
Program masyarakat sihat akan diadakan pada 1 & 2 hb Ogos ini bertempat di Taman Permainan Sri Nervillia. Aktiviti pada 1 hb hanya sebelah malam iaitu Ceramah Perdana anjuran bersama Lembaga Zakat Selangor dan Surau Al-Firdaus. Acara kemuncaknya pada 2 hb bermula dengan senamrobik seawal 8.00 pagi. Seluruh penduduk sekitar dijemput hadir bagi memeriahkan lagi acara program pada hari tersebut. Berbagai acara telah disediakan termasuklah pertandingan motor klasik tercantik, pertandingan tarik tali, perkhidmatan perubatan percuma dan berbagai lagi yang pastinya menghiburkan. Jom pakat pergi ramai-ramai.
Kepada yang ingin berniaga bolehlah berhubung terus dengan En Addenan 0122714062 dan En Rajeni 0192359658 Sewa tapak hanya rm 30. Cepat kerana tempat terhad.
0 comments
Post a Comment