnya diberikan galakan supaya mereka berminat untuk membaca dan merujuk kepada Al-Quran dalam apa juga permasalahan manusia, kata ketua penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab.

sofi wahab, ketua penerangan pas melakaDalam satu kenyataan media, Sofi berkata sejak akhir-akhir ini ramai di kalangan pemimpin bukan Islam berminat untuk merujuk al-Quran dan menggunakan terjemahan ayat-ayat suci dalam ucapan mereka.

Namun, katanya pemimpin Umno begitu takut apabila pemimpin bukan Islam mula berjinak-jinak dengan al-Quran.

“Perangai buruk pemimpin Umno inilah sebenarnya yang menyebabkan orang bukan Islam terus menjauhi Islam dan memusuhi Islam kerana mereka dihalang dari mendekati Islam,” katanya.

Menurut Sofi, Umno menggunakan pelbagai alasan seperti takut salah tafsir, menghina al-Quran, mencemarkan kesucian al-Quran dan sebagainya untuk menghalang bukan Islam daripada mendekati agama itu.

NONE“Saya pun tidak faham mengapa Umno begitu takut apabila pemimpin bukan Islam menggunakan terjemahan al-Quran dalam ucapan mereka,” katanya.

Baginya, jika orang bukan Islam melakukan kesalahan, mereka bukannya dihalang dari merujuk kepada al-Quran tetapi kesalahan itu perlu diperbetulkan.

Malangnya, katanya pemimpin Umno bukannya menggalakkan mereka mendekati al-Quran malah terus melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah kepada golongan yang membaca terjemahan al-Quran.

“Sebagai seorang Islam kita sepatutnya gembira dan bersyukur apabila orang bukan Islam mula berjinak-jinak dengan Islam dan menjadikan al-Quran sebagai salah satu rujukan mereka.

yusuf ali article 121208 the meaning of the holy quran“Apa yang penting kita membetulkan mereka jika berlaku kesilapan dan kesalahan,” katanya.

Menurut Sofi, tindakan jumud Umno itu menyaksikan sekutunya MCA dan MIC yang walaupun sudah berkawan dengan Umno lebih daripada 50 tahun tetapi sehingga kini tidak berminat dengan Islam kerana parti Melayu itu sendiri pun meminggirkan Islam.

Katanya, Umno mungkin terasa tercabar kerana orang bukan Islam merujuk al-Quran tetapi parti itu pula meminggirkan al-Quran ataupun Umno takut orang bukan Islam memahami ajaran Islam sebenar dan seterusnya menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, Sofi berkata ulama mesti memberi penerangan kepada seluruh rakyat tentang pengunaan ayat-ayat al-Quran oleh orang bukan Islam supaya semua orang Islam tahu bahawa bukanlah menjadi kesalahan untuk orang bukan Islam membaca dan merujuk terjemahan al-Quran dalam ucapan dan kehidupan seharian mereka.

Isu berkenaan tercetus semula apabila ADUN Hutan Melintang, Perak, S Kesavan pada Kongres PKR hujung minggu lalu, dilaporkan membacakan terjemahan al-Quran merujuk kepada ayat yang lain daripada apa yang sepatutnya.

Malaysiakini.

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails