ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

15 December 2009

Sesudah Subuh 2

Assalamualaikum...

Semalam Usrah Pemuda Pas Kaw.Kota Raja bertempat di rumah KP Zainal Said...perbincangan menarik yang di Naqibkan oleh SU. Pemuda Sdr.Zubir...
Dikala umur saya dah mencecah 40 tahun terasa malu juga ...melihat kepetahan Sahabat2 yang lebih muda.. berhujah...sedangkan diri sendiri,'malangnye' tak berapa cerdik dalam bab ni...
Dalam hati ini...beruntung Kota Raja memiliki Anggota Pemuda yang sebegini...Alhamdullilah.
sekurang kurangnya dapat juga tumpang sekaki dengan kehebatan sahabat2 yang lain???
Sebenarnya nak tulis kata- kata akhir' seorang pejuang'...melalut pulak....
Surat terakhir Sayyib Qutb kepada adik perempuannya Hamidah Qutb dan Aminah Qutb.

"Wahai Adikku ! Barangkali sekarang ini engkau sedang melihat dengan gerun tali gantung yang akan menjerut leherku,kita akan merasai perjuangan kita ini sempit apabila kita memikirkan bahawa kita yang memulakan perjuangan dan kita yang akan mengakhiri perjuangan kita ini, tetapi apabila memikirkan bahawa perjuangan kita ini bukan kita yang memulakannya dan bukan kita yang menamatkannya, maka ketika itu terasalah kita bagaimana luasnya perjuangan kita, bagaimana luasnya keluarga kita kerana keluarga kita bukan keluarga yang diikat oleh keturunan darah, tetapi keturunan kita diikat oleh kesatuan "Aqidah La illahaillallah Muhammad Al-Rasulullah" Perjuangan kita adalah perjuangan yang dimulai oleh Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul 'Alaihimussalatu wassalam' dan akan terus di sambung sampai hari Qiamat oleh mukmin yang terakhir di bumi ini.Oleh kerana itu kita hendaklah kenal bahawa perjuangan kita(perjuangan Islam) , walaupun bilangan kita kecil tetapi sebenarnya kita adalah merupakan satu kelompok yang besar yang dihantar oleh Allah ke dunia ini. kita merupakan penyambung - penyambung perjuangan kebenaran yang dimulai oleh para' Rasul dan para Anbiya'hanya akan berakhirnya bila berakhirnya dunia ini. Oleh itu yakinlah kita bahawa tidak ada kekuasaan manusia dibumi ini yang boleh menghalang dan menyekat perkembangan dan penerusan perjuangan Islam"

Mudah - mudahan menjadi renungan kepada kita semua...Wallah hualam.

by pakyeop

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails