ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

12 November 2009

Baiah

Baiah Dalam Politik...

Bila tidak faham apa itu ISLAM, maka ramai yang mengasingkan Islam dari kehidupan seharian. Islam itu hanya amal ibadat. Selain daripada itu urus jual beli,undang-undang, mencari rezeki sehinggalah politik ia terasing dari Islam.

Ada yang berpendapat Islam bersih, politik itu kotor. Teringat kepada Almarhum Fathi Yakan yang pernah menimbulkan kontroversi berkaitan penglibatan gerakan Islam dalam pilihanraya. Satu ketika dahulu beliau tidak bersetuju menyertai pilihanraya, kerana ia merupakan perkara yang baru dan tidak pernah berlaku di zaman baginda Rasullah SAW. Namun setelah setelah sering gagal untuk menyatakan Islam kepada pemerintah, beliau akhirnya akur pilihanraya adalah satu-satunya wadah penting yang dapat menguasai negara dengan Islam jika menang.

Begitu juga di Malaysia, suatu ketika dahulu ramai golongan agama menolak penyertaan dalam pilihanraya. Ramai ulama dan golongan agama menaruh harapan pada UMNO mudah-mudahan Islam terbela di Malaysia. Tapi selepas Sdr Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan, ramai ulama dan golongan agama bersuara. Antaranya Ust Harun Din,Ust Ismail Kamus, Almarhum Ust Ishak Baharom, Ust Taib Azamuddin dan ramai lagi.Mereka memilih PAS wadah perjuangan untuk menegakkan Islam di Malaysia.

Inilah nilai politik dalam gerakan Islam. Bukan sekadar kuasa,tetapi ada tanggungjawab yang lebih BESAR kepada Allah.

Tapi mutakhir ini timbul isu bai'ah dalam PAS. Sesiapa yang menjadi ahli PAS sepatutnya faham kenapa mereka memilih PAS. PAS adalah satu wadah perjuangan dalam Islam. Bagi menjaga AMANAH kemenangan kurniaan Allah ini tidak mustahil perlunya bai'ah. Jika tidak berani berbai'ah JANGAN JADI CALON PAS!. Walaupun TG Nik Aziz menafikan wujudnya bai'ah dalam PAS,sebenarnya bai'ah cerai bukanlah perkara baru dalam gerakan Islam.

Mujahidah yang sentiasa harum namanya di bibir pencinta gerakan Islam, Almarhumah Zainab Al-Ghazali al-Jubaili pernah melontarkan untaian mutiara kata kepada para calon suami sebelum mendirikan istana cinta. Beliau tegas menyatakan pendirian bahawa perkahwinan penting, namun ia tidak lagi sepenting itu lagi jika ia bertembung dan menyimpang dari tujuan dakwah yang menuntut janji demi sebuah perjanjian Rabbani yang abadi.

"...Mari kita berjanji, berjanji sepenuhnya antara seorang lelaki dan wanita, wanita yang pada berumur 18, memberikan keseluruhan hidupnya untuk Allah dan dakwah. Sekiranya ada pertembungan antara kontrak perkahwinan ini dan dakwah, maka perkahwinan kita akan tamat, tetapi dakwah akan sentiasa bertunjang dalam diriku..."

Inilah bai'ah Zainab Al-Ghazali. Hatta jika ada halangan dalam berdakwah pun sanggup diputuskan ikatan perkahwinan ini. Apatah lagi jika KHIANAT dalam perjuangan Islam, para muslimah isteri calon PAS sepatutnya mencontohi tauladan yang ditunjukkan oleh Zainab Al-Ghazali ini.

Tauladan inilah yang dicontohi Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd. Salleh dengan mengeluarkan kenyataan -
  • "Kami sangat setuju dengan bai'ah ini, ikrar ini bukan bermakna mereka tidak sayang tetapi satu istiqamah terhadap parti, perjuangan ini satu amanah. "Bagaimana mereka kasihkan isteri, begitu juga mereka perlu kasih parti... sama kasihnya," .
Semoga Muslimat PAS mendapat keredhaan Allah dan tergolong dengan mujahidah gerakan-gerakan Islam yang sebelumnya.
by.Topeng Perak.

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails