ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

05 April 2010

umno jalan kebun takut momentum nizar.


Asaalamualaikum,
6 April 2010: Sekitar jam 1 pagi, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Seksyen 15 Shah Alam oleh Ketua Cawangan PAS Kg Baru 2 Jalan Kebun, En Abdul Aziz bin Mat Rashid terhadap UMNO Sri BaktiJalan Kebun berikutan satu insiden di persimpangan Jalan masuk ke Kg Batu 7 Jalan Kebun menghala ke tapak ceramah yang turut dihadiri oleh YB Dr Siti Mariah, Ahli Parlimen Kota Raja

Laporan tersebut adalah seperti berikut:

"Pada 05/04/10 jam lebih kurang 2130hrs (9.30 malam) seramai kira-kira 30 orang dipercayai didalangi UMNO Sri Bakti Jalan Kebun telah menghalang jalan masuk ke Jalan Kebun di persimpangan Batu 7 dan menghalang orang awam daripada memasuki jalan tersebut. UMNO Sri Bakti juga dipercayai telah menggantung beberapa helai sepanduk (kain rentang) yang mencerca dengan kata-kata kesat kepada YB (Dato Seri) Nizar Jamaluddin Ahli Parlimen Bukit Gantangdi beberapa tempat disekitar Jalan Kebun. Kumpulan ini juga telah membuang bendera-bendera Parti Keadilan Rakyat dan PAS termasuk bendera Negeri Selangor dan bendera Malaysia ke dalam parit. Bukti-bukti seperti kain rentang dan gambar-gambar berkaitan dilampirkan bersama-sama laporan ini. Laporan ini dibuat kerana (tindakan tersebut) boleh menimbulkan kekecohan (dan perkara tidak diingini). Sekian repot saya"

Pada pagi tersebut juga kami diminta ke IPD seksyen 11 dan bertemu dengan ASP Lim Chee Jiun untuk soal siasat. Nama beberapa pemimpin dan ahli UMNO yang dikenalpasti terbabit dalam kejadian tersebut serta bahan bukti turut diserahkan kepada pegawai polis berkenaan.Turut hadir bersama Azman Mohd Mah Husin, Hj Ismail Zakaria, Ujang Johari dan Aziz

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails