ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

16 December 2009

Uarat !!!

Habislah..kau !!

Oleh : penawar-rindu
"Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad berkata, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tidak menutup aurat sebagai berdosa. “Perbuatan seperti itu satu dosa,” katanya merujuk kepada soalan seorang peserta pada satu wacana yang dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri di Kelantan Trade Centre.
Itu Nakhaie yang kata, tak kiralah samada dia terperangkap dan lalu terpaksa mengeluarkan kenyataan tersebut. Yang pentingnya beliau telah berani menyebut perkataan tersebut..geng gerombolan bilang, " habislaa..kau Nakhaie..! Jangan lupa bungkus barang sekarang.."

Apa yang menarik dalam kenyataan beliau ialah apabila dia berkata berdosa tidak menutup aurat. Kenapa ditimbulkan perkataan tersebut, kerana sejak akhir-akhir ini seringkali berlaku salah faham terhadap perkara tersebut. Ada sesetengah dikalangan masyarakat islam hari ini, (wanita) menanggap bahawa berdosa tidak bertudung. Sedangkan hakikat sebenarnya ialah berdosa tidak menutup aurat, bertudung adalah sebahagian daripada menutup aurat, itupun sekiranya cara bertudung itu menepati syarak.


Jadi, apabila ada yang mentafsirkan bahawa bertudung sudah menutup aurat maka ramailah yang bert-shirt lengan pendek dan memakai mini telekung.Berbalik kepada aurat, kewajipan tersebut untuk lelaki dan perempuan Islam. Bukan sekadar hanya isteri PM, semua yang tak tutup aurat tetap berdosa, tak datin, tan seri, to' puan atau apa-apa jua gelarannya.

Sesungguhnnya menutup aurat itu wajib.

1 comments

Anonymous

jangan ingat kan orang lain aje..check balik isteri-isteri anta..WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN
JANGAN KAMU BERCAKAP BENDA YANG KAMU TAK BUAT SESUNGGUH BESAR KERMUKAAN ALLAH SEKIRANYA KAMU BERCAKAP BENDA YANG KAMU TAK BUAT..surah as shaf

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails