ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

25 December 2009

Aktiviti Ziarah Muslimat Pas Caw Kota Kemuning.

Muslimat Pas Caw Kota Kemuning menyampaikan bantuan zakat kepada salah seorang daripada Penduduk Pangsapuri Sri Nervillia.
Sumbangan di sampaikan oleh Ketua Muslimat Pas Caw Kota Kemuning,Puan Aini.Menurut Puan Aini,aktiviti ini adalah sebahagian daripada aktiviti Muslimat Pas Caw.Kota Kemuning,dalam mengeratkan hubungan silatulrahim sesama Penduduk, disamping itu menjadi tanggungjawab untuk saling bantu membantu.Biarpun Muslimat yang kebanyakannya menghadapi kesukaran dengan tanggungjawab rumahtangga namun itu bukanlah alasan untuk Muslimat mendiamkan diri.Puan Aini juga menyeru agar ahli - ahli Pas Caw. Kota Kemuning,terutamanya Muslimin agar memberi ruang kepada Isteri isteri untuk bersama dalam Program Jamaah maupun Masyarakat..Apa pun beliau bersama Muslimat yang lain akan meneruskan Program Ziarah ini.

by.pakyeop

2 comments

Unknown December 25, 2009 at 7:58 AM

Salam, untuk memudahkan suami-suami tersebut mengikut cadangan ketua muslimat cawangan tu apa kata para muslimat kat sana beri peluang pada suami tersayang pasang satu lagi dan yang kedua ni kena rajin-rajinlah ikut program muslimat cawangan.

Ini cuma cadangan sahaja, kalau ikut Pak Yob dia kata dia memang setuju. Jadijgn ada pula yang marah kerana ia tak kena mengena dgn yang hidup atau yang m....

Pas Cawangan Kota Kemuning December 25, 2009 at 5:36 PM

cadangan yg baik sekali... setuju sangat..kah..kah..kah

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails