ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

16 May 2010

Kedah akan jadi pengeluar anggur terbesar


oleh AMELIA HASHIM
SIK, 4 Mei: Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berhasrat menjadikan Kedah sebagai pengeluar anggur terbesar di Malaysia.
Hasrat tersebut dinyatakan ketika melakukan lawatannya ke ladang anggur di Tasik Beris di sini.“Sebelum ini daerah Sik terkenal dengan ikan pekasam sekarang kita mahu Sik juga dikenali sebagai daerah pengeluar anggur. Bila orang sebut Sik orang akan teringat anggur,” katanya ketika berucap dalam majlis yang diatur sempena lawatan beliau ke situ.
Beliau memberitahu telah memaklumkan perkara ini kepada DYMM Tuanku Sultan Kedah dan baginda berasa bangga dengan pencapaian rakyat Kedah dalam bidang pertanian.
“Ketika mengiringi Tuanku pada majlis santapan amal Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah di Pusat Konvensyen Sime Darby di Kuala Lumpur semalam saya memaklumkan kepada Tuanku, saya akan balik cepat kerana akan menghadiri majlis di ladang anggur ini, jadi Tuanku tanya anggur Siam ka? Saya kata bukan, ini anggur kita ladangnya di Sik,” ujarnya.
Ladang seluas empat ekar diusahakan oleh Excel Agrotech menempatkan 1000 pokok anggur yang subur dan mengeluarkan buah-buah yang sekarang dalam peringkat matang dan boleh dipetik.Dato’ Seri Ustaz Azizan melahirkan rasa gembira kerana rakyat Kedah telah berjaya mengusahakan ladang anggur, kurma, jagung, betik, nenas dan mempelam serta kolam ikan untuk komersil.Beliau mencadang supaya diwujudkan ladang berkonsep agro-tourisme dengan binaan chalet berdekatan ladang-ladang berkenaan bukan sahaja untuk menarik pelancong datang ke ladang tetapi memikat mereka supaya tinggal lebih dari sehari menikmati suasana ladang dan keindahan alam di situ.

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails