ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

17 November 2009

Ahli PAS di Seru Perkukuhkan Parti

Ahli PAS di Seru Perkukuhkan Parti

Jalan Kebun, Shah Alam, 18 Nov: Ahli PAS di seru untuk memperkukuhkan Parti bagi menghadapi pilihanraya umum yang ke13 tidak lama lagi.

Berucap di majlis penerangan isu semasa yang di anjurkan oleh PAS cawangan Jalan Kebun malam tadi di Markaz Tarbiyah Jalan Kebun, Ustaz Azman Shapawi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, menegaskan bahawa setiap ahli PAS perlu terus bekerja dan tidak menganggap masa yang ada sekarang sebagai masa untuk berbulan madu selepas kemenangan pada PRU ke 12 yang lepas .

Isu yang di gembar-gemburkan di media perdana tidak harus menjadikan ahli PAS lemah semangat kerana ianya adalah mainan media yang di atur oleh Umno untuk memecahkan kekuatan yang ada pada Pakatan Rakyat.

Apa yang penting sekarang ialah mendaftarkan ahli dan penyokong PR sebagai pengundi, seramai yang mungkin, kerana pengalaman ketika PAS memerintah Trengganu, kesebukan memperbetulkan kerajaan negeri warisan UMNO menyebabkan program parti terabai. Oleh itu masih tidak terlambat untuk Selangor menguatkan Parti dan Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU yang ke 13.

Turut berucap di majlis penerangan tersebut selain Cikgu Jaafar Samsudin, YDP PAS Kawasan Kota Raja, ialah YB Tuan Suhaimi Bin Shafie, Ahli Dewan Negeri Sri Muda.

Cikgu Jaafar telah menerangkan berkaitan resolusi yang di capai hasil seminar yang di anjurkan oleh PAS Pusat pada 7 November yang lepas.

YB Tuan Suhaimi Bin Shafie pula menekankan tentang beberapa perkara yang telah di putuskan hasil dari 10 hari persidangan Dewan Negeri Selangor.

Antara yang di sentuh ialah berkaitan belanjawan 2010 sebanyak RM1,300 juta yang mana separuh akan di gunakan untuk perbelanjaan pengurusan dan selainnya untuk pembangunan.

Kerajaan negeri, menurut beliau, telah di diskriminasi oleh Kerajaan Pusat kerana peruntukan yang sepatutnya turun ke negeri telah di salurkan ke saluran yang tidak sepatutnya di salurkan.

Beliau berharap semuga ahli PAS dan Keadilan yang ada faham tentang situasi sekarang yang amat berbeza dibandingkan ketika UMNO memerintah Selangor kerana masih ramai lagi pegawai kerajaan negeri yang tidak memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri sehinggakan ada unsur sabotaj di kalangan mereka.

Ini adalah kerana mereka telah di didik lebih dari 50 tahun bersama UMNO dan anggapan mereka PR hanya akan memerintah untuk sepenggal sahaja.

Oleh itu sehingga kini masih banyak permohonan projek yang masih belum di luluskan hasil sabotaj tersebut.

Sebagai perbandingan, jumlah peruntukan yang di terima oleh beliau di DUN Sri Muda di campurkan dengan DUN Andalas serta parlimen Kota Raja bagi 2009 adalah RM1.25Juta sedangkan Kerajaan pusat menyalurkan peruntukan kepada Ketua Bahagian Kota Raja sebayak RM3 juta manakala tambahan RM20juta pula di salurkan melalui projek-projek Persekutuan di Kota Raja.

Oleh itu, beliau berharap semuga semua ahli dapat menerangkan situasi tersebut kepada pengundi agar mereka dapat memahami situasi sekarang.

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails