ANDAI perjuangan ini mudah pasti ramai yang menyertainya ANDAI perjuangan ini singkat pasti ramai yang istiqomah ANDAI perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia pasti ramai yang tertarik padanya tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga - Hassan Al-Banna

Al - Furqan

Labels

Followers

03 July 2009

Hentikan segera isu UG bagi yang keras kepala dan degil.

Seluruh pimpinan di semua peringkat parti diingatkan agar mematuhi keputusan yang telah dibuat oleh Mursyidul Am dan Presiden parti, iaitu menghentikan serta merta sebarang polemik mengenai isu Kerajaan Perpaduan.

Demikian ditegaskan oleh Naib Presiden PAS yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

"Penegasan ini hendaklah dipatuhi oleh semua peringkat kepimpinan parti.

"Sebarang huraian dan kenyataan yang cuba memprovokasi isu ini akan mengundang pelbagai reaksi dan membuka semula ruang fitnah dalam jamaah," katanya

Sekiranya fenomena ini berlaku kata Tuan Ibrahim, Jawatankuasa Disiplin Parti akan bertindak bagi menyelamatkan parti dari pergolakan yang sangat merimaskan ahli ini.

Ingatan ini katanya hendaklah dilihat secara serius oleh pimpinan parti di semua peringkat.

"Kita sebenarnya telah terlepas dari satu ribut yang boleh menggoncang keutuhan dan setiakawan kita.

"Atas sifat Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti, ingatan ini perlu dikeluarkan bagi menjamin isu ini tidak dibangkitkan lagi," katanya

Justeru, katanya sebarang pandangan yang berbeza boleh disalurkan melalui saluran dalaman parti, bagi mengelak ia disalah ertikan oleh media arus perdana.

"Saya peringatkan semua apa yang diingatkan oleh Rasulullah 'Fitnah ialah sesuatu yang sedang tidur, jangan ada sesiapa yang mengejutkannya'," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
harakahdaily

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails