Kopi Janda tawar RM5 ribu buat wakil rakyat yang kahwini janda |
November 03 @ 02:06:46 PST by paktam Oleh Md Zulaimi Kazin Kami cukup gembira dengan saranan ini kerana dari sudut Islam, sesiapa yang ingin berpoligami digalakkan mengahwini janda. Wan Ubaidah yang juga pengerusi jawatankuasa wanita, keluarga dan kesihatan Kelantan memberitahu sidang DUN, bahawa langkah itu dapat membantu ibu tunggal di bawah usia 60 tahun di negeri itu, yang kini lebih 16,500 orang. Anugerah yang dicadangkan oleh YB Wan Ubaidah adalah sebagai satu simbol menggalakkan lelaki yang ingin berpoligami supaya memilih janda. Kenyataan Ketua Wanita MCA yang menyatakan usaha ini tidak membantu bahkan lebih mewujudkan banyak penyakit baru hanyalah andaian beliau sahaja sedangkan sesiapa yang memilih janda untuk tujuan poligami adalah untuk membela nasib janda dan anak-anak mereka, secara tidak langsung lelaki yang mengahwini janda telah memainkan tanggungjawab sosial. Jangan usaha ini seolah-olah kita melangkah ke belakang. Apa kajian yang wanita MCA telah buat sehingga mudah mengeluarkan andaian yang cukup prejudis ini? Tetapi kita harap lelaki yang ingin bepoligami ini mestilah mampu dari segi kewangan dan kepimpinan agar janda dan anak-anaknya betul-betul terbela. Detikdaily. |
0 comments
Post a Comment