ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

03 May 2010

Laporan Polis Terhadap Ugutan Bunuh TGNA.


Shah Alam, 3 Mei: Dewan Pemuda PAS Kota Raja hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan bunuh yang dipaparkan dalam sebuah laman web sosial milik seorang lelaki terhadap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kota Raja En Zainal Said di Balai Polis Seksyen 15, Shah Alam tepat jam 1.13 petang bersama AJK Dewan Pemuda PAS Kota Raja selepas membaca mengenai ugutan bunuh itu di laman Facebook lelaki berkenaan.
Dalam laman webnya lelaki itu dikatakan sanggup dihukum gantung jika dapat membunuh Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

Beliau menganggap ancaman bunuh dalam laman sosial itu sebagai perkara yang sangat serius kerana ia membabitkan soal keselamatan serta kredibiliti sebagai seorang Mursyidul Am PAS, Menteri Besar Kelantan, Ulama' tersohor dan seorang muslim. Secara tidak langsung memberi ancaman terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sehubungan itu, kami menggesa pihak polis mengambil tindakan segera bagi menyiasat perkara ini agar dapat mengekang budaya mengugut dan mengancam keselamatan orang lain daripada berleluasa di negara ini.


0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails