Ratusan Pemuda PAS dan NGO berkumpul di kedutaan Sweden hari ini bagi membantah tindakan tiga buah akhbar Sweden menyiarkan lukisan menghina Nabi Muhammad s.a.w. Selesai solat Jumaat mereka berarak bermula dari Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak menuju kebangunan kedutaan dengan membawa pelbagai kain rentang, sepanduk dan poster yang mengecam tindakan akhbar-akhbar berkenaan. Laungan 'Kasih nabi', 'Cinta Nabi', 'Biadap Sweeden dan 'Jahanam Sweeden' bergema sepanjang perarakan. Satu memorandum bantahan juga berjaya diserahkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan kepada Duta Sweeden Helena Sangeland dalam pertemuan mereka.
Turut serta dalam penyerahan tersebut adalah Naib Ketua Pemuda Ahmad Sabki Yusof dan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Jais Abdul Karim.
Memorandum tersebut antara lain mendesak kerajaan Sweeden mengambil tindakan terhadap akhbar dan pelukis karikatur yang menghina pemimpin ulung umat Islam itu.
0 comments
Post a Comment