ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

14 January 2010

Hebat KPP...PAS bagaimana?

Hebat KPP... PAS bagaimana?

Tahniah ....Hebat KPP .... Cawangan PAS bagaimana?

Tajuk : Lebih 200 orang mendaftar pengundi baru di Taman Sentosa, Klang
Terjemahan Isi artikel : Taman Sentosa Jan 6, Lebih 200 orang mendaftar sebagai pengundi baru, program ajuran Kelab Penyokong Pas Kota Raja. Semakan daftar pemilih juga dijalankan kepada pengundi yang telah bertukar alamat dan sebagainya.
Program ini telah berjalan dari pukul 9pg hingga 5 ptg dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya/SPR Negeri Selangor. Pengundi yang terdiiri dari pelbagai kaum telah memberi kerjasama untuk program pendaftaran pengundi baru ini.

Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr Siti Mariah Binti Mahmud dan Pengerusi KPP Kota Raja, S. Lakshmanan telah menghadiri dan memerhatikan sesi pendaftaran ini. Pengerusi KPP Kota Raja juga memberitahu hasratnya yang sedang berusaha untuk menjalankan Program Pendaftaran Pengundi sedemikian di seluruh Malaysia.
Terdapat 43,800 orang yang sudah mencapai usia 21 tahun keatas yang masih belum mendaftar sebagai pengundi, Pengerusi KPP Kota Raja yang juga merupakan Ahli Majlis Kuala Selango, S. Lakshamanan mengulas perkara tersebut dengan maklumat yang diberikan oleh Timbalan Pengarah SPR, Dato Wan Ahmad Wan Omar. Para belia India mesti mengambil berat untuk mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi.
Dato Wan AHmad Wan Omar juga memberitahu bahawa di Negeri selangor sahaja terdapat 787, 500 orang yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pengundi. S Lakshamanan juga menguncapkan terima kasih kepada ADUN Sri Andalas, YB Tuan Dr Xavier Jayakumar yang telah menghantar wakilnya untuk mengambil bahagian dalam program ini.

Terjemahan oleh Pn Veni, Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kota Raja

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails