ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

03 July 2009

UMNO oh! UMNO

Ia merupakan satu program UMNO yang berselindung di sebalik kerajaan yang memerintah hari ini. Wang hasil dari rompakan royalti minyak Terengganu yang masih dibicarakan di mahkamah, telah di salah gunakan untuk menyogok rakykat Terengganu agar terus menyokong mereka di dalam pilihanraya umum akan datang.

Setelah golongan dewasa dikatakan agak sukar “dimakan” oleh UMNO akhir-akhir ini, di samping kesedaran golongan pengudi dewasa di atas kebobrokkan cara pemerintahan Barisan Nasional kebelakangan ini, maka, golongan pengundi muda telah menjadi sasaran mereka.

Dari itu, satu progam yang dinamakan Bakti Remaja anjuran kerajaan Terengganu di mana UMNO berselindung di sebalik nama tersebut telah mengambil peluang mendekati golongan remaja sambil menyogok mereka dengan wang sebanyak RM200 seorang.

Menurut tinjauan, mereka yang ingin mendapat wang ehsan tersebut perlulah menjadi ahli puteri atau putera UMNO terlebih dahulu sebelum dapat menyertai program Bakti Remaja ini.

Maka, tidak hairan lah pada perhimpunan Agung UMNO tahun lalu, negeri Terengganu diumumkan sebagai negeri terbanyak menarik ahli baru UMNO.

Oleh itu, mari kita pikirkan, semenjak umur remaja lagi kerajaan telah mengajar budaya rasuah dan budaya subsidi kepada adik-adik kita. Adakah ini cara terbaik untuk membentuk budaya maju kepada adik-adik kita.

Adakah dengan tujuan untuk terus memerintah, UMNO sanggup membentuk budaya meminta-minta kepada bangsa melayu.

Jangan terkejut, jikalau wang yang menaikkan mereka, maka, wang juga yang akan menjatuhkan mereka suatu hari nanti.


Buku-buku Memahat Sejarah Mencipta Tamadun bersepah merata-rata antara bukti
remaja yang hadir hari ini cuma ingin mendapatkan wang tersebut.

Pemandangan dari luar pagar Bangunan Dewan Sivik Batu Rakit
Gembira selepas mendapat wang RM200
Sejauh mana wang RM200 ini dapat membentuk siasah remaja?
Beg Lautan Biru disertakan semasa program tersebut
Salah seorang remaja yang menunjukkan surat jemputan ke program tersebut




Beratur untuk mendapat habuan masing-masing
posted by lord azaab

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails