ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

29 July 2010

Ibu Tunggal Perlukan Pembelaan


Kota Kemuning: Pengorbanan seorang ibu tunggal menyara 3 orang anak yang masih bersekolah mendapat perhatian Skuad Prihatin Pemuda PAS Kota Raja semalam bersama ahlijawatankuasa Surau Al-Firdaus Kota Kemuning. Parimah binti Stapa yang tinggal di No 11 tingkat 4 Blok Pangsapuri Sri Nervillia telah diberhentikan kerja di salah sebuah syarikat di seksyen 28 setahun yang lalu terpaksa bergelap tanpa bekalan elektrik selama setahun kerana tiada punca pencarian tetap. Beliau yang pernah berkhidmat 19 tahun di syarikat lamanya diberhentikan kerja tanpa alasan yang kukuh oleh majikan.

Keluarga ini pernah mendapat perhatian Pusat Zakat Selangor pada bulan Mei yang lalu bagi meringankan perbelanjaan persekolahan anak beliau dengan memberi bantuan kelengkapan sekolah beserta kos perbelanjaan yuran persekolahan. Bantuan ini tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan 3 orang anak yang masih bersekolah di tingkatan 1, 3 dan 4 di Sekolah Menengah Kota Kemuning. Anak-anak mereka terpaksa mencari kerja sampingan selepas waktu sekolah di kedai berhampiran rumah kediaman mereka bagi menyara kehidupan harian.

Ibu tunggal ini hanya mengharap bantuan jiran tetangga disamping pendapatan yang tak seberapa menjadi pengasuh kepada anak jiran yang bekerja. Beliau juga membuat jualan kecil-kecilan bagi menampung perbelanjaan harian yang semakin meningkat. Faktor usia yang semakin meningkat menyukarkan beliau mendapat pekerjaan serta tiada kemudahan kenderaan untuk bergerak. Beliau juga pernah mendapat perhatian YB Dr Siti Mariah Mahmud Ahli Parlimen Kota Raja sebelum ini telah mendapat sedikit bantuan kewangan bulanan daripada pejabat Parlimen bagi membeli barangan keperluan harian. YB Dr Siti Mariah masih lagi berusaha untuk mendapatkan bantuan tetap kepada ibu tunggal ini bagi meringankan lagi beban yang ditanggung.

Kehadiran Skuad Prihatin Dewan Pemuda PAS Kota Raja yang diketuai oleh Zainal Said selaku Ketua Pemuda dapat meringankan beban yang ditanggung oleh ibu tunggal ini. Sesiapa yang ingin menyalurkan sebarang bantuan bolehlah menghubungi Zubir Shah 012-4649518 penyelaras Skuad Prihatin atau Abdul Halim 013-2772928 Pengerusi Surau Al-Firdaus Kota Kemuning.

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails