ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

22 July 2010

Kenyataan Akhbar Timbalan Presiden PAS

“ISU PERPADUAN PAS-UMNO : JANGAN IKUT RENTAK MEDIA ARUS PERDANA”

Kebelakangan ini, isu kerjasama antara PAS dan UMNO kembali dipaparkan oleh media-media arus perdana sehingga mengelirukan sebahagian ahli PAS dan masyarakat Malaysia umumnya. Malah, pihak media telah mendapatkan beberapa pandangan daripada pemimpin-pemimpin PAS diperingkat pusat, negeri dan kawasan berhubung perkara ini.

Saya selaku Timbalan Presiden PAS ingin menegaskan bahawa semua ahli dan pimpinan PAS supaya jangan terikut-ikut dengan rentak yang dimainkan oleh media arus perdana. Kita percaya media-media ini akan menimbulkan persepsi baru sehingga boleh merapuhkan wehdah atau kesatuan dalaman PAS sendiri.

PAS masih lagi berpegang dengan ketetapan yang telah dibuat dalam muktamar-muktamar yang lalu. PAS akan terus memfokuskan kepada gerak kerja mendepani Pilihanraya Umum Ke-13 untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru. Saya juga menyeru kepada seluruh pimpinan dan ahli agar dapat melipatgandakan usaha untuk memantapkan organisasi terutama diperingkat cawangan dan kawasan serta menambahkan keahlian baru PAS semaksima mungkin.

Terima kasih.

Disediakan oleh,
Nasharudin Mat Isa
Timbalan Presiden PAS
21 Julai 2010

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails