ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

14 October 2009

Berhikmah itu yang terbaik.



Back to Basic ! Berhikmah itu yg terbaik !!
Oleh : Demang Lebar Daun
Back to basic. Pengajian apa tu Islam (Syariat), Iman (Tauhid) dan Akhlak Islam dan segala cabang-cabangnya mesti di perbanyakkan kepada masyarakat bukan dalam usrah-usrah PAS saja. Aku rasa tanya balik bab-bab basic ni kat geng-geng PAS pun ramai yg akan kantoi.

Dakwah ni ada macam-macam kaedah, lembut, ada keras, kedua-duanya mesti berhikmah, nak hikmah kena mengaji lah. Kalau lupa mengaji balik, baru tahu bila masa nak lembut, bila nak keras ! UMNO ni bab basic 3 yang aku cakap ni memang kantoi banyak la, mungkin ada ustaz-ustaz UMNO yg reti tapi pnyokong UMNO ni aku boleh kerat jari la, majoriti tak reti apa itu 3 asas ilmu Islam yg WAJIB tadi.

So tugas kita lah, pendokong Islam nak sampaikan benda nih. Nak kutuk, kondem, memang senang tapi kita kena melihat sesuatu isu dari platform kita, sekarang ni kita nak mereka sama-sama melihat dari platform yg kita berdiri. Kalau tidak, memang macam ayam dengan itik lah, dan itu lah yang jadi kat BAGAN PINANG. Lihat apa TGNA kata dibawah,
[..] Sinar Harian - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan faktor kesilapan strategi menyebabkan parti itu tewas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, baru-baru ini. Dalam masa sama, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas menghadapi kesukaran menembusi kawasan Bagan Pinang yang masyarakatnya masih lagi tidak terdedah dengan perjuangan parti tersebut.
“Boleh jadi, (silap strategi) orang Negeri Sembilan tidak biasa dengan Pas. Contohnya, rumah yang saya pergi tidak tahu apa itu Pas, yang dia kenal Pas ini ganas,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK 2009) Peringkat Negeri Kelantan, di sini semalam. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abd Fatah Harun yang mendakwa faktor kekalahan parti itu di Bagan Pinang adalah disebabkan kesilapan strategi khususnya penceramah Pas yang banyak menggunakan pendekatan menyerang berbanding penerangan..
Sehubungan itu, Nik Aziz berkata, adalah perkara yang sukar untuk petugas Pas menjalankan kempen lebih-lebih lagi terdapat banyak unsur ugutan yang berlaku sepanjang pilihan raya tersebut dijalankan.

“Orang Negeri Sembilan masih ketinggalan dengan Pas. Oleh itu, bila kita berkempen, sudah la benda baru, bila datang ugutan (dari Barisan Nasional) makin mereka tidak mahu,” katanya.
POSTED BY ALBANJARI

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails