ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

17 October 2009

Dewan Ulama Umno dicabar.



Oleh : pemburu syahid [ link ]
UMNO bercadang nak tubuh Dewan Ulama UMNO bertujuan menjelaskan "peri" UMNO kepada rakyat yang beragama Islam di negara ini. Baguslah. Amat diharapkan Dewan Ulama UMNO yang bakal ditubuhkan ini akan menjadi sayap UMNO yang benar benar memberikan kefahaman islam kepada ahli UMNO khususnya.

Untuk membuktikan Dewan Ulama UMNO ini berwibawa dan bermaruah serta amanah, aku dengan ini mencabar Dewan Ulama UMNO untuk menjelaskan hukum mendedah aurat bagi lelaki dan wanita yang cukup umur dan waras.
Itu cabaran pertama !
Jika cabaran itu gagal disambut atau Dewan Ulama UMNO mendiamkan diri ke atas hukum menutup aurat itu maka eloklah mereka berkokok sahaja. Tidak perlulah untuk Dewan Ulama UMNO untuk menjelaskan atau mendedahkan apa yang UMNO panggil sebagai "penyelewengan PAS" sekiranya hukum menutup aurat itu pun gagal nak difahami.

Saper calon Ketua Dewan Ulama UMNO Pusat? Nakhaie? Jamil Khir? Abdullah Mad Zin? Atau saper? Aku cadangkan Mohd Affandy Yusof yang gatal merenyam tu !






0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails